17/06/2026
Perlumbaan basikal bukit / Mountain Bike (MTB) dengan format "Cross Country Olympic" (XCO) adalah perlumbaan kompetitif yang disertai oleh pelumba2 profesional & berpengalaman... Treknya pendek antara 2km ke 6km untuk satu pusingan dengan peserta perlu menyempurnakan beberapa pusingan mengikut kategori masing2... XCO ini memerlukan kemahiran mengawal & mengendalikan basikal yang tinggi kerana treknya walaupun pendek dipenuhi dengan halangan2 yang sukar seperti akar2 kayu, batu2, laluan "single track" yang licin & sempit, pendakian yang memeritkan, penurunan bukit (downhill) yang curam, batang balak yang dirintangkan & "ramp2" yang memerlukan peserta terbang bersama basikal... Jadi, hanya yang berani saja mampu bersaing... Ini bukan perlumbaan untuk pelumba santai atau "beginner"...
Di Kejohanan Kriterium & MTB XCO Tampin 2026 kita telah mendapat kerjasama dari Akademi Kecemerlangan Minda & Fizikal (AKAL), Pengurusan Felda Bukit Rokan, Rokan Hill Cycling Club (RHCC) serta Majlis Belia Felda Bkt Rokan untuk menjadikan Lapang Sasar Bkt Rokan ini sebagai trek XCO tetap... Tahun ni kita baru design sikit je tapi boleh tahan peritnya... In Shaa Allah next year kita akan upgrade lagi tahap kesukaran & halangan sehingga satu hari nanti mampu mencapai standard antarabangsa...
Untuk event tahun ini hanya 1 kemalangan serius saja direkodkan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital... Lain2 jatuh calar balar, luka, terseliuh tu dah jadi lumrah dalam XCO ni... Semoga lebih ramai pelumba2 basikal Negara seawal usia kanak2 menyahut cabaran menyertai Perlumbaan XCO ini kerana hanya inilah satu2nya acara basikal MTB yang dipertandingkan sehingga peringkat tertinggi iaitu di Sukan Olimpik!!!
Credit Video : Loka Lee