Persatuan Aura Maarifat Malaysia

Persatuan Aura Maarifat Malaysia

Share

๐Ÿ”ด PERKHIDMATAN : RAWATAN
๐Ÿ”ดSEMINAR/KURSUS: KEBATINAN | PERSILATAN | PERUBATAN
๐Ÿ”ด PRODUK MUSLIM

Pusat Rawatan Alternatif Aura Maarifat was established on 12th December 2012 to provide medical services to all segments of society, especially for those who want Islamic concept of service. Various walks of life and people can enjoy the quality and efficiency of our services as Pusat Rawatan Alternatif Aura Maarifat always put customer satisfaction with a friendly, efficient and sincere, caring a

15/07/2026

Dialah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

15/07/2026

Ya Allah bukan kematian yang paling aku takutkan..

15/07/2026

Wahai Allah yang Maha Membolak Balikkan Hati, peliharalah hatiku di atas Jalan-Mu

14/07/2026

Ada manusia ni tak tahu, tak pandai,
Tapi bila diajar, dia memberontak...
Ada manusia ni... dia jahil,
Tp bila ditegur, dia pun memberontak,..
Sedangkan dlm tiap solatnya ada memohon
Agar ditunjuki jalan yg lurus...
Bila Allah hadirkan seseorang yg mampu menunjukkan nya Jalan yg Lurus, dia memberontak.

Bila DIA dah bagi,
kau memberontak...
Marah org yg mengajarkan kau,
Marah org yg mahu membimbing kau,
Itu tandanya kau dah dihijabkan Allah akan apa yg kau minta,
Tu tandanya Rahmat Allah kian Pudar di sisi kau,
Kembalilah sebelum semuanya jadi terlambat.

Jangan biasakan benda yg tak betul,
Sentiasa biasakan benda yg betul,
Berlapang dada utk menerima teguran
Agar diri boleh jadi lebih baik,
Jangan nak terus Ego Seperti Iblis...
Sekian...
Selamat Beramal

Jazakallah
TGR Daeng
๐Ÿ”ด ๐ŸŸก โšซ๏ธ

14/07/2026

**Bila Jarak Dibiarโ€ฆ
Yang Ketiga Akan Mengisiโ€ฆ**

Perkahwinan bukan sekadar dua manusiaโ€ฆ
Ia adalah pertemuan dua sistem saraf, dua jiwa, dua getaran rasa.

Bila kalian bergaduhโ€ฆ
yang sebenarnya โ€œpanasโ€ bukan sekadar kata-kata ...
tetapi sistem saraf kalian sedang berada dalam mode ancaman
(fight or flight).

Dalam keadaan ini:
ego meninggiโ€ฆ
suara meninggiโ€ฆ
hati p**a semakin menyempit.

Dan di sinilah ramai tersilap langkahโ€ฆ

๐Ÿ‘‰ Mereka pilih untuk berjauhanโ€ฆ termasuklah tempat tidur.

Sedangkanโ€ฆ
itulah pintu pertama kepada keretakan yang lebih besar.

๐Ÿง  Dari sudut sains (zahir)
Wanita diciptakan dengan kepekaan tinggi terhadap rasa selamat.

Bila isteri nampak suami masih ada di sebelahnya ...walaupun diam:

* Otaknya membaca: โ€œAku masih dilindungiโ€
* Hormon stres (kortisol) mula menurun
* Dan hormon oksitosin mula meningkat

Oksitosin ini bukan sekadar โ€œrasa sayangโ€โ€ฆ
ia adalah penenang sistem saraf.

Ia:
* Meredakan emosi
* Mengurangkan overthinking
* Memulihkan luka selepas konflik
* Mengikat semula hubungan tanpa perlu banyak kata

Sebab ituโ€ฆ
kadang cukup sekadar tidur bersebelahan,
tanpa berbicara ...
itu sudah menjadi ubat yang paling senyap, tapi paling kuat.

โš ๏ธ Bila jarak dibiar
Bila kalian memilih untuk tidur berasingan:

* Otak isteri membaca: โ€œAku ditinggalkanโ€
* Sistem saraf masuk mode berjaga (defensive)
* Emosi tidak redaโ€ฆ malah semakin mengeras

Yang kecilโ€ฆ jadi besar.
Yang sementaraโ€ฆ jadi berpanjangan.

๐Ÿ‘‰ Gaduh hari iniโ€ฆ
bersambung menjadi luka esok hari.

Dan tanpa sedarโ€ฆ
jarak fizikal mula menukar jadi jarak hati.

๐Ÿ”ฅ Dari sudut batin (makrifat)
Dalam perkahwinan, ada ikatan ruhโ€ฆ dan aliran tenaga yang halus dan ada getaran gelombang tertentu yang dihasilkan.

