On & Off Saddle

On & Off Saddle

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from On & Off Saddle, Sport & recreation, Ipoh.

Sebuah platform perkongsian pengalaman dan perjalanan saya sebagai seorang pemgayuh tegar juga konteks yang lain.�

A channel made to share my cycling journey and many more exciting ventures.

10/03/2022

Tonton video penuh di YouTube
👉 https://youtu.be/5Hk4mhCiPJA 👈

Salam perkongsian dari Audax baru² ni ke Gua Musang dari Ipoh.

Route ni sebenarnya waktu sy nak riki² cari info, tak ramai boleh bagi detail, dari segi bentuk muka bumi, kawasan kg, kedai / gerai yg ada, surau dll fasiliti yg mungkin kita sbg cyclists perlukan sewaktu kayuhan jarak jauh .

Nervous jugak bila tak boleh nak bayangkan route kayuhan macam mana, tapi yg mana sy dapat collect info, jadilah buat bekal mental untk ride ni. Nak baca dari apps gps yg ada details elev & lain², tk boleh bagi gambaran yg lengkap.

Salah 1 sebab nya, tak ramai yg ride route ni seperti mana route² lain, yg dah ride pon, ingat² lupa . Yg otai ramai lah dh ride sini, tp sy pulak segan nak tnya champ² 🔥😅

Sy harap dgn perkongsian ini, dapat mmberi info sedikit sebanyak tentang route ini. Kalau ada yg teringin, sy boleh katakan tak salah kalau mencuba.

Route ni sebenarnya ada seronoknya, dari segi view & kepelbagaian bentuk muka bumi yg ada, rolling, climbing, yg pasti, Dragonback tak habis² route ni 🤮 tapi sekali naga tu belanja, mmng syiok layan descent 🎉

Tapi korng takkan bosan dgn route ni, kecuali segment climb yg siksa tu haha, tp view dia mmng cantik & berubah-ubah sepanjang ride kita 🔥 dari banjaran, ke batu kapur, hutan pon macam² jenis kita boleh jumpa .

Photos from On & Off Saddle's post 27/02/2022

Tak salah mencuba, omputeh kata, "either you make it or break it" .

Ipoh - Gua Musang - Ipoh ✅
AUDAX BRM 300 🎯

🐉Dragonback tak habis²

Thanks sahabat , mula sama habis sama 🤜🤛

Alhamdulillah, dengan izinNya.

11/02/2022

Inilah Syorga Cyclists 😘🔥 , sebuah route yg penuh dgn pelbagai keindahan alam dari pantai hingga ke bukit bukau 🔥

Kepelbagaian bentuk muka bumi yg membawa keseronokan & cabaran yg tersendiri kpd Cyclists 💪

Bagi kami yg datang dari Ipoh, sangatlah berbaloi dapat kayuh route yg sebegitu indah 🤲

SubhanAllah .

Tak pernah sy seronok sewaktu climb , sebagai mana sy seronok climb di Penang 🔥 penat itu semestinya, tapi syiok dia tu, tk boleh la diluahkan, memang kena datang & cuba route Round Penang Island ni👍

Alhamdulillah, semua dengan izinNya jua, 1 lagi perkongsian selesai dengan jayanya.

Tonton video penuh di YouTube

🔍🎦➡️ On & Off Saddle

30/12/2021

Suasana kayuhan seperti ini memang jarang untuk kami rasai, apatah lagi kalau dirancang, manakan mampu manusia merancang cuaca ?

1001 kenangan terselit dlm kayuhan kami ini. Kalau tanya sy, mmng berbaloi untk lajak sikit dlm 3km +/- dari CH border untk ke Avant Chocolate . Memang sngt sesuai dijadikan 1 destinasi bg kayuhan pendakian ini, best lah kan, dah penat kayuh, kita lepak santai² pekena Teh & manisan.

Alhamdulillah 1 lagi perkongsian selesai dengan jayanya.

