29/09/2022
🤍💛🖤 Sesi latihan pertama LTK
SESI PERTAMA LTK DI PADANG LATIHAN
Sesi pertama Ketua Jurulatih Perak FC yang baru di Padang Latihan Stadium Mini, Chepor. Moh kita tengok macam mana deme beraksi bersama coach baru.COPYRIGHT ...
27/09/2022
🤍💛🖤
Perak FC mohon sokongan bina stadium, pusat latihan
IMPIAN Kelab Bola Sepak Perak (Perak FC) adalah untuk memiliki sebuah stadium dan pusat latihan sendiri bagi menyediakan prasarana terbaik kepada pemainnya sebagai usaha membawa kembali pasukan itu ke puncak kegemilangan.
Bagi merealisasikan impian itu, Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, pihaknya sudah memohon kepada pihak berkuasa di Perak berhubung perancangan itu yang bakal melonjakkan lagi 'saham' pasukan serta melengkapkan ciri-ciri sebagai sebuah pasukan profesional.
Bagaimanapun, Abdul Azim berkata, proses perbincangan masih lagi berjalan dengan beliau berharap pihak terbabit dapat memberikan sokongan penuh kepada hasrat pasukan.
(Artikel Penuh)
https://www.sinarharian.com.my/article/223196/berita/sukan/perak-fc-mohon-sokongan-bina-stadium-pusat-latihan?utm_source=Sinar+Harian&utm_medium=Sinar+Harian&utm_campaign=++Perak+FC+mohon+sokongan+bina+stadium,+pusat+latihan&fbclid=IwAR3sh-e8ctk2Izu-QXw06EGFgDJAQCVWKoZVRAgdd8VRJaifBMdtRPJ4vXI
27/09/2022
👍🏼👍🏼👍🏼
TIADA AKSI PLAY OFF BAGI DUA SLOT LIGA SUPER 2023
First Instance Body (FIB) memaklumkan bahawa tiada aksi play off bagi merebut dua slot Liga Super 2023 melibatkan pasukan juara dan naib juara kelab Liga M3 dengan dua pasukan terbawah Liga Premier 2022.
Keputusan badan bebas itu dibuat selepas mereka menyemak laporan berkenaan permohonan pelesenan Kelab Liga Amatur M3 (AFL) yang telah berakhir pada 17 September 2022 di mana hanya tujuh kelab yang membuat permohonan iaitu PIB FC, Harini FT, BRM FC, Imigresen FC, Armed Forces FC, Kinabalu Jaguar FC dan Manjung City FC.
Menurut Pengerusi FIB Sheikh Mohd Nasir, daripada tujuh kelab tersebut, hanya dua kelab Liga M3 2022, PIB FC dan Harini FT yang menunjukkan progres yang baik bagaimanapun mereka masih tidak melengkapkan kesemua kriteria kelab profesional bagi mendapatkan lesen pada tarikh akhir permohonan.
“Berdasarkan peraturan semasa, hanya dua kelab teratas AFL boleh bersaing dalam perlawanan play off. PIB FC menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam pertandingan dengan menamatkan saingan sebagai juara namun penyerahan dokumentasi mereka tidak lengkap. Kami berharap PIB mengekalkan kemajuannya di dalam dan di luar padang kerana kami percaya mereka berpotensi untuk membuat perancangan lebih baik untuk musim akan datang.
“Sementara Harini FC p**a gagal menduduki kelompok dua terbaik Liga M3 serta tidak dapat melengkapkan kriteria permohonan pelesenan yang diperlukan untuk melayakkan mereka beraksi di play off.
“Namun begitu, kami tetap menghargai usaha dan komitmen PIB FC dan Harini FT serta kelab lain dalam proses untuk melengkapkan permohonan berkenaan. Ini adalah proses yang sama sekali baru untuk kelab AFL dan kami percaya ia dapat memberikan semua kelab AFL gambaran tentang kriteria yang diperlukan untuk setiap kelab mencapai kemajuan ke Liga Super musim 2024.
“Justeru saya percaya, pihak MFL pasti akan terus membantu kelab-kelab AFL tahun depan untuk melengkapkan proses bagi mendapatkan lesen seterusnya berkembang menjadi kelab profesional tempatan,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
20/05/2022
🤍💛🖤
ANAK syarikat milik penuh XOX Bhd, XOX Pro Sport Sdn Bhd memeterai perjanjian penjualan saham dengan Impact Media & Communication Sdn Bhd untuk mengambil alih 2,500 saham biasa yang mewakili 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Perak FC Sdn Bhd dengan nilai RM1.
XOX berkata, pengambilalihan itu merupakan peluang bagi kump**an untuk meluaskan jangkauan dengan mengembangkan lagi ekosistemnya untuk menggabungkan bola sepak.
“Perak FC mempunyai kira-kira setengah juta peminat, dan Perak terkenal sebagai negeri yang mempunyai peminat bola sepak paling fanatik di negara ini,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu.
Menurut XOX, jumlah pertimbangan pembelian RM1 dicapai atas dasar kesediaan pembeli dan penjual selepas mengambil kira, antara lain, kerugian selepas cukai Perak FC sebanyak RM2.32 juta dan liabiliti bersih berjumlah RM3.50 juta pada 30 Jun 2021, kesukaran operasi dan liabiliti tertunggak kira-kira RM7.1 juta setakat 31 Disember 2021.
“Cadangan pengambilalihan itu yang akan dibiayai sepenuhnya daripada dana yang dijana secara dalaman, dijangka selesai pada suku ketiga 2024,” katanya. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/202956/BERITA/Sukan/XOX-Pro-Sport-ambil-alih-Perak-FC?utm_source=Sinar+Harian&utm_medium=Sinar+Harian&utm_campaign=XOX+Pro+Sport+ambil+alih+Perak+FC&fbclid=IwAR20e7_OKjyNKTlhyKqaLdy-PScCKJT1SD9L4-hoCKICKbKBtGtFv-vM6V4
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kump**an Karangkraf