Persatuan Aura Maarifat Perak

Persatuan Aura Maarifat Perak

Share

Persatuan Aura Maarifat Malaysia, Perak

30/04/2026

𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓

Kepada kalian yang telah lama di medan rawatan,
yang telah melihat pelbagai ragam gangguan,
yang mungkin merasakan diri sudah cukup.

Cukup ilmu.
Cukup guru.
Cukup pengalaman.

Namun jujurlah bertanya pada hati…
benarkah semua persoalan telah terjawab,
atau kita sekadar sudah biasa hidup dengan tanda tanya?

Ramai perawat tidak lemah kerana kurang ilmu,
tetapi kerana ilmu tidak tersusun,
gerak tidak kembali kepada Tauhid,
dan amal berjalan tanpa kefahaman makrifat.

Di sini bukan tempat menambah kehebatan,
tetapi tempat meleraikan simp**an
yang selama ini kita sangka sudah selesai.

Bukan semua orang perlu datang,
tetapi bagi yang masih mencari jawapan
yang tidak ditemui di mana-mana guru sebelumnya,
mungkin…
jawapan itu ada di sini.

Yang cukup, biarlah dia tenang.
Yang masih mencari, pintu tidak pernah ditutup.

Perawat kepada perawat.
Ilmu kepada yang sedia memikul amanah.

Jazakallah
TGR Daeng
🔴🟡⚫️

30/04/2026
30/04/2026

Ramai ingat…
bila harta dah dizahirkan bawah sejadah,
Dah digenggam tangan,
itu tanda berjaya,
Itu tanda rezki pd Allah..

Hakikatnya…
itu baru permulaan ujian.

Bila kalian ambil yang bukan haq,
Allah tak terus tarik semuanya…
Allah bagi kalian rasa dulu.

Rasa “senang”…
Rasa “menjadi”…
Rasa “aku dah jumpa jalan”.
Rasa "ilmu ni menjadi"

Tapi itu bukan rezeki…
Itu istidraj.

Nikmat yang diberi…
bukan kerana Allah redha,
tapi kerana Allah nak biarkan kalian terus jauh.

Dan bila cukup waktunya…

Satu per satu akan dibuka.

Mula-mula… hati jadi gelap.
Tak rasa bersalah.
Tak rasa takut.

Lama-lama…

Solat jadi kosong.
Zikir jadi kering.
Ayat Quran tak tembus ke dalam qolbi.

Kenapa?

Sebab kalian bukan sekadar buat salah…
kalian makan yang haram.

Dan yang haram itu…
bukan setakat masuk perut…

Dia masuk dalam darah.
Dia jadi daging.
Dia jadi sebahagian dari diri kalian.

Sebab itu…

Doa kalian makin susah nak naik.
Hati makin jauh dari Tuhan.
Hidup makin sempit walaupun duit banyak.

Kemudian Allah sentuh dari luar…

Bisnes mula jatuh.
Kawan mula menjauh.
Rezeki mula tersekat tanpa sebab.

Dan yang paling berat…

Allah sentuh keluarga kalian.

Anak yang dulunya lembut…
jadi keras.

Anak yang dilahirkan tak sempurna ,cacat.

Isteri yang dulunya setia…
jadi dingin.

Rumah yang dulunya tenang…
jadi medan tekanan.

Bukan sebab mereka berubah…
tapi sebab kalian yang ubah arah hidup
Hingga mengundang pintu Kemurkaan Allah..

Kalian buka pintu…
benda itu masuk.

Dan bila ia masuk…

Dia tak datang kosong.
Dia datang dengan harga.

Kadang harga itu…

Kesihatan kalian.
Ketenangan kalian.
Atau orang yang kalian paling sayang.

Itulah yang orang tak nampak…

Harta ghaib itu bukan rezeki…
tapi “pertukaran”.

Dan malangnya…

Yang ditukar…
selalunya lebih mahal dari apa yang kalian dapat.