Tonton video penuh di YouTube

🔍 On & Off Saddle

20/12/2021

Kayuhan Rentas 3 Negeri via Jambatan Kedua Tertinggi di Malaysia ✅

Perak - Pahang - Kelantan ✅

Tonton video penuh di YouTube

🔍 On & Off Saddle

03/12/2021

Salam Perkongsian dari sy , seorang 1st timer Audax BRM300, 1001 kenangan sepanjang 300KM ini. Cuma pesanan sy, Audax ini bukanlah sesuatu yg mudah walaupon selalu kita dengar “takpa, tak laju pon, leha2 je boleh habiskan”.

Jawapannya ya & tidak. Ya, sebab ini bukan race & anda kayuh ikut retak sendiri. Sampai awal / cepat, itu untuk kepuasan diri. Tapi kalau leha sangat memang tak sempat kejar C.O.T walaupon dengar 20 jam tu macam banyak. Walaupon 300 tu cuma tambah 100KM dari 200KM, namun jauh beza audax 200 & 300 ni.

Setiap hentian / C.point kalau tak dipantau masa dgn baik, senang sangat nak terlajak masa & hal ini kerap berlaku. Kalau setiap kali “take 5” terlajak 5 minit, 10 kali “take 5” dah jadi 50 minit, dah dekat 1 jam terbazir macam tu je. Ini belum kira hentian yg tak dijangka seperti masalah teknikal , yg paling kerap terjadi, tayar pancit. Kalau kena cuaca hujan, speed akan drop atas faktor penglihatan & rintangan angin.

Kayuhan waktu pagi tu kalau boleh, tutup mata je, ride sebanyak mileage yg anda boleh dgn masa yg sebaik mungkin. Nanti bila matahari dah terik, performance kita confirm akan drop. Jangan harapkan waktu malam untuk cover mileage dgn faktor cuaca yg sejuk, kayuhan waktu malam bukan semudah yg disangka. Keadaan jalan tak semestinya baik, dlm suasana gelap, lagi susah nak nampak halangan / lubang, dll di jalan raya.

Bagi saya, lagi lama kita cadang nk spend time atas bike, lagi penatlah badan kita nanti. Jadi rancang kayuhan anda sebaik mungkin & sediakan “bekal” training secukupnya. Kawal ‘effort level’ dgn bijak, jgn spend energy bnyk sngt di peringkat awal kayuhan, nanti hujung risau terkapai-kapai, apatah lagi kalau 1st timer macam saya, belum tahu keadaan badan di kilometer akhir.

Jgn lupa untuk semak & ‘study’ route, ambil tahu hal seperti elevation, di mana kawasan pekan/bandar , landmark yg ada supaya kita ridak tersalah jalan. Harap anda semua akan berjaya dlm Audax yg seterusnya dgn mudah & selesa.

Audax tetap 1 perlumbaan, bukan sesama cyclists, tapi dengan masa.

Photos 02/06/2021

Video Penuh ; klik pautan ini :
https://youtu.be/sU__w4FRMWY

Assalamualaikum & Selamat sejahtera semua. Kali ini, saya ingin berkongsi bagaimana kita boleh kekal kayuh secara "indoor". Bukan hanya berkayuh, tapi juga melatih diri kita dengan aturan tertentu seperti latihan "cadence" & "interval" .

Perkongsian saya ini adalah dari perspektif peribadi saya sendiri sahaja & anda semua terbuka untuk melakukan "set up" mengikut kesesuaian anda dari segi kelengkapan , wang & ruang.

Bagi saya, yang penting kita kayuh, biarlah hanya 45 minit - 1 jam, tapi kalau dilakukan dengan cara yang betul, memang akan membuahkan hasil.

Bersukan juga adalah 1 cara untuk menaikkan semangat & untuk menjaga kesihatan mental kita dlm keadaan hidup berwabak ini.

Saya harap perkongsian kali ini dapat diambil secara positif oleh anda semua.

Segala pertanyaan & perkongsian dari anda amat saya hargai. Sila coretkan di ruangan komen untuk kita sama-sama berkongsi ilmu & pengalaman.

Saya mohon maaf untuk segala salah & silap dari saya , yg mana terkurang / mengguris hati mana-mana pihak.

Perkongsian ini semata-mata dari diri saya sendiri & bukan untuk sebarang perbandingan.

