Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak, Wisma Kastam Ipoh, No. 1, Jalan Kinta, Off Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh.

Photos from Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak's post 11/06/2026

𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐓𝐄𝐌 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐓𝐀𝐌 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀(𝐉𝐊𝐃𝐌)

11 Jun 2026 | Khamis
9.00 pagi | Bilik Komputer Aras 1, Wisma Kastam Ipoh

Memperkukuh kecekapan penguatkuasaan melalui pemerkasaan teknologi baharu! Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, Ibu Pejabat telah menganjurkan Latihan Pengguna untuk Sistem Teras dan Peranti Penguatkuasaan bagi Teknologi Penandaan Setem Cukai Baharu JKDM pada 11 Jun 2026 di Bilik Komputer Aras 1, Wisma Kastam Ipoh yang dikendalikan oleh wakil Mesiniaga, melibatkan sesi demonstrasi, latihan praktikal dan soal jawab bagi memastikan pegawai JKDM bersedia mengaplikasikan teknologi terkini secara cekap, berkesan dan selaras dengan agenda pendigitalan jabatan.







© 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐭𝐚𝐦 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤

Photos from Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak's post 10/06/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐈𝐌𝐏𝐎𝐑𝐓 & 𝐒𝐒𝐓(𝐂𝐃𝐓𝐀), 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍(𝐁𝐏𝐏) 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓

10 Jun 2026 | Rabu
9.00 pagi | Holding Room Tingkat 5, Wisma Kastam Ipoh

Telah berlangsung sesi kunjung hormat dan lawatan kerja Cawangan Dasar dan Teknikal Audit Import & SST (CDTA), Bahagian Pengurusan Pematuhan (BPP) Ibu Pejabat yang diketuai oleh Tuan Ahmad Rofaie bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Pengurusan Pematuhan, kepada YBrs. Tuan Mohd Nadzri bin Ariffin bagi mengukuhkan hubungan kerja serta membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan pematuhan dan pelaksanaan tugas jabatan.







© 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐭𝐚𝐦 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤

Photos from Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak's post 08/06/2026

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐈𝐃𝐄𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐌𝐁𝐀𝐇𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐓𝐀𝐌 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐉𝐊𝐃𝐌) 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊

8 Jun 2026 | Isnin
8.00 pagi | Dewan Tan Sri Halil, Wisma Kastam Ipoh

JKDM Perak melalui Jawatankuasa Induk Transformasi Idea telah berjaya menganjurkan Bengkel Transformasi Idea Kepada Penambahbaikan Perkhidmatan Siri 2 yang menghimpunkan warga JKDM Perak dalam usaha memperkukuh budaya inovasi, kreativiti dan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan.

Sebanyak 7 pasukan daripada pelbagai stesen di seluruh negeri Perak telah membentangkan idea dan projek inovasi masing-masing yang berpotensi meningkatkan kecekapan serta keberkesanan perkhidmatan jabatan.

🏆 Keputusan Pemenang:
✨ Kategori Penciptaan – Kumpulan SPEKTRA, Stesen Pengkalan Hulu
✨ Kategori Hybrid – Kumpulan SCOPE, Stesen Lumut
✨ Kategori Penambahbaikan – Kumpulan CREDO, Stesen Taiping

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang bakal mewakili JKDM Perak ke peringkat seterusnya. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak idea kreatif dan inovatif demi memperkasakan penyampaian perkhidmatan JKDM.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta, urus setia serta warga kerja yang telah menjayakan program ini.







© 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐭𝐚𝐦 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤

06/06/2026

[JASAMU DIKENANG]
En. Mazlan bin Mustaffa
Pegawai Kastam Tinggi (WK3)
Bahagian Perkastaman
JKDM Perak
Warga Kastam Perak Mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti tuan sepanjang bertugas di JKDM Perak.
Selamat Bersara dan kami mendoakan semoga diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan berpanjangan.
TERIMA KASIH.





© 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐭𝐚𝐦 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤

Photos from Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak's post 04/06/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐈𝐓𝐍𝐎𝐖 𝐐𝐑 (𝐃𝐍𝐐𝐑) 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐊𝐀𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐍𝐐𝐑 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐓𝐀𝐌 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐉𝐊𝐃𝐌) 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊

3 Jun 2026 | Khamis
8.30 pagi | Dewan Tan Sri Halil, Wisma Kastam Ipoh

Program yang bermula pada jam 8.30 pagi ini telah dihadiri oleh warga JKDM Perak dan bertujuan memberi pendedahan mengenai pelaksanaan kaedah pembayaran digital melalui DuitNow QR bagi urusan terimaan hasil jabatan. Taklimat yang disampaikan turut menerangkan proses pengendalian, pemantauan serta aspek pematuhan dalam pelaksanaan sistem tersebut.

Pelaksanaan inisiatif ini selaras dengan usaha kerajaan dalam memperkasa transformasi digital sektor awam, di samping meningkatkan kecekapan, ketelusan dan kemudahan urusan pembayaran kepada pelanggan. Diharapkan penggunaan DuitNow QR dapat menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih pantas, mudah dan berkesan.







© 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐭𝐚𝐦 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤

02/06/2026

[𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍]

Dukacita dimaklumkan bahawa 𝗦𝘂𝗮𝗺𝗶 kepada Puan Hasdalia binti Abdul Halim, Penguasa Kastam WK9 yang bertugas dibahagian Pematuhan Ipoh telah kembali ke rahmatullah pada 2 Jun 2026, Selasa.

انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Amiin Ya Allah. Ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ
وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Salam takziah buat Puan Hasdalia dan keluarga. Semoga tabah serta dipermudah segala urusan puan sekeluarga.

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

01/06/2026

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇!

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, atas pengurniaan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan awam serta pembangunan ekonomi negara.

Ikhlas daripada
YBhg. Dato’ Haji Amran bin Haji Ahmad
Ketua Pengarah Kastam
serta seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia

𝗖𝗘𝗞𝗔𝗣 • 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦 • 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜




©️ 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐨𝐫𝐩𝐨𝐫𝐚𝐭 | 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐓𝗔𝗠 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

01/06/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈

Warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikannya. Semoga perayaan ini membawa kesejahteraan, keharmonian dan semangat perpaduan yang berterusan. Gayu Guru, Gerai Nyamai.

𝗖𝗘𝗞𝗔𝗣 • 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦 • 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜







©️ 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐭𝐚𝐦 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤

01/06/2026

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐔𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan serta dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya dalam menerajui negara tercinta.

Seluruh warga kerja Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak dengan penuh hormat dan takzim merafakkan sembah ucapan Dirgahayu Tuanku.

𝗖𝗘𝗞𝗔𝗣 • 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦 • 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜





©️ 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐭𝐚𝐦 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤

31/05/2026

[JASAMU DIKENANG]
Pn. Halimah binti Yunus
Pegawai Kastam Tinggi (WK3)
Bahagian Perkastaman
JKDM Perak
Warga Kastam Perak Mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti puan sepanjang bertugas di JKDM Perak.
Selamat Bersara dan kami mendoakan semoga diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan berpanjangan.
TERIMA KASIH.





© 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐭𝐚𝐦 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Wisma Kastam Ipoh, No. 1, Jalan Kinta, Off Jalan Tun Abdul Razak
Ipoh
30100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00