The Bos Gaurus Junior

The Bos Gaurus Junior

Share

Program pembangunan bola sepak akar umbi Kelab Bolasepak Perak

Photos from The Bos Gaurus Junior's post 13/01/2025

TAHNIAH AFIFIN ARFA !

Selepas Daniel Hakimi dan Danish Haikal melakukan debut bersama pasukan Perak FC, malam semalam giliran Afifin Arfa a.k.a Ipin p**a diberi peluang beraksi buat pasukan Liga Super Perak FC buat kali pertama.

Berusia 20 tahun, Ipin melakukan debut bersama pasukan Liga Super Perak FC menentang Penang FC malam semalam di Stadium Bandaraya selepas dibawa masuk pada minit ke 87 bagi menggantikan Azfar Fikri.

Afifin Arfa merupakan pemain sayap bagi pasukan Perak FC III dibawah kendalian Ketua Jurulatih, Sharilnizam Khalil.

Semoga maju jaya diucapkan buat Ipin!

Kejor Ipin Kejor !!!

πŸ€πŸ’›πŸ–€


Photos from The Bos Gaurus Junior's post 04/01/2025

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€ππ‘π„π’πˆπ€π’πˆ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆ ππ„π‘π€πŠ 𝐅𝐂 πŸπŸŽπŸπŸ’

Pagi ini telah berlangsung Majlis Apresiasi Akademi Perak FC (PFCA) 2024 di Padang PERNAMA, Ipoh bagi menghargai keterlibatan para pelatih PFCA dalam musim pertama penganjurannya.

Program pada pagi ini dimulakan dengan perlawanan persahabatan yang melibatkan semua kategori umur pelatih iaitu 7 hingga 15 tahun menentang pasukan ATM Gladiators dan Ipoh Bug Football Academy.

Seterusnya program diteruskan dengan majlis penyampaian sijil kepada semua pelatih PFCA 2024 yang disempurnakan oleh YBrs. En. Neow Choo Seong, Pegawai Khas (Hal Ehwal Antarabangsa) Kepada YAB Timbalan Perdana Menteri II. Yang turut hadir pada majlis pagi ini ialah En. Mohd Naim Alias, Penolong Pengurus Besar Perak FC serta tetamu jemputan En. Meor Azli Meor Mahmod yang juga merupakan mantan Ketua Pegawai Operasi Perak FC.

Program PFCA yang dikelola dan diketuai oleh Coach YM Raja Azlan Shah Raja So’ib selaku Pengarah Teknikal Perak FC akan memulakan musim keduanya bermula pada 1 Februari 2025 dengan sasaran dan objektif yang lebih baik dan menyeluruh.

Dikesempatan ini juga, Perak FC ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua barisan kejurulatihan serta petugas sekretariat yang terlibat dalam menjayakan program PFCA sepanjang tahun 2024.

Tidak terkecuali kepada para ibu bapa / penjaga yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada program PFCA dan juga Perak FC.

Moh leraih! Daftarkan anak-anak komer ke dalam program PFCA bagi musim baharu 2025 nanti. Semoga akan lahir lebih ramai bakat dan bintang yang akan meneruskan kesinambungan bagi mewakili pasukan Perak FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada masa hadapan.

πŸ€πŸ’›πŸ–€












Photos from The Bos Gaurus Junior's post 22/12/2024

ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π ππŽπ‹π€π’π„ππ€πŠ π‰π„πŒππ”π“π€π 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝟏𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍: πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ - π‚π‡πˆππ€ πŸπŸŽπŸπŸ’

Pasukan Hainan Zhonghai FC (China) dan Perak FC Academy (PFCA) mengungguli dua kategori yang dipertandingkan dalam Pertandingan Bolasepak Jemputan Antarabangsa Bawah 12 Tahun: Malaysia - China 2024 yang berlangsung pada pagi ini di Padang PCRC, Ipoh.

