Wellness Hub Seberang Perai Utara Pulau Pinang

Call Directions Website Contact the business

Wellness Hub merupakan "One Stop Centre" yang menyediakan perkhidmatan PERCUMA melibatkan saringan kesihatan dan kecergasan, kelas minda sihat, aktiviti senaman bersama komuniti serta menjalankan Program Intervensi Penurunan Berat Badan (IFitER). Wellness Hub merupakan "One Stop Centre" yang menyediakan perkhidmatan PERCUMA melibatkan 13 pakej perkhidmatan merangkumi Penilaian Faktor Risiko Kesihatan, Perkhidmatan Berhenti Merokok, Pengurusan Berat Badan: IFitEr (I Fit and Eat Right), Runding Cara Budaya Hidup Sihat, Kekal Aktif, Wellness Studio/ Gimnasium, Galeri Infosihat, Resilien, Sokongan Kesejahteraan, My Green Hands, Seni & Kreatif, Bicara Sihat berkaitan Kesejahteraan dan Kesihatan dan Ejen kesihatan komuniti melalui MyCHAMPION.

📹 WELLNESS HUB SPU KINI DILENGKAPI CCTV!Sebanyak 4 unit CCTV telah dipasang di lobi utama, gimnasium, ruang belakang dan...
16/10/2026

📹 WELLNESS HUB SPU KINI DILENGKAPI CCTV!

Sebanyak 4 unit CCTV telah dipasang di lobi utama, gimnasium, ruang belakang dan bahagian atas bangunan bagi meningkatkan aspek keselamatan serta pemantauan persekitaran Wellness Hub SPU.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PKD Dr. Izani Uzair @⁨Dr Izani PKDSPU⁩ serta team pembangunan/aset/IT PKD SPU atas kerjasama dan sokongan dalam memastikan Wellness Hub SPU lebih selamat, selesa dan kondusif untuk semua. 💚

Terima kasih daun keladi, ada rezeki kita tambah aset lagi! 😄🫶🏽

https://www.facebook.com/share/p/14wQZMSUzbh/*KARNIVAL BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BMSS)  PERINGKAT NEGERI PULAU PIN...
14/10/2026

https://www.facebook.com/share/p/14wQZMSUzbh/

*KARNIVAL BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BMSS) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026*

📅 14 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ 7.30 pagi – 1.30 tengah hari
📍 SK Permatang Buloh

14/10/2026

Pharmacy Talk: Supplemen Anak:antara Keperluan Sebenar Dan Gimik Pemasaran 28/8/2026 bersama Peg. Farmasi PKD SPT Di Bilik Studio, Wellness Hub Seberang Perai Utara

🎯 JOM MEMANAH BAREBOW: WARGA SEBERANG PERAI UTARA! 🎯Nakkan minda lebih tenang dan kekal fokus? Jom sertai aktiviti meman...
14/10/2026

🎯 JOM MEMANAH BAREBOW: WARGA SEBERANG PERAI UTARA!

🎯Nakkan minda lebih tenang dan kekal fokus? Jom sertai aktiviti memanah Barebow komuniti kami! Pendaftaran adalah PERCUMA sahaja.Maklumat adalah seperti berikut:

🗓️ Tarikh: 14/10/2026 (Rabu)
🕒 Masa: 3:00 Petang - 5:00 Petang
📍 Lokasi: Wellness Hub Seberang Perai Utara
💵 Yuran: Percuma!

Tempat adalah terhad. (Jika hujan atau Jerebu kuat, aktiviti akan ditunda ke hari lain)

Jom isi borang pendaftaran segera di pautan ini:👉
https://forms.gle/Fv1EcNRjcUpY9Ngg7
Sebarang pertanyaan boleh hubungi En Azli di talian 0182299940 atau 04-3566032

PENDAFTARAN PERCUMA Syarat-syaratnya: Peralatan disediakan (boleh bawa sendiri jika ada) Had Umur: Berumur 10 tahun dan ke atas Setiap Rabu Pukul 3 petang-5 petang Tempat: Wellness Hub Seberang Perai Utara (sebelah Klinik Kesihatan Sungai Dua)

MyGREEN HANDS @ WELLNESS HUB SPU 🥬🌱Penyelamat diet anda dah boleh dituai! 'My GreenHand', 100% Fresh Food. Dapatkan di W...
07/10/2026

MyGREEN HANDS @ WELLNESS HUB SPU 🥬🌱

Penyelamat diet anda dah boleh dituai! 'My GreenHand', 100% Fresh Food. Dapatkan di Wellness Hub SPU atau call 04-356 6032. 🥗✨ STOK adalah terhad

MyGREEN HANDS @ WELLNESS HUB SPU 🥬🌱Dari kebun terus ke meja makan! Segarkan hasil tanaman hidroponik MyGreen Hands @ Wel...
06/10/2026

MyGREEN HANDS @ WELLNESS HUB SPU 🥬🌱

Dari kebun terus ke meja makan!
Segarkan hasil tanaman hidroponik MyGreen Hands @ Wellness Hub SPU kali ni..

