31/12/2025
Parents, your child’s journey starts here.
Di Panglima FC (Since 2016), kami menyediakan latihan bola sepak yang,
✔️ Selamat
✔️ Mesra kanak-kanak
✔️ Fokus kepada perkembangan fizikal & keyakinan
Anak-anak belajar football skills, discipline & teamwork, sambil having fun and making friends 😄⚽
👉 Jom join Panglima FC dengan penuh keyakinan! Contact us now😊
*Borang Pendaftaran
https://forms.gle/SkXhRoskBMVrM7nx7
02/11/2025
Menyantuni kehadiran Pengarah Teknikal AMD iaitu Coach Hassan ke sesi latihan mingguan Panglima FC petang semalam. Beliau sempat berkongsi pengalaman & tunjuk ajar disamping memberi kata-kata perangsang kepada pelatih-pelatih.
Semoga dengan kehadiran beliau dapat dijadikan sumber inspirasi dan semangat supaya anak-anak Panglima lebih fokus pada masa akan datang. Terima kasih Coach!👍🏼💪🏼
12/08/2025
Assalam & selamat sejahtera buat semua. Tahniah diucapkan kepada pasukan Panglima FC U10 kerana berjaya menjadi Johan Premier Cup di Kejohanan Bolasepak U10 Perfect Series yang berlangsung di Pusat Sukan Impiana Adril Ipoh pada Ahad 10hb. Ogos 2025 yang lepas. Syabas semua!👍🏼
Terima kasih kepada coaches, ibubapa dan semua yang terlibat dari segi sumbangan makanan, tenaga dan juga suara yg tidak putus asa menyokong sehingga ke wisel penamat perjuangan anak-anak U10.
Tahniah sekali lagi buat anak-anak U10 kerana menjadi antara yang terbaik dari 32 pasukan yg bertanding. Usaha dan perjuangan tanpa putus asa pasti membuahkan hasil.
Semoga anak-anak semua terus bersemangat dan lebih fokus dimasa akan datang bagi memastikan kejayaan milik kita.
Sekali lagi, terima kasih buat semua👏🏻💪🏼👍🏼
26/07/2025
Assalam & selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah Liga Suparimau Season A 2025 bagi kategori U14 & U16 telah melabuhkan tirai pada 20/7/2025 yang lepas. Tahniah pada Juara U14 & Juara U16 .
Kami Panglima FC selaku Penganjur Liga Suparimau musim ini mengucapkan syabas dan terima kasih pada semua team yang terlibat.
Kalah dan menang adat permainan. Teruskan usaha dan jangan putus asa. Insyaallah kejayaan pasti milik kita. Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang. Majulah sukan untuk negara.