Hainan Zhonghai FC unggul mendominasi kategori β€˜cup’ setelah menewaskan D.I.A Kickers 3-1 pada perlawanan akhir manakala PFCA p**a menjuarai kategori β€˜plate’ setelah menundukkan ATM Gladiators 1-0 pada perlawanan akhir kategori berkenaan.

Sementara itu, pasukan Hainan Deneng FC (China) serta PCRC β€˜B’ menduduki tempat ketiga dan keempat kategori β€˜cup’. Melengkapkan sejumlah lapan pasukan yang bertanding ialah pasukan Ipoh Fridays Club dan PCRC β€˜A’ yang menduduki tempat ketiga dan keempat kategori β€˜plate’.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Encik Loh Sze Yee, Exco Kerajaan Negeri Perak yang turut diiringi oleh Encik Neow Choo Seong, Pengurus Besar Perak FC dan Encik Chan See Onn, Presiden PCRC.

πŸ€πŸ’›πŸ–€




Photos from The Bos Gaurus Junior's post 22/12/2024

ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π ππŽπ‹π€π’π„ππ€πŠ π‰π„πŒππ”π“π€π 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝟏𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍: πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ - π‚π‡πˆππ€ πŸπŸŽπŸπŸ’

Foto sekitar Majlis Makan Malam sempena Pertandingan Bolasepak Jemputan Antarabangsa Bawah 12 Tahun: Malaysia - China 2024 yang diadakan Dewan Panggong Silver Star, Ipoh.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Tuan Haji Mazlan Mohamad, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak serta Encik Neow Choo Seong, Pengurus Besar Perak FC.

πŸ€πŸ’›πŸ–€




Photos from The Bos Gaurus Junior's post 21/12/2024

ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π ππŽπ‹π€π’π„ππ€πŠ π‰π„πŒππ”π“π€π 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝟏𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍: πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ - π‚π‡πˆππ€ πŸπŸŽπŸπŸ’

Dari lensa kamera Perak FC sempena Pertandingan Bolasepak Jemputan Antarabangsa Bawah 12 Tahun: Malaysia - China 2024 yang berlangsung hari ini hingga esok di Padang Perak Chinese Recreation Club (PCRC), Ipoh.

Pertandingan yang membabitkan sejumlah lapan buah pasukan termasuk dua pasukan dari wilayah Hainan, China ini dimulakan dengan upacara perasmian pembukaan pada sebelah pagi tadi yang dihadiri oleh YBhg. Datuk Kwan Foh Kwai, Presiden Dewan Perniagaan Cina Perak dan Encik Neow Choo Seong, Pengurus Besar Perak FC.

Semua lapan pasukan tersebut telah melengkapkan aksi peringkat kump**an pada hari ini dan akan bersambung semula dengan aksi dalam saingan kategori β€˜cup’ dan β€˜plate’ esok.

Berikut senarai pasukan yang layak mengikut kategori:

πŠπ€π“π„π†πŽπ‘πˆ 𝐂𝐔𝐏:
1. PCRC β€˜B’
2. ⁠D.I.A Kickers
3. ⁠Hainan Zhonghai FC (China)
4. ⁠Hainan Deneng FC (China)

πŠπ€π“π„π†πŽπ‘πˆ 𝐏𝐋𝐀𝐓𝐄:
1. ATM Gladiators
2. ⁠Perak FC Academy
3. ⁠PCRC β€˜A’
4. ⁠Ipoh Fridays Club

πŸ€πŸ’›πŸ–€




Photos from The Bos Gaurus Junior's post 10/12/2024

ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π ππŽπ‹π€π’π„ππ€πŠ π‰π„πŒππ”π“π€π 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝟏𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍: πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ - π‚π‡πˆππ€ πŸπŸŽπŸπŸ’

Hari ni telah berlangsung majlis undian dan mesyuarat pengurus pasukan sempena Pertandingan Bolasepak Jemputan Antarabangsa Bawah 12 Tahun Malaysia - China 2024.

