Ahmad Paisley

Ahmad Paisley

Share

Saja buat tempat latihan menulis.

14/03/2026

Patutlah rasa tak gembira bila dapat tahu.

Rupanya memang scam.

Korang gembira ke tak masa tahu berita ni dulu??

🤭🤭

Wei, biar betul.

Rupanya ada warisan darah Malaysia main di La Liga.

Tapi rasa macam tak gembira je walaupun baru tahu.

La Liga kot.

Cuma tulah, kalau semua mat saleh yang jadi pemain kebangsaan kome rasa macam mana?

Seronok atau biasa je?

Dengor cite jiran kita Indonesia udah ketor ketior.

09/02/2026

MINIT AKHIR PERLAWANAN DAN DIOGO JOTA

Ada satu rasa yang s**ar dijelaskan bila perlawanan masuk minit akhir.

Dulu, sentiasa rasa ada harapan.

Minit 85, minit ke 90.

Anfield masih berdiri.

Ada satu kelibat di padang, Diogo Jota.

Tak perlu cantik, tak perlu dominasi.

Cukup satu sentuhan, satu larian senyap, satu saat lawan leka.

Dan kita bersorak, dengan gol lewat.

Kadang kemenangan diselamatkan, kadang-kala kita diselamatkan dari kekalahan.

Kini, rasa itu berubah.

Bila perlawanan masuk ke minit 85, yang datang bukan harapan..tapi resah.

Musim ini, Liverpool p**a yang kerap dikecewakan di saat akhir.

Gol bolos lewat, pemain kerap hilang fokus.

Perlawanan yang hampir jadi milik sendiri, hilang dalam beberapa saat.

Dulu kita yang mencuri kegembiraan orang.

Kini, kita p**a yang jadi mangsa.

Betul la, bola itu bulat.

Tapi yang jelas kita sangat merindui satu kelibat, yang acap kali menyelamatkan kita diakhir perlawanan.

Diogo Jota.

Photos from Ahmad Paisley's post 04/02/2026

HARAP PEMAIN JE RAMAI TINGGI, TAPI SET-PIECE TERUK

Liverpool musim ni ada ramai pemain yang tinggi.

Antaranya Van Dijk (1.93m), Konaté (1.93m), Gomez (1.88m), Gakpo (1.93m), Ekitike (1.89m), Gravenberch (1.90m), Szoboszlai (1.87m).

Sepatutnya, setiap corner dan free-kick jadi peluang emas untuk skor.

Cuba bandingkan statistik set-piece EPL 2025/26 (per 100 set-piece)

Liverpool hanya ada 8 gol dari set-piece, paling lemah di antara top 6.

Paling baik adalah Man United skor 15 gol, paling klinikal dan paling bagus.

Arsenal antara yang bagus, dengan variasi gaya set-piece yang pelik dengan 12 gol, kurang sikit dari Man United.

Walaupun punya statistik possession yang tinggi dan percubaan gol tapi Liverpool tetap struggle bila lawan 'park the bus'.

Badan semua tinggi-tinggi, tapi bila set-piece kerap gagal.

Aaron Briggs, set-piece coach, pun dah kena pecat selepas Liverpool sangat mudah dibolosi dari set-piece.

Badan tinggi lampai, fizikal ada, tapi bila set-piece jadi kelam kabut.

Kesimp**annya Liverpool perlu memperbaiki masalah set-piece ni.

Kita ada ramai pemain yang punya aerial ability yang bagus tapi sebab takde stategi yang betul maka kita ketinggalan dari Man United & Arsenal.

02/02/2026

HERE WE GO. TAMAT TRANSFER WINDOW.

Liverpool menutup jendela perpindahan musim sejuk kali ini dengan satu pencapaian luar biasa, tak tambah seorang pun pemain senior atau squad player.

Sedangkan, beberapa posisi dah hampir tak ada pengganti.

Tapi tak apa. Kita sentiasa boleh ulang ayat kegemaran:

“Pemain Liverpool semua serba boleh.”

Dan memang betul. Sebab itulah kita boleh tengok, pemain tengah jadi bek, pemain kreatif jadi fullback

Struktur dikorbankan demi cukupkan bilangan.

Paling susah nak hadam ialah saga Lutsharel Geertruida.

Pemain ni sebenarnya boleh setelkan masalah ni.

Dia boleh main DM, CB dan RB. Exactly apa yang Liverpool perlukan sekarang.

Tambahan p**a, pernah main bawah Slot di Feyenoord.

Sepatutnya win-win.

Tapi seperti biasa, bila buat kerja last minute,
semua jadi kelam-kabut.

