06/10/2026
PENDEDAHAN PASUKAN SENIOR BUAT PEMAIN JUNIOR DAN SIMPANAN DALAM PERTANDINGAN-PERTANDINGAN DOMESTIK & ANTARABANGSA
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menetapkan satu polisi baharu kelab bagi memastikan pemain-pemain muda diberikan pendedahan serta peluang untuk beraksi dalam pasukan senior susulan kejayaan besar yang dicapai oleh Akademi JDT sejak kebelakangan ini, khususnya melibatkan pasukan Bawah 21 Tahun yang baru-baru ini meraih pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) dan muncul juara Piala Presiden selama empat tahun berturut-turut.
Selepas perbincangan antara pengurusan, jurulatih skuad senior dan jurulatih-jurulatih akademi, kelab telah membuat keputusan untuk memberi keutamaan kepada Liga Super Malaysia, Liga Juara-Juara AFC Elite dan Piala FA serta memastikan peluang diberikan kepada pemain junior dan simpanan beraksi di Piala Malaysia dan Piala Shopee.
Ini akan memastikan pemain-pemain muda ini mendapat pengalaman dalam aksi domestik dan antarabangsa, selain membantu JDT mengharungi jadual melibatkan lima kejohanan skuad senior serta memastikan semua pemain berada dalam keadaan terbaik untuk menghadapi semua kejohanan.
Beberapa pemain dari skuad Bawah-21 dan pasukan simpanan sudah mula menjalani latihan dengan pasukan utama dan akan mendapat peluang seperti yang dilihat menerusi debut penyerang Bawah-21, Muhammad Daniesh Amirruddin yang cemerlang pada penampilan pertamanya dengan dua gol ketika menentang UM-Damansara United ketika aksi Piala FA baru-baru ini.
Langkah ini akan memberikan pemain-pemain muda dan simpanan pengalaman bermain pada intensiti tinggi bersama skuad utama sekaligus menyediakan mereka untuk melakukan transisi ke skuad senior dan bantu menjamin masa hadapan mereka dalam kelab ini.
Luis Garcia, Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
———
SENIOR TEAM EXPOSURE FOR JUNIOR & RESERVE PLAYERS IN DOMESTIC & INTERNATIONAL COMPETITIONS
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) have decided on a new club policy to ensure youngsters are given exposure and opportunities in the senior team following the immense success the JDT Academy has produced in recent times, especially our Under-21 team who recently won the Malaysian Games (SUKMA) gold medal and have been President's Cup champions for four consecutive years.
Following discussions between the management, senior team coaches and academy coaches, the club has decided to prioritise the Malaysia Super League, AFC Champions League Elite and FA Cup and ensure opportunities are provided to junior and reserve players in the Malaysia Cup and Shopee Cup.
This will ensure the youngsters coming through the ranks gain both domestic and international experience, in addition to enabling JDT to navigate the schedule of five senior team tournaments and keep the players fresh for competition on all fronts.
A number of Under-21 and reserve team players have been training with the first team and opportunities are coming, as seen in the debut of Under-21 forward Muhammad Daniesh Amirruddin, who had an excellent first appearance with two goals against UM-Damansara United in the FA Cup recently.
This move will give youngsters and reserve players valuable high intensity experience in the first team, prepare players to make the transition to senior team football and help secure their future at the club.
Luis Garcia, Johor Darul Ta’zim FC Chief Executive Officer
Hidup Johor Demi Johor