ONXOH BC

ONXOH BC

Share

Officially started on 05/07/2017 - Current
We are open for friendly and still learning to improve ✌️✌

Photos from ONXOH BC's post 05/08/2025

📢 PRE-ORDER DIBUKA: JERSI KE-8 ONXOH BC 🏸

Design terbaru ONXOH BC dah turun gelanggang! Kini dibuka untuk ahli kelab & penyokong yang nak pakai jersi penuh gaya dan semangat! 🔥

🎽 Jersi Edisi Ke-8 ONXOH BC – “Hitam Putih Batik”

Design kali ini membawakan elemen hitam putih – simbol kekuatan, kesatuan & ketenangan dalam tekanan, digabungkan dengan corak batik yang mencerminkan jati diri tempatan & semangat kebersamaan.
Tak kira menang atau kalah, kita tetap satu – ONXOH BC! 💪

✨ Material Berkualiti
✔️ Kain ringan & serap peluh
✔️ Selesa dipakai untuk bermain, berjalan & riadah santai
✔️ Design eksklusif – confirm rare dan bergaya

---

📌 Maklumat Pre-Order:

🗓️ Tutup tempahan: 25 Ogos 2025 (Ahad)
💸 Harga: RM50

> ✳️ *Harga mungkin lebih rendah jika tempahan melebihi sasaran. Lagi ramai, lagi jimat!*

📏 Saiz tersedia: S hingga 5XL
🚛 Pengambilan: Melalui admin terdekat
📦 Untuk yang jauh: Boleh dipos (kos pos ditanggung sendiri)

📲 Tempahan melalui:
OOO – 017-2318246
https://wa.link/xspkgb

(Sila nyatakan saiz & kuantiti)

🔥 Tempah sekarang, jangan tunggu last minit!

🌟 *Peluang Untuk Penaja!
Kalau ada yang berminat nak sponsor & letak logo di jersi, boleh terus hubungi OOO di nombor yang sama.
Bersama kita naikkan nama kelab & komuniti!*

12/05/2025

Test test

Photos from ONXOH BC's post 22/02/2025

Lama dan dah berhabuk page ni. kali ni kita update Latest Mini Tournament ONXOH BC

SUPER 100 ONXOH

Tahniah Kepada Naz & Tommy yang menewaskan Acap dan Mirza pada perlawanan akhir. Disini Disertakan Gambar² keputusan perlawanan dan Pemenang

1st - Naz & Tommy
2nd - Acap & Mirza
3rd - Aqill & Yed / Syahmi & Eiz

Tahniah kepada semua yang terlibat dan memberi kerjasama yang x berbelah bahagi.

02/08/2024

Last Day sebelum nak tutup Order, Mari² sape nak order jersi ONXOH BC boleh pm saya dengan kadar segera.

03/11/2023

Candid Dari Juara Internal ONXOH BC 2023

Photos from ONXOH BC's post 03/11/2023

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada kaum sejagat seantero dunia, semalam telah berlangsungnya perlawan persahabatan AWAY DAYS antara YAMMERS BC vs ONXOH BC di gelanggang keramat mereka MBC Klebang .. Perlawanan kali ini agak sengit untuk kesemua Regu, tetapi tuah menyebelahi ONXOH BC dengan Kemenangan YEMMERS BC (3) vs (6) ONXOH BC

Terima Kasih untuk semua player yang terlibat secara langsung dan rakan2 seperjuangan yang hadir memberi sokongan.

Semua Keputusan perlawan dan gambar ada di bawah majulah sukan untuk negara.

Kesian Terima Kasih.

ONXOH !!! ONXOH !!! ONXOH OH OH !!!!!!

11/10/2023

Sedikit sedutan perlawan akhir, bersama pengulas bertauliah kami Aniq RR dgn tetamu² undangan beliau, sebelum BOY & MIROLE memenangi perlawanan ini ketika menentang Jake & Abg Asrul.

Photos from ONXOH BC's post 11/10/2023

Assalammualaikum n selamat sejahtera pada semua player ONXOH BC, syukur ke hadrat ilahi dimana kita berjaya, menjayakan INTERNAL TOURNAMENT ONXOH BC 2023, tq pada hamba Allah yg sponsor, para admin, para² sakura dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kalau ada kekurangan dari kami pihak Admin, lebih kurang mintak halal ye, insyaAllah untuk tournament akan datang kita cuba buat yg terbaik lg. Tahniah pada pemenang untuk edisi kali ini.

CHAMPION - BOY & MIROLE (GOLD)
CHAMP - JAKE & ABG ASRUL. (SILVER)
CHA - PA & CI / ADI & NADHIR. (BRONZE)

MVP - BOY & JAKE

Pada yang tak menang boleh training lg, pada yang menang cabutan bertuah boleh dah bagi tuah kat orang lain dan kalau dapat konsisten kan kehadiran insyaAllah pool prize menarik lagi utk yg akan dtg.

Sekian dari admin² yang bertugas

Abah Lekiu
Aniq RR
Mr. Petronas
Ego Loan RHB
Safwan Sponsor
Afiq Y Bulat

Photos from ONXOH BC's post 29/09/2023

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semuanya maaf atas kelewatan untuk update friendly yang paling latest ONXOH BC vs Gagak Gempita BC perlawanan timbal balik yang berlangsung pada 26 September 2023 ini telah berlangsung dengan sengit, tetapi kemenangan tidak berpihak pada ONXOH BC. Kali ini Gakak Gempita BC berjaya melunaskan kekalahan yang lalu dengan keputusan

ONXOH BC (2) vs (7) GAGAK GEMPITA BC

Syabas diucapkan kepada kedua² pasukan yang bermain bersungguh sungguh dan penuh dgn semangat kesukanan.. Di bawah ada disertakan gambar² player dan keputusan perlawanan

Majulah sukan badminton untuk social player negara.

Admin - Lekiu

Photos from ONXOH BC's post 10/09/2023

Seledai sudah Friendly Match antara ONXOH BC vs YEMERS BC. dimana kemenangan berpihak pada ONXOH BC dengan kemenangan bersih 9 - 0. Di bawah keputusan setiap perlawanan beserta gambar².

Untuk next friendly kita akan kembali menentang Gagak Gempita BC di home ONXOH BC, dan ianya masih dalam perbincangan. Untuk YEMERS BC terima kasih kerana sudi hadir ke Home kami.

Terima kasih untuk semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, kita akan update dari masa ke masa untuk aktiviti ONXOH BC.

ONXOH, ONXOH, ONX OH OH OH !!!!!!!!!

Kesian Terima Kasih, Assalammualaikum

07/09/2023

Assalammualaikum & Salam Sejahtera kepada semua warga badminton. ONXOH BC akan menentang YEMERS(YAMAHA) BC di Venue Home kami iaitu di YMCA Badminton Complex. Friendly match ini merupakan yang ke 5 untuk ONXOH BC dan ini kali ke 2 kita bermain di Home selepas kali terakhir ketika menentang RESTRING BC.

Pada perlawan persahabatan yg lalu, kita berjaya menumpaskan GAGAK GEMPITA BC dengan 4 - 5 di tempat lawan. Semoga masih ada sinar untuk team ONXOH BC.

9 Double akan berentap, siapa kah pemenangnya 9 Mens Double. 💪💪💪

ONXOH BC vs YEMERS BC

JUMAAT l 08 SEPT 2023
YMCA BADMINTON COMPLEX
09:00PM - 12:00PM

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Ipoh

Opening Hours

Tuesday 22:00 - 00:00
Thursday 21:00 - 23:00