24/08/2026
Muhammad ο·Ί insan mulia, kekasih Allah, cahaya bagi seluruh umat..
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab pemilik modenas elegan 250 lembah klang - me250kvoc, Sports Event, NO 17, Jalan 16/3A, Cheras.
KELAB INI SECARA RASMI DITUBUHKAN PADA 11.01.2023 DAN MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA DENGAN NO PENDAFTARAN - PPM-037-10-11012023
*************************************************************************
*AHLI JAWATAN KUASA SESI 2025-2027*
PRESIDEN :- MOHD HAFIZAL BIN AHMAD
TIMB PRESIDEN :- AHMAD HAFIZUL BIN MOHAMAD
SETIAUSAHA
24/08/2026
Muhammad ο·Ί insan mulia, kekasih Allah, cahaya bagi seluruh umat..
26/07/2026
π΅π οΈ BENGKEL ASAS PENYELENGGARAAN TEKNIKAL MODENAS ELEGAN 250 π΅π οΈ
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Bengkel Asas Penyelenggaraan Modenas Elegan 250 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini dengan penyertaan yang amat memberangsangkan.
Program ini telah memberi pendedahan kepada para peserta mengenai asas penjagaan dan penyelenggaraan Modenas Elegan 250, termasuk sesi teori, demonstrasi serta latihan praktikal yang dikendalikan oleh tenaga pengajar Mohd Hafizal, Khairil Rohaizad dan Taiko Nan.
Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan oleh semua peserta untuk menjaga motosikal dengan lebih baik, meningkatkan tahap keselamatan ketika menunggang serta membantu mengenal pasti kerosakan awal pada masa hadapan.
Pihak penganjur ME250KVOC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, tenaga pengajar, urus setia serta penaja program, FT Garage Racing dan Z&C EXCELL Auto Spray atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sehingga program ini berjaya dilaksanakan.
Semoga ukhuwah dalam komuniti ME250KVOC terus diperkukuhkan dan kita dapat bertemu lagi dalam program-program akan datang.
"Penjagaan betul, perjalanan lebih selamat dan jauh."
Terima kasih kepada semua yang hadir. Jumpa lagi di program ME250KVOC yang seterusnya! π΅π€
&CEXCELLAUTOSPRAY
16/06/2026
Salam Awal Muharram 1448H. Semoga tahun baru Hijrah membawa keberkatan, kebahagiaan dan kejayaan buat kita semua.
26/05/2026
24/05/2026
Alhamdulillah, selesai sudah majlis Walimatul Urus hari ini yang turut dihadiri ahli-ahli ME250KVOC bagi memeriahkan suasana serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli kelab.
Majlis diserikan lagi dengan iringan kedua mempelai disertai ahli kelab ke lokasi majlis.Terima kasih kepada tuan rumah En. Hafizul serta keluarga atas jemputan dan layanan yang sangat baik.
Semoga pasangan pengantin dikurniakan kebahagiaan, keberkatan dan kekal hingga ke syurga. ππ₯°
27/04/2026
26/4/20206 | Ahad - RIDE OPEN HOUSE ME250KVOC 2026 menghimpunkan ahli kelab dan keluarga serta jemputan dari kelab TTS KL Selangor, PGG serta wakil Kelab ME250 Melaka dalam satu konvoi santai yang bermula di R&R Seremban.
Perjalanan diteruskan ke Rembau, Negeri Sembilan untuk sesi jamuan, ramah mesra dan bergambar, diikuti dengan solat Zohor di Masjid Kariah Gadong.
Aktiviti diteruskan dengan riadah di Lubuk Petai sebelum semua peserta bersurai dan pulang ke destinasi masing-masing pada sebelah petang.
Program ini bertujuan mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam suasana santai dan harmoni.β€οΈ
21/04/2026
π₯ NEW ALERT! π₯
ME250KVOC kini di TikTok!
Jangan lupa follow untuk content menarik, aktiviti kelab & update terkini! π
ME250KVOC on TikTok 196 Followers, 12 Following, 783 Likes - Watch awesome short videos created by ME250KVOC
19/04/2026
π΅ CHARITY RIDE ANJURAN LW BIKERS MALAYSIA VOL. 2
Ahad, 19 April 2026 | Mentakab, Pahang.
Alhamdulillah, kelab ME250KVOC telah menyertai Charity Ride Vol. 2 ke Mentakab, Pahang anjuran LW Bikers Malaysia dengan sokongan pelbagai kelab motosikal.
Program ini menghimpunkan kira-kira 400 buah motosikal dari Malaysia dan Singapura, merangkumi pelbagai kategori, serta diiringi pihak PDRM bagi memastikan konvoi berjalan lancar dan selamat.
Destinasi utama adalah ke Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 bersama anak-anak di sana serta menyampaikan sumbangan daripada kelab-kelab motosikal yang terlibat.
Jutaan terima kasih kepada LW Bikers Malaysia atas penganjuran program ini yang bukan sahaja membawa misi kebajikan, malah mengeratkan silaturahim antara komuniti motosikal Malaysia dan Singapura.
11/04/2026
Glenmarie, 11 April 2026 β Rumah Terbuka MODENAS 2026.
Ahli kelab dan sahabat TTS KL & Selangor bersama-sama ride ke rumah terbuka Modenas serta kediaman En. Nasaruddin di Klang.
Terima kasih kepada penganjur dan tuan rumah atas jemputan serta layanan yang mesra. πποΈ
Hai 2026!