Murah rezeki , panjang umur kita jumpa lagi di perkongsian yg akan datang, in shaa Allah.

Ikuti kami di Laman Facebook & Instagram @

FB @ https://www.facebook.com/On-Off-Saddle-346374453096025/
IG @ https://instagram.com/on_offsaddle?igshid=yksv425p9ner

Music Description ;

https://www.youtube.com/watch?v=GDTDqsmTyIQ&t=2s
"Action" is 100% no copyright background music.
"Cinematic Epic Music" is powerful epic track. I used cinematic beat, strings, orchestra. This track is nice for drone, travel, vlog, corporate, inspirational videos. Documentary background music for your projects!

13/04/2021

Kali ini saya cuba untuk kali yg pertama, Climb ke CH dengan Folding Bike. Video ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman yang baru bagi diri saya "climbing" bersama Folding Bike.

Memang betul-betul layan perasaan, tapi puas hati bila dah sampai ke puncak !

Kayuhan ini di inspirasikan oleh sifu kami , Abg Zam yg banyak berkongsi ilmu & pengalaman juga telah merasai climb ini dengan 3 jentera : RB , MTB , Folding. Saya juga ingin berterima kasih kpd semua sahabat yg banyak berkongsi ilmu & memberi banyak sokongan sepanjang aktiviti sukan ini.

Saya harap saudara saudari juga dapat mengambil manfaat dari perkongsian saya ini & saya mohon maaf untuk segala yg kurang / terguris di hati anda semua.

Ikuti kami di Laman Facebook & Instagram

Music Description ;

Song: Luke Bergs - Chill
Music provided by Vlog No Copyright Music.
Video Link: https://youtu.be/i15kfJPhG0Y

Song: DayFox - Sun Lovers
Music provided by Vlog No Copyright Music.
Video Link: https://youtu.be/NMVpMabSnQ4

Photos 13/04/2021

.

Song: DayFox - Sun Lovers
Music provided by Vlog No Copyright Music.
Video Link: https://youtu.be/NMVpMabSnQ4

13/04/2021

Tekan pautan ini untuk tonton Video Penuh :
https://youtu.be/iO9fHg7mv0s

Kali ini saya cuba untuk kali yg pertama, Climb ke CH dengan Folding Bike. Video ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman yang baru bagi diri saya "climbing" bersama Folding Bike.

Memang betul-betul layan perasaan, tapi puas hati bila dah sampai ke puncak !

Kayuhan ini di inspirasikan oleh sifu kami , Abg Zam yg banyak berkongsi ilmu & pengalaman juga telah merasai climb ini dengan 3 jentera : RB , MTB , Folding. Saya juga ingin berterima kasih kpd semua sahabat yg banyak berkongsi ilmu & memberi banyak sokongan sepanjang aktiviti sukan ini.

Saya harap saudara saudari juga dapat mengambil manfaat dari perkongsian saya ini & saya mohon maaf untuk segala yg kurang / terguris di hati anda semua.

Ikuti kami di Laman Facebook & Instagram @

FB @ https://www.facebook.com/On-Off-Saddle-346374453096025/
IG @ https://instagram.com/on_offsaddle?igshid=yksv425p9ner

Music Description ;

Song: Luke Bergs - Chill
Music provided by Vlog No Copyright Music.
Video Link: https://youtu.be/i15kfJPhG0Y

07/04/2021

Tahukah anda bunga Cat's Claw Creeper telah kembali mekar setelah 7 tahun berlalu pergi ?

Jom teroka & lihat keindahan alam + hidupan liar di Gunung Lang, Ipoh bersama kami.

Tekan pautan ini untuk tonton video penuh di Channel YouTube kami 👇

https://youtu.be/SUnxcvSgCGQ

Photos 03/04/2021

Nak bawa basikal & family tapi tkda mpv? Jom tengok video terbaru dari kami ini 👍🔥

Bila tengok rider lain pakai, baru rasa confident 👍 ini sekadar perkongsian dari saya 😁

Full Video ada di channel YouTube kami. Tekan link di bio 😁👍

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Ipoh
31400