16/05/2026
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗟𝗘𝗧 𝟮𝟬𝟮𝟱 & 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗡 “𝗥𝗢𝗔𝗗 𝗧𝗢 𝗦𝗨𝗞𝗠𝗔 & 𝗣𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗨𝗞𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲
Majlis Penghargaan Atlet Negeri Perlis Tahun 2025 dan Pelancaran “Road To SUKMA & Para SUKMA Selangor 2026” menjadi tanda penghargaan Kerajaan Negeri Perlis terhadap kejayaan atlet, jurulatih dan pegawai pasukan yang telah mengharumkan nama negeri di peringkat kebangsaan serta antarabangsa sepanjang tahun 2025.
Seramai 33 atlet Negeri Perlis daripada 13 jenis sukan telah mewakili negara ke Temasya Sukan SEA Thailand 2025 dan berjaya menyumbangkan 2 pingat emas, 2 pingat perak serta 9 pingat gangsa. Atlet para negeri turut mencatat pencapaian membanggakan di Sukan Para ASEAN Thailand 2025 menerusi kutipan 3 pingat perak dan 5 pingat gangsa.
Sebagai penghargaan atas kejayaan tersebut, Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Perlis telah memperuntukkan insentif kemenangan berjumlah RM29,250.00 kepada atlet-atlet yang berjaya meraih pingat.
Pelancaran “Road To SUKMA & Para SUKMA Selangor 2026” p**a menjadi simbol komitmen dan gerakan besar seluruh warga sukan negeri dalam menghadapi cabaran SUKMA dan Para SUKMA Selangor 2026, selaras dengan hasrat mencapai sasaran 20 pingat emas yang dizahirkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis.
Dengan semangat kesatuan, disiplin dan kerja keras semua pihak, kontinjen Negeri Perlis diyakini mampu mencipta kejayaan lebih cemerlang di pentas SUKMA dan Para SUKMA Selangor 2026.