27/03/2024
MAJLIS IFTAR RAMADHAN BERSAMA PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN KUALA DUNGUN
27 Mac 2024 bersamaan 16 Ramadhan 1445 H,
Klinik Kesihatan Kuala Dungun (KKKD) telah menganjurkan Majlis iftar Ramadhan bagi merapatkan ukhwah antara ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Kuala Dungun dan staff KKKD.
Majlis ini dimulakan dengan acara mewarna kanak-kanak, kuiz agama untuk dewasa, bacaan doa. majlis berbuka puasa dan solat magrib berjemaah.
Majlis iftar ramadhan ini merupakan acara tahunan dengan kehadiran seramai 214 ora
17/06/2023
SEMINAR PENDIDIKAN KEJURURAWATAN SEMPENA SAMBUTAN HARI JURURAWAT PKD DUNGUN 2023
*Kelab Golf Rekreasi Petronas, 15 Jun 2023*
Seminar Kejururawatan telah berjaya dilaksanakan dengan dihadiri 150 jururawat dari Klinik Kesihatan, Klinik Desa, UPKS dan PKD Dungun
Inisiatif penganjuran program ini antara lain adalah untuk memberi pengukuhan dan penghayatan terhadap elemen 3s (Senyum Salam Sapa) yang disampaikan oleh KPJK Maznah Mohamad dimana elemen ini perlu diserap dalam jiwa setiap jururawat.
Selain daripada itu, jururawat didedahkan dengan perkongsian tentang "Permudahkan, Jangan Susahkan" yang disampaikan oleh Pn Faridah Akmal binti Abd Aziz dimana perkara ini perlu dijadikan sebagai teras untuk kerja seharian.
Perasmian disempurnakan oleh Dr. Fathul Hakim Hamzah, Pegawai Kesihatan Daerah Dungun. Turut hadir dalam majlis perasmian ialah Dr Nurul Syafiqa binti Shafie , Pegawai Perubatan & Kesihatan (MCH) PKD Dungun.
Antara anugerah yang disampaikan pada majlis ini adalah :-
- Pencapaian Liputan MMR tertinggi => KK JERANGAU
- Pencapaian Pap Smear Tertinggi => KK KUALA ABANG
- Promosi Imunisasi Sempena Minggu Imunisasi => KK BUKIT BESI.
Pn Rubiah Ismail telah dinobatkan sebagai Tokoh Jururawat 2023 kategori Jururawat Kesihatan dan Pn Khatijah Mohd telah dinobatkan sebagai Tokoh Jururawat 2023 kategori Jururawat Masyarakat.
29/05/2023
Majlis penghargaan untuk ahli-ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Dungun untuk kerjasama yg telah dberikan untuk sesi 2020-2023. Juga tidak lupa untuk ahli2 panel serta pihak sekolah bg menjayakan program remaja yg berjaya meraih kemenangan yg hebat.
Disamping disajikan dengan juadah yg lazat, ahli-ahli panel juga berpeluang menyaksikan kemenangan yg diraih oleh PPKK Kuala Dungun di Peringat Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Memang tepat sekali anugerah ulung diberikan untuk Panel Penasihat Kuala Dungun.
Alhamdulillah
21/05/2023
Tahniah kepada semua peserta.
14/09/2021
Terima Kasih team Juruterapi Pergigian Dungun atas sumbangan yang telah diberikan demi memudahkan segala urusan pesakit covid 19 dan mempermudahkan urusan frontliner dalam melawan musuh yang tidak nampak ini.
Doakan kita semua dilindungi.
04/08/2021
Terima kasih jengok kami disini YB