Kelab pemilik modenas elegan 250 lembah klang - me250kvoc

Kelab pemilik modenas elegan 250 lembah klang - me250kvoc

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab pemilik modenas elegan 250 lembah klang - me250kvoc, Sports Event, NO 17, Jalan 16/3A, Cheras.

KELAB INI SECARA RASMI DITUBUHKAN PADA 11.01.2023 DAN MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA DENGAN NO PENDAFTARAN - PPM-037-10-11012023

*************************************************************************
*AHLI JAWATAN KUASA SESI 2025-2027*

PRESIDEN :- MOHD HAFIZAL BIN AHMAD
TIMB PRESIDEN :- AHMAD HAFIZUL BIN MOHAMAD
SETIAUSAHA

16/06/2026

Salam Awal Muharram 1448H. Semoga tahun baru Hijrah membawa keberkatan, kebahagiaan dan kejayaan buat kita semua.

26/05/2026
Photos from Kelab pemilik modenas elegan 250 lembah klang - me250kvoc's post 24/05/2026

Alhamdulillah, selesai sudah majlis Walimatul Urus hari ini yang turut dihadiri ahli-ahli ME250KVOC bagi memeriahkan suasana serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli kelab.

Majlis diserikan lagi dengan iringan kedua mempelai disertai ahli kelab ke lokasi majlis.Terima kasih kepada tuan rumah En. Hafizul serta keluarga atas jemputan dan layanan yang sangat baik.

Semoga pasangan pengantin dikurniakan kebahagiaan, keberkatan dan kekal hingga ke syurga. πŸ’πŸ₯°

Photos from Kelab pemilik modenas elegan 250 lembah klang - me250kvoc's post 27/04/2026

26/4/20206 | Ahad - RIDE OPEN HOUSE ME250KVOC 2026 menghimpunkan ahli kelab dan keluarga serta jemputan dari kelab TTS KL Selangor, PGG serta wakil Kelab ME250 Melaka dalam satu konvoi santai yang bermula di R&R Seremban.

Perjalanan diteruskan ke Rembau, Negeri Sembilan untuk sesi jamuan, ramah mesra dan bergambar, diikuti dengan solat Zohor di Masjid Kariah Gadong.

Aktiviti diteruskan dengan riadah di Lubuk Petai sebelum semua peserta bersurai dan pulang ke destinasi masing-masing pada sebelah petang.

Program ini bertujuan mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam suasana santai dan harmoni.❀️

ME250KVOC on TikTok 21/04/2026

πŸ”₯ NEW ALERT! πŸ”₯
ME250KVOC kini di TikTok!

Jangan lupa follow untuk content menarik, aktiviti kelab & update terkini! πŸ˜‰

ME250KVOC on TikTok 196 Followers, 12 Following, 783 Likes - Watch awesome short videos created by ME250KVOC

Photos from Kelab pemilik modenas elegan 250 lembah klang - me250kvoc's post 19/04/2026

πŸ›΅ CHARITY RIDE ANJURAN LW BIKERS MALAYSIA VOL. 2

Ahad, 19 April 2026 | Mentakab, Pahang.

Alhamdulillah, kelab ME250KVOC telah menyertai Charity Ride Vol. 2 ke Mentakab, Pahang anjuran LW Bikers Malaysia dengan sokongan pelbagai kelab motosikal.

Program ini menghimpunkan kira-kira 400 buah motosikal dari Malaysia dan Singapura, merangkumi pelbagai kategori, serta diiringi pihak PDRM bagi memastikan konvoi berjalan lancar dan selamat.

Destinasi utama adalah ke Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 bersama anak-anak di sana serta menyampaikan sumbangan daripada kelab-kelab motosikal yang terlibat.

Jutaan terima kasih kepada LW Bikers Malaysia atas penganjuran program ini yang bukan sahaja membawa misi kebajikan, malah mengeratkan silaturahim antara komuniti motosikal Malaysia dan Singapura.

Photos from Kelab pemilik modenas elegan 250 lembah klang - me250kvoc's post 11/04/2026

Glenmarie, 11 April 2026 β€” Rumah Terbuka MODENAS 2026.

Ahli kelab dan sahabat TTS KL & Selangor bersama-sama ride ke rumah terbuka Modenas serta kediaman En. Nasaruddin di Klang.

Terima kasih kepada penganjur dan tuan rumah atas jemputan serta layanan yang mesra. πŸ˜‰πŸοΈ

08/04/2026

Hai 2026!





Photos from Kelab pemilik modenas elegan 250 lembah klang - me250kvoc's post 05/04/2026

πŸ“„Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Pemilik Modenas Elegan 250 Lembah Klang(ME250KVOC) ke-4

5/4/2026, Ahad.
Presint 16 Putrajaya

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ME250KVOC ke-4 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan demi kelancaran majlis.

Tidak dilupakan juga kepada semua ahli yang hadir, atas pandangan, sokongan serta penglibatan dalam memeriahkan aktiviti kelab.

Dalam masa yang sama, pihak kelab turut menyampaikan sumbangan saguhati kepada ahli yang terlibat dalam kemalangan sebelum ini. Selain itu, majlis juga diserikan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta program Ride & Camp 2025.

Terima kasih semua.

βœ‰οΈ*Jawatankuasa ME250KVOC

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Cheras?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


NO 17, Jalan 16/3A
Cheras
43200