Wahai muridku… wahai sahabat sekalian…

Kalau hari ini kalian masih belum terjebak…
jangan cuba-cuba dgn jalan yang mengarut..

Kalau kalian dah pernah buat…
berhenti sebelum terlambat.

Kerana bila Allah murka…

Bukan semua orang sempat kembali.
Bukan diri kalian ja yang kena,
Malah tempias nya orang keliling kalian

Renung- renungkan
Jazakallah
TGR Daeng
🔴🟡⚫️

30/04/2026

📣Buat Para Murid Yang Mahu Mandi bunga utk sesi Jumaat malam ini, silakan whatsapp TGR Daeng di talian 010-3883667 🔴🟡⚫️

𝐈𝐊𝐇𝐓𝐈𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐍𝐃𝐈 𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀 — 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐑𝐈𝐓𝐔𝐀𝐋, 𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐔𝐒𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐑𝐈

Alhamdulillah…
seorang pakcik ini datang utk mendapatkan khidmat mandi bunga.

Bukan kerana ikut-ikut…
Tapi kerana beliau faham,
kadang diri kita ini perlu dibersihkan,
bukan hanya zahir, tapi juga batin.

Dalam rawatan ini,...
mandian bukan sekadar air dan bunga…

Tetapi ada pengisian doa, zikir, ayat Al-Quran dan niat yang disusun khusus
untuk membantu:

✨ Menenangkan hati yang serabut
✨ Membuang rasa berat & tekanan dalam diri
✨ Menaikkan aura seri wajah
✨ Menguatkan kewibawaan diri
✨ Membuka jalan pengasih (dengan izin Allah)
✨ Sebagai ikhtiar buang gangguan halus jika ada
✨ Membuka "jalan" dan "pintu" rezki

Namun ingat…

Ini bukan sihir.
Ini bukan kuasa bunga.

Ini hanyalah asbab.

Yang memberi kesan tetap:
Allah SWT.

Bagi kalian yang boleh hadir ke tempat saya
Silakan datang, kita lakukan secara terus dengan bimbingan.

Bagi kalian yang jauh atau tidak dapat hadir
Kalian juga boleh dapatkan set mandian bunga
untuk lakukan sendiri di rumah dengan panduan yang betul.

Kadang hidup kita bukan “tak menjadi”…
Tapi diri kita sendiri yang belum disusun dengan betul.

Ikhtiar itu jalan…
Tapi jangan pernah lupa siapa yang memberi hasil.

📌Dapatkan set mandi bunga di sini:-
https://auramaarifat313.com/products/mandi-bunga-aura-seri-muka-id1803104

jazakallah
TGR DAENG
🔴🟡⚫️

30/04/2026

**Bila Jarak Dibiar…
Yang Ketiga Akan Mengisi…**

Perkahwinan bukan sekadar dua manusia…
Ia adalah pertemuan dua sistem saraf, dua jiwa, dua getaran rasa.

Bila kalian bergaduh…
yang sebenarnya “panas” bukan sekadar kata-kata ...
tetapi sistem saraf kalian sedang berada dalam mode ancaman
(fight or flight).

Dalam keadaan ini:
ego meninggi…
suara meninggi…
hati p**a semakin menyempit.

Dan di sinilah ramai tersilap langkah…

👉 Mereka pilih untuk berjauhan… termasuklah tempat tidur.

Sedangkan…
itulah pintu pertama kepada keretakan yang lebih besar.

🧠 Dari sudut sains (zahir)
Wanita diciptakan dengan kepekaan tinggi terhadap rasa selamat.

Bila isteri nampak suami masih ada di sebelahnya ...walaupun diam:

* Otaknya membaca: “Aku masih dilindungi”
* Hormon stres (kortisol) mula menurun
* Dan hormon oksitosin mula meningkat

Oksitosin ini bukan sekadar “rasa sayang”…
ia adalah penenang sistem saraf.

