Laman Manah

Laman Manah

Share

Tempat memanah yang sesuai untuk aktiviti keluarga dan rakan-rakan dengan harga yang berbaloi!

16/11/2020

ASAS YANG MUDAH UNTUK MEMANAH

Seronok melihat orang memanah dalam acara memanah tapi macam susah je? 🤔 Tak susah pun memanah ni. Setiap perkara ada permulaannya. Ikuti lima langkah mudah ini untuk melakukan panahan ke sasaran:

LANGKAH 1 🏹
Dapatkan posisi yang sesuai, selesa dan konsisten sebelum membuat panahan. Posisi memanah ini mempengaruhi hasil panahan anda.

LANGKAH 2 🏹
Memasang anak panah. Pegang busur merentangi badan anda, kemudian letakkan anak panah pada ‘arrow rest’ dan tekan nock anak panah pada tali busur. Pastikan sayap berwarna ganjil menghala ke luar busur. Anak panah haruslah berada di sebelah kiri busur bagi anda yang menggunakan tangan kanan dan sebaliknya.

LANGKAH 3 🏹
Menarik tali busur. Gunakan hanya tiga jari sahaja iaitu telunjuk, tengah dan manis. Jari telunjuk berada di atas nocking point manakala lagi dua jari berada di bawah. Tarik semaksima mungkin mengikut keupayaan anda dan pastikan tangan dan anak panah selari.

LANGKAH 4 🏹
Menahan dan menenang. Langkah ini adalah proses yang singkat antara menarik tali busur dan melepaskannya. Anda sebolehnya tidak melakukan sebarang pergerakan dan perkara yang dapat membantu langkah ini ialah menahan nafas (pernah tengok cerita Sniper? Macam tu la)

LANGKAH 5 🏹
Membidik. Selepas anda menenang dan mengunci sasaran, lepaskan tali busur dengan melepaskan tekanan pada tiga jari anda tadi. Kekalkan posisi dan perhatikan anak panah menuju ke sasaran. Sebarang pergerakan pada fasa ini juga boleh mempengaruhi hala tuju anak panah.

Ha, senang je kan? 😁

Berminat untuk mempraktikkan ilmu ini boleh mencubanya di Laman Memanah by TUM. Tidak perlu risau kerana hanya anda yang menggunakan laman ini dalam satu-satu masa. Boleh lah ‘feel’ jadi pemanah seperti Sa’ad Abi Waqqas.

Tempah sekarang dengan menghubungi kami seperti di bawah:

www.wasap.my/601151585061
www.wasap.my/601151585061
www.wasap.my/601151585061


Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Cheras, Selangor?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


No. 87, Jalan Balam, Batu 9 1/4
Cheras, Selangor
43200

Opening Hours

Monday 08:00 - 19:00
Tuesday 08:00 - 19:00
Wednesday 08:00 - 19:00
Thursday 08:00 - 19:00
Friday 08:00 - 19:00
Saturday 08:00 - 19:00
Sunday 08:00 - 19:00