Deal bergerak. Bincang ada. Akhirnya?

Collapse.

Macam tak bersungguh pun nak selesaikan.

Tak ada pelan B. Tak ada alternatif.

Yang menarik, Richard Hughes nampak sangat pantas dan cekap bila sign pemain muda.

Tapi bila isu keperluan semasa, semua jadi lambat.

Sekarang Slot terpaksa guna Szoboszlai sebagai RB, guna Gravenberch sebagai CB.

Bukan sebab s**a, tapi sebab tak ada pilihan.

Struktur yang dah mula solid setiap minggu terpaksa dikorbankan, semata-mata untuk cukupkan posisi.

Kita bukan bergantung pada squad depth.

Kita bergantung pada versatility pemain.

Dan bila keputusan tak jadi, bila prestasi jatuh, yang dipersalahkan nanti… bukan orang di meja rundingan.

Slot juga.

Richard tetap kebal.

01/02/2026

ALAMAK… TERMENANG P**A.

Liverpool tiba-tiba menang lagi di bawah Arne Slot.

Kemenangan ini sedikit mengecewakan golongan yang sudah lama menanti lagenda Xabi Alonso turun dari kayangan sebagai pengurus baharu.

Lebih kelakar, right back pun tak ada yang available.
Frimpong out, Bradley out, Gomez pun out.

Tapi tak mengapa.

Macam biasa, pemain serba dinamik, Dominik Szoboszlai tampil jadi wira.

Hari ni midfielder, semalam bek kanan, esok main winger.

Tak pelik, kalau semua penjaga gol cedera,
dia pakai glove p**a.

Inilah nikmat bila squad depth nipis kita dapat tengok bakat terpendam pemain berkembang secara paksa rela.

Paling tak masuk akal, pas**an terjaring gol bukan satu, bukan dua, bukan tiga, tapi EMPAT.

Malangnya, empat-empat gol tu masih tak boleh dikreditkan kepada Slot.

Sebabnya gol datang dari pemain, assist dari pemain, gerakan hasil bakat individu.

Taktikal sebenarnya tak wujud pun, kan Slot-ball tak sesuai di EPL.

Kesimp**annya menang besar kerana kebetulan, menang kecil sebab nasib, kalah barulah salah Slot sepenuhnya.

Kena faham inilah logika musim ni.

21/01/2026

SLOT BUKAN MASALAH, PEMAIN YANG BELUM SEDIA

Sejak musim baru ni, satu benda ramai fans selalu kata..

“Eh apasal Liverpool ni s**a sangat passing ke belakang?”

Kononnya slot-ball tak sesuai EPL, tempo slow, bosan, hilang DNA Klopp.

Masalahnya…

Awal musim kita akui skuad masih canggung dan kurang biasa dengan sistem slot-ball.

Tapi dalam berapa game kebelakangan ni boleh nampak yang pas**an semakin dominan dalam ball posession, main di final third dengan kerap, peluang yang banyak secara konsisten, tempo game lebih laju dan kemas.

Ini tanda sistem yang nak implimentasi semakin baik dan hampir berfungsi.

Cuma yang belum kemas ialah ex*****on (gol) dan keserasian pemain.

Tapi kenapa nampak banyak passing belakang?

Ini bukan sebab salah Slot.

Ini sebab pemain lambat buat keputusan, kurang off-the-ball movement, timing overlap tak sekata.

Sebahagian pemain lama masih terlalu biasa dengan transisi pantas era Klopp.

Nak tukar tabiat permainan bertahun-tahun bukan kerja seminggu dua.

Ada yang cepat adapt, ada yang canggung.

Normal lah kan.

Apa yang Slot nak bawa adalah struktur positional play, disiplin spacing, build-up yang lebih teknikal, tekanan lebih tersusun.

Masalah lain adalah struktur defend.

Line kadang terlalu tinggi, recovery run lambat, masalah Konate yang kurang technical ball ability untuk menyerap tekanan.

Lagi masalah squad depth yang nipis. Tinggal Gomez je pure CB sampaikan Endo dan Gravenberch kena main CB.

Ini bukan salah satu orang, ini suatu proses bina semula sistem.

Jadi mudahnya, Slot bukan magician boleh tukar semua dalam 7 hari.

Dia jurulatih, tapi sistem dia semakin kemas.

Statistik sangat menyokong pandangan ini.

Malam ni lawan Marseille.

Game ni kalau tak menang, seri atau kalah je.
Simple.

20/01/2026

MASA ZAMAN KLOPP SEMUA SALAH FSG, SEKARANG SEMUA SALAH SLOT

Kelakar sikit tengok mentaliti penyokong pasca covid ni.