Sejumlah lapan buah pasukan termasuk dua pasukan dari wilayah Hainan, China akan terlibat dalam Pertandingan tersebut yang akan berlangsung pada 21 dan 22 Disember 2024 di Padang Perak Chinese Recreation Club (PCRC), Ipoh.

Pertandingan yang dianjurkan bersempena dengan sambutan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia - China dan Tahun Melawat Perak 2024 ini turut menyaksikan penyertaan pasukan Hainan Deneng FC dan Hainan Zhonghai FC selain enam pasukan tempatan iaitu Perak FC Academy, PCRC A, PCRC B, DIA Kickers's, ATM Gladiators, Ipoh Friday Club.

Pertandingan anjuran bersama PCRC dan Perak FC ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pemain-pemain cilik pasukan tempatan bersaing dengan bakat-bakat hebat dari luar negara.

Turut hadir pada program ini ialah YM Raja Azlan Shah Raja So’ib selaku Pengarah Teknikal Perak FC dan Encik Chan See Onn selaku Presiden PCRC.

πŸ€πŸ’›πŸ–€




Photos from The Bos Gaurus Junior's post 01/12/2024

TAHNIAH DANISH HAIKAL !

Selepas Daniel Hakimi melakukan debut cemerlang pada perlawanan menentang KDN FC pada aksi pertama Piala Malaysia tempoh hari, kini giliran abangnya p**a Danish Haikal melakukan debut apabila dimasukkan pada separuh masa kedua bagi menggantikan Fadhil Idris untuk mengisi bahagian tengah pasukan Perak FC ketika berjaya menewaskan KDN FC dalam aksi kedua Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium MP Manjung malam tadi.

Danish Haikal merupakan ketua pasukan bagi Perak FC III dibawah kendalian Ketua Jurulatih, Sharilnizam Khalil.

Semoga maju jaya diucapkan buat Danish Haikal!

Kejor Haikal Kejor !!!

πŸ€πŸ’›πŸ–€


Photos from The Bos Gaurus Junior's post 22/11/2024

Rabu tandatangani Kontrak βœ…
Jumaat jaring gol ⚽️

Welcome to Liga Malaysia Kecik Maro πŸ”›πŸ”

πŸ€πŸ’›πŸ–€


20/11/2024

Biarkan Kecik Maro memasak di tengah bandaraya Kuala Lumpur πŸ”›πŸ”

πŸ€πŸ’›πŸ–€












Photos from The Bos Gaurus Junior's post 20/11/2024

Tahniah Daniel Hakimi!

Hari ini Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil ataupun lebih dikenali sebagai Kecik Maro telah menandatangani lanjutan kontrak bersama Perak FC untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Pemain yang mewakili pasukan Ipoh Unity Recreation Club (IURC) dalam saingan Piala Cheetah tahun 2023 ini mula mewakili pasukan Perak FC III dalam pertandingan Piala Presiden bermula musim 2023 hingga 2024.

Pernah terlibat dalam filem berunsurkan sukan bola sepak iaitu Anak Rimau The Movie arahan Areel Abu Bakar pada tahun 2022, bakat ubi muda ini mula berkembang ketika bersama Akademi Mokhtar Dahari (AMD) seterusnya bersinar di SMK Anderson, Ipoh.

Perak FC mendoakan agar Kecik Maro terus gigih berusaha untuk mempertingkatkan lagi prestasinya bagi mendapatkan tempat dalam pasukan utama kendalian Coach Yusri Che Lah.

Turut serta pada majlis menandatangani kontrak tersebut ialah Encik Neow Choo Seong, Pengurus Besar Perak FC sambil disaksikan oleh Coach Yusri Che Lah, YM Raja Azlan Shah Raja So’ib selaku Pengarah Teknikal dan juga Ketua Jurulatih pasukan Perak FC II iaitu Coach Chan Wing Hoong.

Kejor Kecik Kejor !

πŸ€πŸ’›πŸ–€












Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Menara SSI SOHO Ipoh, 2, Jalan Sultan Idris Shah
Ipoh
30000