Bakal penjaga gol JDT.
PERAK POWER
LAMAN RASMI BOLA SEPAK PERAK
Salam Jumaat semua. Baru jumpa password. Nantikan kemunculan semula Perak Power.
06/11/2025
Dirgahayu Tuanku.
SEMOGA DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur-Lah.
Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan.
SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN TAHUN 2025.
Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah.
Daripada
Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif & kakitangan Perak FA serta seluruh FA Daerah Negeri Perak.
๐ค๐๐ค
Sejarah yang tak pernah mati
26/09/2025
Setelah diteliti dan mengira menggunakan sistem theorem pythagoras dan algebra dengan ini memang tidak syak lagi Perak Bison akan menjuarai STL pada musim ini!
Tahniah Perak Bison! One Two Perak!
26/08/2025
"๐๐๐ ๐๐ฌ๐ข ๐ญ๐๐ค ๐ฉ๐๐ซ๐ง๐๐ก ๐๐ข๐ฆ๐๐ญ๐ข๐ค๐๐ง ๐จ๐ฅ๐๐ก ๐ฅ๐๐ฌ๐๐ง. ๐๐ ๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฃ๐ข๐ฐ๐ ๐ฉ๐๐ง๐ฒ๐จ๐ค๐จ๐ง๐ ."
Izinkan abang kongsikan satu perspektif berbeza, bukan semata-mata atas dasar sentimental, tetapi atas dasar realiti yang lebih luas dari sekadar dokumen dan lesen.
Ya, dalam bola sepak moden, lesen dan pengiktirafan dari badan induk seperti FAM, MFL, AFC dan FIFA memang penting untuk struktur pertandingan. Namun, jangan kita keliru antara entiti korporat dan entiti sejarah. Lesen boleh bertukar tangan, syarikat boleh muflis, slot liga boleh berpindah, tetapi legasi dan identiti sesuatu kelab tidak boleh dijual beli.
Perak FA yang lama tidak โdihapuskanโ, ia dipaksa berevolusi melalui penswastaan.
Dan apabila entiti itu gagal (yakni XOX dan Perak FC), adakah kita harus menyatakan legasi 1921 telah mati hanya kerana lesen tidak lagi wujud di tangan mereka? Jika begitu, adakah kita akan kata Rangers FC di Scotland juga telah mati semata-mata kerana entiti syarikat mereka ditutup dan diganti oleh pemilik baru?
Bola sepak tidak pernah hanya soal lesen. Ia tentang komuniti, penyokong, identiti negeri, dan jati diri. Perak FA yang kini ditubuhkan semula oleh PAFA bukan pasukan โbaruโ dari segi semangat dan misi. Ia adalah kelangsungan, satu bentuk penjenamaan semula untuk menghidupkan kembali apa yang telah diruntuhkan oleh kegagalan pengurusan lampau.
Perak FA tidak perlukan lesen Perak FC untuk menyambung legasi.
Kerana legasi bukan terletak pada dokumen, ia hidup dalam jersi putih kuning hitam, dalam semangat penyokong setia, dan dalam sejarah yang tidak pernah padam walaupun diswastakan.
Jika kita mengukur legasi semata-mata berdasarkan lesen, maka bola sepak bukan lagi milik rakyat, tapi milik fail dan kertas.
Jadi bagi abang, Perak FA hari ini adalah waris sah semangat 1921. Bukan kerana lesen, tetapi kerana mereka memilih untuk meneruskan perjuangan yang orang lain tinggalkan.
Ramai yang runsing dengan Perak FA dan Perak FC.
Katanya dua entiti berbeza. Perak FA yang terkini tak boleh pakai sejarah lama disebabkan Perak FA yang lama sudah menjual pasukan kepada Perak FC.
Jadi disebabkan itu, penyokong Perak FC tidak mahu menyokong pasukan Perak FA ketika ini disebabkan Perak FA ketika ini bukan dari susur galur keluarga Perak yang sebenar.
Pening kan? Adakah benar kenyataan itu? Jom kita bedah! Komen pendapat komer dan kita raikan pendapat masing-masing.
09/06/2025
Takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Kehilangan yang besar untuk institusi pendidikan negara.
ุฅููููุง ูููููู ููุฅูููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนูู
13/05/2025
Al Fatihah dan Salam Takziah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
No 70A, Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park
Ipoh
31400
Opening Hours
| Tuesday | 11:00 - 15:00 |
| Wednesday | 11:00 - 15:00 |
| Thursday | 11:00 - 15:00 |