Zaman Klopp dulu, kalau transfer kedekut, squad nipis, backup tak cukup…

Semua salah FSG.

FSG kedekut. FSG tak support. FSG ini, FSG itu.

Sekarang era Arne Slot.

Baru beberapa bulan je prestasi pas**an jatuh, terus semua salah Slot.

Rotation salah. Line-up salah. Taktikal boring. Gagal pengurusan pemain.

Padahal mamat tu dah bagi Piala EPL kot musim lepas.

Dia pun ada masalah dengan skuad nipis dan masalah kecederaan sekarang ni.

Hakikatnya mudah, Slot ni Head Coach je bukan Manager.

Musim panas haritu berapa ramai yang dah dijual? Adakah dah dibawa masuk sebagai pengganti?

Hakikatnya Slot kerja dengan apa yang dia dapat, apa yang diwarisi.

Ironinya, masa Klopp dulu orang faham p**a beza manager, sporting director dan head coach.

Sekarang tiba-tiba lupa semua benda tu.

Nak marah, biar tepat sasaran.

Dulu Klopp diberi masa untuk bina semula pas**an dia, kenapa Slot takleh bagi masa?

Kalau dulu Klopp tak dapat sokongan yang cukup dari pemilik, anda rasa Slot dapat sokongan penuh ke sekarang?

Jangan kita rasa FSG dah berubah, dek sebab pembelian pemain berprofile tinggi macam Wirtz, Ekitike dan Isak.

Jangan lupa kita tiada pengganti Nunez, Diaz, Quansah dan Jota.

Defend takde pengganti lain hanya Van Dijk yang dah habis zaman peak, dengan Konate yang dihati nak pergi kelab lain musim panas nanti.

Kalau FSG masih sama macam ni, esok-esok tukar 10 coach pun cerita sama juga.

Letak la sapa pun, Xabi Alonso, Luis Enrique.

Masalah tetap akan ada, cuma kambing hitam bertukar nama je.

26/11/2025

Camni ni la cara nak majukan bola sepak negara.

Kumpul pemain muda terbaik dan beri mereka peluang untuk berkembang.

Ni tak, import pemain Latin ramai-ramai, lepas tu bagi IC, lepas tu kantoi.

Salah seorang pemain Melbourne City paling mencuri tumpuan musim ini terarah kepada penyerang muda mereka, Max Caputo.

Pada usia 20 tahun, Max ketika ini muncul selaku penjaring semasa terbanyak pas**an berkenaan, selain cemerlang secara individu buat skuad B-20 Australia di pentas Piala Dunia B-20 lalu.

Ada harapan Max untuk dipanggil menyarung jersi skuad senior Australia tidak lama lagi.

Photos from The Patriots Studios's post 18/11/2025

Tudia, The Patriots bagi detail gila.

Apa lagi Ultras FAM, masuk la.

Semoga tidur lena malam ni.

Revolusi apa tuan-tuan...

Revolusi penuh kebodohan...

Betul la ada yang kata,

'Kalau ada duit, tapi otak takde pun tak guna..'

Photos from Football Agent - Malaysia's post 18/11/2025

Ok esok nak bawa naratif apa p**a. Semakin banyak dibongkar semakin jelas pas**an Malaysia salah.

Semoga lena tidur malam ni ye, Ultras FAM.

07/11/2025

Telah disahkan bahawa karipap yang dimasak oleh nenek seorang pemain warisan Malaysia adalah berdasarkan resepi dari Malaysia.

Ianya telah disahkan oleh pakar karipap seantero negara.

Ciri-ciri karipap di sekitar nusantara dapat dilihat dengan jelas jika diteliti bagaimana cara karipap itu dikepit.

Bagaimanapun, isi karipap dan rasanya belum dapat dipastikan lagi dan ianya masih lagi menjadi tanda tanya.

04/11/2025

Mohon beri pandangan sikit pasal komen dari tanah hujung ni.

Katanya...

"Takpa sabar sat. Lepas setahun kena gantung depa dah boleh wakil Malaysia balik sebab depa rakyat Malaysia yang sah. Ini idea bijak TMJ. Daripada kau bermastautin selama 5 tahun (lama tu 5 tahun tak sempat piala dunia 2030), maka digantung setahun adalah pilihan bijak dari TMJ. TMJ awal awal lagi dah khatam kitab FIFA ni. TMJ betul betul genius nak persiapkan pas**an piala dunia 2030 tanpa buang masa. Only genius like me recognise genius like TMJ."

Rizdhan, Keluang Johor.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Ipoh