09/01/2023
Meraikan NBD bagi TRT’s newbie Syed Omar Alsagoff
Ketahuilah… sekiranya dah lama sangat menghilang, status anda jadi newbie semula walaupun pada suatu masa dahulu, di anggap m***i / maulana / ulama agung basikal.
Basikal yang baru di jumpa semula dalam stor, akan dapat status New Bike.
Sekian…
01/12/2022
OCI x Torq Lab Teh Tarik Ride
24/07/2022
Ada kayuh santai ker?? Alon alon..
13/02/2022
12-02-22 Gombak-Genting Sempah-Janda Baik-Gombak. Lebih 1000m mendaki dalam 70km.
16/05/2021
Ahli ahli TRT yang masih aktif mengayuh.. di ingatkan supaya mengikut SOP yang ditetapkan.
Kalau nak drafting @ menyamun, pastikan jarak 1.5m dari mangsa samun @ tukang tarik.
Bila berehat di stesen minyak, sila pakai pelitup muka walaupun muka anda hensem / comel ala ala Hawa Rizwana Redzuan.
Barangsiapa ahli ahli TRT maupun followers TRT yang tidak ikut arahan di atas, nescaya akan disumpah menjadi rim brake Shimano 105 ataupun kucing British Shorthair.
Stay safe... i miss you...
13/05/2021
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari TRT Cyberjaya.
RV: Rumah sendiri sendiri
Route: Ruang tamu - dapur - bilik utama - bilik 2 - bilik air - store bawah tangga - ruang tamu loop
Stay safe
07/04/2021
Dalam Pada Kita Beriadah Dan Dikurniakan Kesihatan Berkayuh, Team TRT Cyberjaya Juga Tidak Lupa Untuk Berkongsi Rezeki Dengan Memberi Semula Kepada Masyarakat Menerusi Program CSR.
Pada 6/4/21 TRT Cyberjaya Menghantar Sumbangan 15 Kerusi Roda - 10 Kepada Wad Kecemasan Hospital Putrajaya, 5 Kepada Wad Kecemasan Institut Kanser Negara, Putrajaya.
TRT Juga Menyampaikan Sedikit Bekalan Makanan dan Minuman Kepada Petugas Di Kedua Dua Institusi Berkenaan.
Kata Bijak Pandai, To Be Rich Is Not About How Much You Have, It’s How Much You Give.
Lebih Kurang La ☺️
22/10/2020
Cyclists di luar sana.. tak kira la nama awak tu Peter Sagan ke, Shah KOM ke, Anuar Manang ke, Zulrello ke, Tagap ke mau pun Cip. Berhati hati lah. Video yang viral baru ini, sememangnya kejadian yang benar dan sering berlaku..
Caranya, kayuh melintang bila melintasi penutup longkang seperti di bawah..
Gambar sekadar hiasan.
Lakonan mantap: Champ TRT
10/10/2020
Di sebalik kayuhan...
TRT bila sembang, gajah pun boleh terbang..