Ia:
* Meredakan emosi
* Mengurangkan overthinking
* Memulihkan luka selepas konflik
* Mengikat semula hubungan tanpa perlu banyak kata

Sebab itu…
kadang cukup sekadar tidur bersebelahan,
tanpa berbicara ...
itu sudah menjadi ubat yang paling senyap, tapi paling kuat.

⚠️ Bila jarak dibiar
Bila kalian memilih untuk tidur berasingan:

* Otak isteri membaca: “Aku ditinggalkan”
* Sistem saraf masuk mode berjaga (defensive)
* Emosi tidak reda… malah semakin mengeras

Yang kecil… jadi besar.
Yang sementara… jadi berpanjangan.

👉 Gaduh hari ini…
bersambung menjadi luka esok hari.

Dan tanpa sedar…
jarak fizikal mula menukar jadi jarak hati.

🔥 Dari sudut batin (makrifat)
Dalam perkahwinan, ada ikatan ruh… dan aliran tenaga yang halus dan ada getaran gelombang tertentu yang dihasilkan.

Bila suami isteri dekat:

* Nafas jadi selari
* Getaran hati jadi harmoni
* Jiwa lebih mudah dilembutkan walaupun tanpa bicara

Tetapi bila jarak dibuka…

👉 ruang itu tidak akan kosong
👉 ia akan diisi…

Dengan:

* bisikan syaitan, bisikan was-was
* sangkaan buruk
* rasa dingin yang perlahan-lahan membesar

Syaitan tidak perlu meruntuhkan rumahtangga dalam sehari…
dia hanya perlu jarakkan sedikit demi sedikit.

👉 Jarak hati…
👉 kemudian jarak jasad…
👉 akhirnya… jarak hubungan.

🧭 Prinsip lelaki yang faham
Lelaki yang benar-benar faham hakikat ini…

Dia tidak sibuk untuk “menang” dalam pergaduhan.
Tapi Dia sibuk untuk menjaga ikatan.

Dia akan:
* tetap tidur di sebelah isterinya
* diam… tapi tidak meninggalkan
* biarkan masa… dan oksitosin… memulihkan

Kerana dia tahu…
👉 wanita yang rasa selamat, akan kembali lembut tanpa dipaksa.

Akhir Kata
Perkara ini bukanlah hanya yang jadi mangsa adalah suami, tetapi ada juga keadaan yang sebaliknya.

Masing-masing pun ada buat silap..

Kadang…
bukan pergaduhan yang merosakkan rumahtangga.

Tetapi keputusan kecil selepas pergaduhan.

Kalian nak ego yang menang…
atau hubungan yang tenang?

Ingat baik-baik…

👉 Bila jarak dibiar… yang ketiga akan mengisi.

Dan kerana itu ..
gaduh macam mana sekalipun…
jangan sesekali mengasingkan tempat tidur.

Kerana dalam diam itulah…
ikatan masih boleh diselamatkan.
Dan jangan sesekali Gagal dalam memohon maaf pada pasangan,
Kerana di sebalik kemaafan ada hikmah dan rahmat besar Allah yang mengatasi segala bisikan syaitan.

Renung- renungkan
Dan Selamat Beramal
Jazakallah
TGR Daeng
🔴🟡⚫️

📌Untuk mendapatkan Khidmat Consult atau Rawatan berkaitan masalah gangguan ghaib silakan whatsapp TGR Daeng di talian
📲 010-3883667

30/04/2026

📢 MAKLUMAN PENTING UNTUK SEMUA MURID

Jumaat malam ini sy akan adakan sesi Mandi Bunga Aura Maarifat.

⚠️ Makluman:
Esok adalah TARIKH AKHIR untuk booking slot.
Tiada walk-in. Tiada tambahan saat akhir.

Kalau kalian serius nak bersihkan diri zahir dan batin, inilah waktunya.
Kalau masih bertangguh…
Mungkin itu bukan rezki kalian...

