16/08/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Nor Aiman Danish bin Norhaslan, Kapten Pasukan Bola Sepak Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Bawah 15 Tahun, atas kejayaan merangkul JOHAN Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Kategori Menengah Rendah Peringkat Negeri Perak dan berpeluang menyampaikan pidato di hadapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Beliau telah menyampaikan pidato sempena Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, bersempena Bulan Kemerdekaan 2026, yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Satu penghormatan dan pengalaman yang amat bermakna buat seorang pemimpin muda STAR. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus mengamalkan nilai kesetiaan, keberanian, kepimpinan dan patriotisme.
Tahniah Nor Aiman Danish !
Teruskan melakar kejayaan, di padang dan di pentas kepimpinan.
28/07/2026
Alhamdulillah, syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemain bola sepak Bawah 15 Tahun Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) yang telah mempamerkan aksi cemerlang dalam Kejohanan Piala KRT Jelapang Bawah 15 Tahun.
Dalam kejohanan ini, STAR telah menghantar dua pasukan, iaitu STAR Cougars A (Bawah 15 Tahun) dan STAR Cougars B (Bawah 14 Tahun). Kedua-dua pasukan telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan komitmen yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.
Keputusan Perlawanan
⭐ STAR Cougars A (Bawah 15 Tahun)
Peringkat Kumpulan
- STAR Cougars A 4–0 LangHK
- STAR Cougars A 1–0 MRM A
- STAR Cougars A 1–0 KSR Tasek
- STAR Cougars A 2–0 KRT Jelapang
Suku Akhir
- STAR Cougars A 3–0 KPSA A
Separuh Akhir
- STAR Cougars A 0–1 Langgar FC
STAR Cougars A menamatkan saingan di peringkat separuh akhir selepas melalui kempen yang cukup cemerlang dengan mencatat lima kemenangan sebelum tewas tipis kepada Langgar FC.
⭐ STAR Cougars B (Bawah 14 Tahun)
Peringkat Kumpulan
- STAR Cougars B 1–2 Langgar FC
- STAR Cougars B 2–2 Young Pro
- STAR Cougars B 1–2 ST 18 Lions
- STAR Cougars B 0–0 Ex Impian Kembara
Walaupun tidak berjaya mara ke pusingan seterusnya, para pemain STAR Cougars B telah mempamerkan semangat juang yang tinggi serta memperoleh pengalaman berharga apabila bersaing dengan pasukan-pasukan yang lebih berusia.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain, barisan jurulatih serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan prestasi dan mengharumkan nama Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) pada kejohanan-kejohanan akan datang.
26/07/2026
Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada lima orang pemain bola sepak Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) yang telah berjaya mewakili Daerah Kinta Utara dalam Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Negeri Perak (MSSPK) 2026 bagi kategori Bawah 18 Tahun.
Hasil daripada semangat juang yang tinggi, disiplin yang mantap serta komitmen yang tidak berbelah bahagi, pasukan Kinta Utara telah berjaya muncul sebagai Johan Kejohanan Bola Sepak MSSPK Bawah 18 Tahun 2026, sekali gus mencatat sejarah dengan mengekalkan kejuaraan buat lima (5) tahun berturut-turut.
Lebih membanggakan, salah seorang pemain STAR, Ammar Dzulikram Bin Mohd Azami, turut dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik Kejohanan, sekali gus membuktikan kualiti dan kecemerlangan pemain-pemain STAR di pentas negeri.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga STAR untuk terus berusaha, berdisiplin dan melakar lebih banyak kecemerlangan pada peringkat yang lebih tinggi.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan jurulatih Kinta Utara serta semua pemain yang telah mengharumkan nama daerah dan sekolah.
Senarai pemain STAR yang mewakili Daerah Kinta Utara:
🟢 Aqil Sufyan Bin Mohd Sani – 5S
🟢 Ahmad Alif Irfan Bin Mohd Azizan – 4P
🟢 Meor Muhamad Ariq Bin Meor Zamharil – 4A
⚪ Ammar Dzulikram Bin Mohd Azami – 4S
⚪ Aqeel Rafael Bin Mohd Aswad – 4P
13/07/2026
Perlawanan Persahabatan 4 Penjuru Bawah 13 Tahun
STAR - SSN GUNUNG RAPAT - SMK ANDERSON - VICTORIA INSTITUTION
01/07/2026
Alhamdulillah. Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemain bola sepak Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) atas kejayaan cemerlang dinobatkan sebagai JOHAN Bola Sepak MSSD Kinta Utara Bawah 18 Tahun 2026 serta meraih tempat Ketiga Bawah 15 Tahun.
Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha yang tidak mengenal erti putus asa, disiplin yang tinggi, semangat berpasukan yang utuh serta doa dan sokongan padu daripada semua pihak. Setiap langkah di atas padang dipenuhi dengan kesungguhan, pengorbanan dan tekad untuk mengharumkan nama sekolah.
Tahniah juga diucapkan kepada barisan jurulatih, pengurus pasukan, guru-guru, ibu bapa serta seluruh warga STAR yang sentiasa memberikan bimbingan, dorongan dan kepercayaan kepada pasukan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi. Teruskan berjuang, kekalkan semangat juang yang tinggi dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
Berikut merupakan keputusan bagi setiap perlawanan :
U18
Suku Akhir
STAR VS SMK JELAPANG JAYA : 5-0
Separuh Akhir :
STAR VS SMK ANDERSON : 2-0
Akhir :
STAR VS KV IPOH : 1-0
U15
Suku Akhir :
STAR VS SMK KG PASIR PUTEH : 1-0
Separuh Akhir :
STAR VS SMK ANDERSON : 0-1
Penentuan 3/4
STAR VS SMK ULU KINTA : 0-0
Penalti : 3-1
29/06/2026
Alhamdulillah dan tahniah kepada para pemain Bawah 14 dan 16 Tahun yang berjuang merebut kejuaraan Piala Xcriim Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Padang Taman Dr. Kedua-dua pasukan menunjukkan aksi yang cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung.
Bawah 16 Tahun dinobatkan sebagai Naib Johan manakala Bawah 14 Tahun tewas di suku akhir menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat tanpa jaringan.
Dua orang pemain mendapat Anugerah Pemain Harapan ( Nor Aiman Danish Bin Nor Haslan) dan Penjaga Gol Terbaik ( Ammar DzulIkram Bin Mohd Azami)
Terima kasih kepada pentadbiran sekolah, para jurulatih dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada para pemain.
🟢🔵⚫🔴⚪🟡
20/06/2026
Alhamdulillah dan tahniah kepada pasukan bola sepak Sekolah Tuanku Abdul Rahman yang telah menjuarai Malaysia Youth League Negeri Perak Bawah 16 Tahun setelah menewaskan Anderson FA di perlawanan Akhir menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan yang sengit.
Manakala kategori bawah 14 Tahun, pasukan Sekolah Tuanku Abdul Rahman terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 kepada pasukan Anderson FA dalam perlawanan Akhir.
Terima kasih kepada barisan pentadbiran sekolah, para jurulatih dan ibu bapa yang sentiasa berkorban masa , tenaga dan wang sepanjang liga berlangsung. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan di MYL National Finale yang akan berlangsung bulan 12 akan datang. Insha allah.
🟢🔵⚫🔴⚪🟡🏆🥇