Ditanam dengan penuh kasih sayang, dituai segar dan sesuai dijadikan hidangan sihat untuk seisi keluarga.

Nak jadikan menu apa utk salad ni? Ini min kongsikan idea menu yang sesuai:

🥗 Fresh Garden Salad
🌯 Salad Wrap / Chicken Salad Wrap
🥪 Healthy Salad Sandwich
🍔 Homemade Burger with Fresh Salad
🌮 Chicken & Salad Taco
🥬 Korean-style Salad Wrap
🍳 Egg & Salad Omelette
🥤 Green Salad Smoothie (boleh tambah buah-buahan)

🤤🤤🤤🤤🤤🤤
Min sendiri dah terliur! Terus rasa nak makan salad dinner malam ni. hehehehe

Aktiviti mingguan Senaman Sihat antara Coach bersama komuniti telah dijalankan seperti biasa. Tarikh: 3/10/2026Masa: Sab...
04/10/2026

Aktiviti mingguan Senaman Sihat antara Coach bersama komuniti telah dijalankan seperti biasa.

Tarikh: 3/10/2026
Masa: Sabtu
Tempat: Wellness Hub Seberang Perai Utara

🌸 PROGRAM TIARA MUTIARA FIT, FUN & FABULOUS (3F) 2026 🌸Telah berlangsung Program Tiara Mutiara Fit, Fun & Fabulous (3F) ...
02/10/2026

🌸 PROGRAM TIARA MUTIARA FIT, FUN & FABULOUS (3F) 2026 🌸

Telah berlangsung Program Tiara Mutiara Fit, Fun & Fabulous (3F) anjuran Tiaranita (Persatuan Isteri-Isteri dan Anggota Telekom Malaysia) Pulau Pinang dengan kerjasama Wellness Hub Seberang Perai Utara (WH SPU).

🤝 Tiaranita Pulau Pinang merupakan salah satu rakan strategik Wellness Hub Seberang Perai Utara dalam usaha bersama memperkasa amalan hidup sihat dan meningkatkan kesedaran berkaitan kesihatan serta kecergasan dalam kalangan komuniti.

📅 Tarikh: 1 Oktober 2026
⏰ Masa: 8.30 pagi
📍 Tempat: Wellness Hub Seberang Perai Utara
(Sebelah Klinik Kesihatan Sungai Dua, Butterworth)

💪 Antara pengisian program:
🔹 Pengenalan skop perkhidmatan di Wellness Hub SPU
🔹 Penilaian komposisi badan menggunakan InBody
🔹 Taklimat kesihatan
🔹 Sesi senaman
🔹 Sesi aktiviti di gimnasium

Terima kasih kepada Tiaranita Pulau Pinang atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. Semoga jalinan strategik ini terus diperkukuhkan dalam usaha bersama membudayakan gaya hidup aktif, sihat dan sejahtera. 💚

Wellness Hub SPU — Jom Sihat, Kekal Aktif! 💪✨














🎯 JOM MEMANAH BAREBOW: WARGA SEBERANG PERAI UTARA! 🎯Nakkan minda lebih tenang dan kekal fokus? Jom sertai aktiviti meman...
28/09/2026

🎯 JOM MEMANAH BAREBOW: WARGA SEBERANG PERAI UTARA!

🎯Nakkan minda lebih tenang dan kekal fokus? Jom sertai aktiviti memanah Barebow komuniti kami! Pendaftaran adalah PERCUMA sahaja.Maklumat adalah seperti berikut:

🗓️ Tarikh: 30/9/2026 (Rabu)
🕒 Masa: 3:00 Petang - 5:00 Petang
📍 Lokasi: Wellness Hub Seberang Perai Utara
💵 Yuran: Percuma!
Tempat adalah terhad.

Jom isi borang pendaftaran segera di pautan ini:👉
https://forms.gle/Fv1EcNRjcUpY9Ngg7
Sebarang pertanyaan boleh hubungi En Azli di talian 0182299940 atau 04-3566032

PENDAFTARAN PERCUMA Syarat-syaratnya: Peralatan disediakan (boleh bawa sendiri jika ada) Had Umur: Berumur 10 tahun dan ke atas Setiap Rabu Pukul 3 petang-5 petang Tempat: Wellness Hub Seberang Perai Utara (sebelah Klinik Kesihatan Sungai Dua)

Program Senaman Sihat bersama 'Coach' dengan komuniti telah dijalankan. Aktiviti dijalankan pada: Tarikh: 26/9/2026Masa:...
26/09/2026

Program Senaman Sihat bersama 'Coach' dengan komuniti telah dijalankan. Aktiviti dijalankan pada:

Tarikh: 26/9/2026
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Wellness Hub Seberang Perai Utara







Address

Jalan Pengkalan Machang
Butterworth
13800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
14:30 - 17:00

Telephone

+60194490000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wellness Hub Seberang Perai Utara Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Wellness Hub Seberang Perai Utara Pulau Pinang:

Shortcuts

Share