🌸 APA ITU MANDI BUNGA? (JANGAN SEMPITKAN FAHAM)

Ramai ingat mandi bunga sekadar “naik seri” luaran.
Hakikatnya… itu hanya kulit.

🔴 ZAHIR:
* Membantu segarkan badan & sistem saraf
* Memberi ketenangan emosi (stress release)
* Aura wajah nampak lebih hidup, berseri
* Badan rasa ringan, fresh, berenergi

🔴 BATIN:
* Membersihkan aura negatif yang melekat tanpa sedar
* Membuka laluan tenaga dalam badan (flow energy)
* Menstabilkan getaran diri (vibration alignment)
* Menguatkan medan diri (energy field protection)

Kalau kalian rasa hidup makin berat,
rezeki sempit, emosi tak stabil…
Kadang bukan sebab dunia luar
tapi sebab diri kalian sendiri penuh “kekotoran halus” yang tak dibersihkan.

🔥 KEUNIKAN MANDI BUNGA TGR DAENG – AURA MAARIFAT

Ini bukan mandi bunga biasa.

Setiap sesi ada PENGISIAN ... bukan sekadar air & bunga.

Antara pengisian yang dimasukkan:
✨ Aura Seri Wajah
✨ Aura Seri Badan
✨ Pengasih (daya tarikan semulajadi, bukan sihir murahan)
✨ Pembuka Aura Rezeki
✨ Kewibawaan & Kharisma
✨ Pendinding Diri
✨ Rawatan menyingkirkan aura negatif

Dan yang paling penting…

🔑 Mengoptimumkan kembali makam & pintu tenaga ilmu dalam diri murid.

Ramai belajar ilmu…
tapi “pintu” dalam diri ada yg "tersumbat"

Akhirnya ilmu ada, tapi tak hidup,
Jika hidup pun, blh jadi tersangkut-sangkut..
Amalan ada, tapi tak menjadi.

Di sinilah asbab mandian itu berfungsi...
sebagai reset & alignment balik kepada fitrah tenaga yang sebenar.

Air itu ciptaan Allah.
Bunga itu ciptaan Allah.
Tenaga itu juga ciptaan Allah.

Yang memberi kesan bukan bunga…
bukan air…

Tetapi KUDRAH & IRADAH ALLAH yang mengalir melalui asbab tersebut.

Kalau kalian faham ini — kalian tidak akan syirik.
Kalau kalian tak faham — kalian akan terus menilai dengan dangkal akal yg sempit.

⏳ AKHIR SEKALI

Esok adalah hari terakhir booking.

Nak berubah, buat keputusan.
Nak kekal sama, teruskan alasan.

Slot terhad. Siapa cepat, dia dapat.

📩 PM /wasap untuk lock slot sekarang.
⁨010-388 3667⁩

Jazakallah
TGR Daeng
🔴🟡⚫️

30/04/2026

PROGRAM KHAS AURA MAARIFAT

Bukan semua orang akan sampai…
Dan bukan semua yang tahu… akan hadir.

Kerana dalam perjalanan mengenal diri,
yang paling berat bukan ilmu…
tetapi melangkah keluar dari alasan diri sendiri.

📅 Jumaat | 5 Petang
📍 Teratak Tgr Daeng

🔴Program Utama :
▪️ Mesyuarat Agong Persatuan Aura Maarifat Malaysia

🔴Program Sampingan :
▪️ Muzakarah Ilmu Mengenal Diri
▪️ Majlis Mandi Bunga Aura Maarifat
▪️ Jamuan Ringan

Kalian yang hadir… bukan sekadar datang.
Kalian sedang memecahkan hijab yang selama ini menutup hati.

dalam makrifat…
kehadiran dalam majlis ilmu adalah sentuhan qalbu.

Di situlah hati dilembutkan…
Di situlah ego dileraikan…
Dan di situlah pintu-pintu yang tertutup… mula dibukakan oleh Allah.

