25/08/2026
🌙 Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M ﷺ
Semoga cinta kepada Rasulullah ﷺ sentiasa hidup dalam hati, selawat menjadi penenang jiwa, dan sunnah baginda menjadi panduan setiap langkah kita.
Ya Rasulullah, kami merinduimu.
🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ
✨ 12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026M ✨
Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas (PDKG) mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ kepada seluruh umat Islam.
Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan menghayati sirah, memperbanyakkan selawat serta mencontohi akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.
🌿 “MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI” 🌿
Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi wadah untuk kita memperkukuhkan kecintaan kepada Rasulullah SAW serta membentuk masyarakat yang berakhlak, bersatu padu dan diberkati Allah SWT.
Ikhlas daripada:
Warga Kerja Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas