04/08/2026
๐ข PERHATIAN IBU BAPA/PENJAGA MURID TAHUN 1 SESI 2027
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bagi memudahkan pihak sekolah menyampaikan segala maklumat, hebahan dan pengumuman penting dengan lebih cepat, semua ibu bapa/penjaga murid Tahun 1 Sesi 2027 dimohon untuk menyertai saluran Telegram rasmi sekolah dengan mengimbas kod QR yang disediakan.
๐ฑ Sila imbas kod QR di atas untuk menyertai Telegram sekolah.
Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amatlah dihargai demi memastikan tiada sebarang maklumat penting daripada pihak sekolah yang terlepas.
Terima kasih.
Pengurusan SK Taman Puteri
02/08/2026
*KARINIVAL KOKURIKUKUM DAN HARI TERBUKA SK TAMAN PUTERI 2026*
๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐Tarikh : *8 Ogos 2026*
๐Masa : *8.00 pagi hingga 3.00 petang*
๐ขTempat : *SK Taman Puteri*
๐งโ๐งโ๐งโ๐งSasaran : *semua pelajar SKTP, ibu bapa dan masyarakat setempat.*
๐ขUntuk makluman ibubapa / penjaga / sesiapa yang berminat. Unit kokurikulum SKTP akan mengadakan Karnival Kokurikulum dan Hari Terbuka pada ketetapan di atas. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah:
1. Pameran agensi kerajaan
2. โ Permainan berbayar
3. โ Gerai jualan
๐ขBagi memudahkan urusan pembelian tiket permainan. Ibu bapa boleh membeli melalui guru kelas bermula *27 Julai 2026* sehingga pada hari karnival.
๐ณHarga Tiket:
โค๏ธ *RM30* (6 permainan kecuali escape room)
๐ *RM6* untuk ESCAPE ROOM
Dry Soopa Doopa sahaja adalah unlimited bagi pembelian tiket RM30
๐ขMarilah sama-sama memeriahkah karnival yang julung kali diadakan di sekolah SK Taman Puteri.
Semoga karnival yang julung kalinya diadakan berjalan lancar.
Terima kasih.
Setiausaha Kokurikulum
Mohamad Asri b Ariffin
11/06/2026
๐โฝ TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK SENTRI(SK TAMAN PUTERI)! โฝ๐
Alhamdulillah, satu pencapaian yang membanggakan buat pasukan bola sepak SK Taman Puteri (SENTRI) apabila berjaya melayakkan diri ke Pusingan Ke-2 MSSD Hulu Langat dan muncul sebagai Johan Kumpulan H dengan kutipan 10 mata.
๐ Keputusan Perlawanan:
โ
SKTP 2 โ 0 SK Taman Tasik
โ
SKTP 5 โ 0 SRI Ayesha
โ
SKTP 8 โ 0 SRII Arraudhah
โ๏ธ SKTP 1 โ 1 SK Taman Rakan
๐ Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, guru pengiring dan ibu bapa atas komitmen, semangat juang serta kerja berpasukan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, berdisiplin dan memberikan persembahan terbaik pada pusingan seterusnya pada 23hb Jun nanti.
๐๐ค๐Satu Pasukan, Satu Semangat, Satu Kemenangan!๐๐ค๐