Training With Purpose.
Jangan hantam kromo tanpa pengetahuan yang baik.
Terima kasih coach nurridzuan dan coach hakim isa utk sharing pada semua.
MIKER Football Academy
we love to teaching young player and develop young player
15/01/2026
FIRST RUNNER UP CUP PIALA DATO BANDAR NEGERI SEMBILAN 🏆🏆 !!!
9 SEBELAH ❎
11 SEBELAH âś…
ALHAMDULILLAH.. LAST DANCE SEBELUM MEMBAWA DIRI KE MENENGAH..
Setinggi-tinggi ucapan tahniah atas kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih tempat kedua dalam Kejohanan Piala Dato’ Bandar.
Pencapaian ini menjadi bukti semangat juang dan komitmen yang tinggi. Syabas!
Menang kalah bukan ukuran.
Yang paling penting sekali bagaimana semangat daya juang dan kefahaman awak untuk membuat keputusan di dalam padang.
Bukan mudah untuk bersaing dengan kelab kelab yang besar seperti TSS (Selangor) & TSSX (Johor).
Nasib tidak menyebelahi selepas menang separuh akhir menewaskan TSS dan kalah tipis dipentas final dengan pasukan TSSX.
Terima kasih barisan coaches yang bijak merencana kan pasukan dari 9 sebelah kepada 11 sebelah untuk waktu yg singkat bagi persediaan menghadapi kejohanan.
Terima kasih barisan keluarga yang bertungkus lumus menyusun persediaan dari Ipoh Perak untuk ke Nilai, Negeri Sembilan.
Semoga ukhwan kita berkekalan sampai bila bila.
13/01/2026
BAJA DITUAI MEMBUAHKAN HASIL YANG POSITIF.
"Objektif Akademi bola sepak bukan tentang bersekolah di sekolah bola sepak dan hanya bermain bola sepak semata, tapi pelajaran menjadi keutamaan"
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemain untuk batch 2025. Terima kasih atas segala komitmen yang telah diberikan sepanjang keberadaan bersama kelab miker selama 2 tahun penubuhan kelab Miker FA ini.
Banyak pencapaian yang telah diperolehi dari batch ini bermula dari tahun 2024.
Tapi itu bukanlah ukuran. Yang paling penting sekali bagaimana awak semua berdikari di dalam padang untuk membuat keputusan mahupun diluar padang untuk menjadi manusia yg lebih baik dan positif.
Kini awak semua telah pun melangkah ke alam remaja. Semoga berjaya, jaga disiplin dan sentiasa kekal merendah diri. Ingat pesanan kedua orang tua serta selalu berusaha keras untuk menjadi versi yang terbaik sebelum ini.
Terima kasih kepada pihak keluarga yang sentiasa memberikan dorongan dan bantuan keringat & wang ringgit utk melihat kemenjadian pemain2.
Terima kasih kepada kelab bola sepak Myteam yang sentiasa memberikan kerjasama untuk berbincang mengenai pemain2.
Akhir sekali, selamat maju jaya semua.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Taman Meru
Ipoh