Jangan tunggu “lapang”…
Kerana yang datang bukan yang senang…
Tetapi yang sanggup bermujahadah melawan malas dan dunia.

Ingat…
Ramai yang tahu jalan,
tapi sedikit yang benar-benar berjalan.

“Bila diri dikenal… hijab mula terbuka.”

Terbuka kepada yang dipanggil & bersedia

Sekian
Jazakallah
TGR Daeng
🔴🟡⚫️

04/02/2026

Kaduk Naik Junjung,
Harapkan Pemimpin yg ada kuasa utk membela,
Tapi pemimpin melayu kian layu,
Umpama Digenggam telur dek kerana nak menjaga nama...
Tiada yang tampil membela,
Malah yang menegakkan kebenaran,
Umpama orang salah,
Dan orang salah dibela dan dibelai
umpama "Tuan Rumah"

Ya Allah Jatuhkanlah kaum yg zalim,
Kalau tak dibendung kemarahan orang melayu ni
Aku risau jadi macam zaman 13Mei ni..

Ini semua angkara
Permainan politik kotor,
Sengaja memarakkan api perkauman,
Pemimpin tak bertindak sewajarnya
Dalam menjaga keharmonian,
Sedangkan kami ni harmoni berbilang bangsa, kaum, dan agama..
Tapi akibat permainan politik,
Ianya menjadikan seolah-olah orang melayu membenci semua bangsa lain,
Dan menjadikan semua bangsa lain, seolah- olah membenci semua orang melayu.

Kau sebagai pemimpin,
Yg berkuasa,
GAGAL!

🔴🟡⚫️
TGR Daeng

04/02/2026

Kedaulatan Undang-Undang
Katanya...

Tapi hari ini undang-undang nampaknya ada dua versi:
satu untuk rakyat biasa,
satu lagi untuk yang ada kuasa, kabel, dan jawatan.

Jika mereka mahu,...
Hal Yang kecil blh dibesarkan...
cukup modal laporan...
terus reman, terus penjara...

Jika mereka mahu...
Perka Yang besar dan sensitif pun blh dikecilkan,
cukup ayat “kami mohon maaf”...
terus selesai cerita.

Yang Halal jadi Haram,
Yang Haram pun depa blh adjust jadi Halal.

Polis?
Jangan cepat tunding jari pd depa...

Ramai hanya mengikut arahan,
bukan menggubal hukum.

Cuma aku nasihatkan polis yg berjiwa rakyat,
Dan lebih-lebih lg sama bersyahadah,
Kalian jadilah polis yg baik,
jangan berat sebelah.

Saya paham...
ianya akan Masalahnya bila pemimpin atasan mula main catur:
undang-undang dipusing ikut kepentingan,
yang benar dipaksa diam,
yang bersalah diberi mikrofon, siap diberi "hadiah"

Rasuah.
Pecah amanah.
Songlap harta rakyat.

Pelakunya?
Bukan orang susah.
Bukan budak kampung.
Tapi mereka yang berjawatan,
bersut mewah, dan berlesen kuasa.

Undang-undang bila dipilih-pilih,
itu bukan keadilan.
Itu kezaliman beruniform rasmi.

Ingatlah,..
Lambat- laun...
kuasa yang disalah guna
akan jadi tali yang menjerut tuannya sendiri.
Kifarah Allah juga menanti...

Dan doa orang yang dizalimi
tak perlukan mikrofon,
tak perlukan viral..
Insha Allah terus naik ke langit.

Moga Allah tumbangkan setiap kezaliman.
Moga Allah dedahkan pemimpin yang menjual amanah demi kepentingan perut dan nafsu.
Kerana di mahkamah Allah,
tiada rayuan,
tiada kabel,
tiada imuniti yer sedagher..

Sekian
TGR Daeng
🔴🟡⚫️

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No. 40b Jalan Meru Impian A1, Pusat Perniagaan Meru Impian
Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00