Bila suami isteri dekat:

* Nafas jadi selari
* Getaran hati jadi harmoni
* Jiwa lebih mudah dilembutkan walaupun tanpa bicara

Tetapi bila jarak dibukaโ€ฆ

๐Ÿ‘‰ ruang itu tidak akan kosong
๐Ÿ‘‰ ia akan diisiโ€ฆ

Dengan:

* bisikan syaitan, bisikan was-was
* sangkaan buruk
* rasa dingin yang perlahan-lahan membesar

Syaitan tidak perlu meruntuhkan rumahtangga dalam sehariโ€ฆ
dia hanya perlu jarakkan sedikit demi sedikit.

๐Ÿ‘‰ Jarak hatiโ€ฆ
๐Ÿ‘‰ kemudian jarak jasadโ€ฆ
๐Ÿ‘‰ akhirnyaโ€ฆ jarak hubungan.

๐Ÿงญ Prinsip lelaki yang faham
Lelaki yang benar-benar faham hakikat iniโ€ฆ

Dia tidak sibuk untuk โ€œmenangโ€ dalam pergaduhan.
Tapi Dia sibuk untuk menjaga ikatan.

Dia akan:
* tetap tidur di sebelah isterinya
* diamโ€ฆ tapi tidak meninggalkan
* biarkan masaโ€ฆ dan oksitosinโ€ฆ memulihkan

Kerana dia tahuโ€ฆ
๐Ÿ‘‰ wanita yang rasa selamat, akan kembali lembut tanpa dipaksa.

Akhir Kata
Perkara ini bukanlah hanya yang jadi mangsa adalah suami, tetapi ada juga keadaan yang sebaliknya.

Masing-masing pun ada buat silap..

Kadangโ€ฆ
bukan pergaduhan yang merosakkan rumahtangga.

Tetapi keputusan kecil selepas pergaduhan.

Kalian nak ego yang menangโ€ฆ
atau hubungan yang tenang?

Ingat baik-baikโ€ฆ

๐Ÿ‘‰ Bila jarak dibiarโ€ฆ yang ketiga akan mengisi.

Dan kerana itu ..
gaduh macam mana sekalipunโ€ฆ
jangan sesekali mengasingkan tempat tidur.

Kerana dalam diam itulahโ€ฆ
ikatan masih boleh diselamatkan.
Dan jangan sesekali Gagal dalam memohon maaf pada pasangan,
Kerana di sebalik kemaafan ada hikmah dan rahmat besar Allah yang mengatasi segala bisikan syaitan.

Renung- renungkan
Dan Selamat Beramal
Jazakallah
TGR Daeng
๐Ÿ”ด๐ŸŸกโšซ๏ธ

๐Ÿ“ŒUntuk mendapatkan Khidmat Consult atau Rawatan berkaitan masalah gangguan ghaib silakan whatsapp TGR Daeng di talian
๐Ÿ“ฒ 010-388 3667

14/07/2026

Mini Surau ini lah menjadi port kami
dengan keluarga kecil kami,
Bersolat, mengaji, mengisi masa lapang kami dgn pelbagai aktiviti.

Sesekali sy s**a juga berbaring santai di gazebo kecil ini,
tenang..
Kuat Aura Positif nya di sini...

Seronok juga bila dapat menyaksikan matahari terbit dan tenggelam dari dalam pondok kecil ini..,
menyaksikan cahaya datang selepas gelap,
dan begitulah sebaliknya...

Namun pelik juga rasanya,
hampir jam 7 pagi,
matahari masih belum menampakkan diri.
kadang tu bila tunggu matahari terbenam, jam hampir 8 malam pun matahari masih belum terbenam sepenuhnya.

Lepas tu sy pun tersenyum sendiri...
Bila fikirkan balik...

Rupa-rupanya...
bukan matahari yang lambat,
Dia memang dah ikut aturan Allah dah tu,
tetapi kita yang selalu tergesa.

Begitulah juga dlm perjalanan ilmu dan makrifat.
Ada yang baru belajar sedikit,
Dah mahu nampak โ€œterbitnya cahayaโ€,
Ada yang baru beramal sekejap...
Dah mmahu hasil dan keajaiban.

Sedangkan Allah mengajar kita melalui peristiwa subuh ini..
ada waktu menunggu,...
ada waktu kena sabar,...
ada waktu kena tunduk tanpa banyak soal.

Cahaya tetap akan muncul,
bukan kerana kita mendesak,
tetapi kerana Allah menetapkan waktunya.

Wahai murid-muridku,
Setiap peristiwa itu ada hikmahnya,
Ada maknanya,
Sama ada kalian nak tilik atau sekadar lalu saja
Itu terp**ang pd diri kalian,
Sedangkan hanya memandang langit pun
Kita dah blh dpt suatu pengajaran buat diri..

Ilmu yang benar tidak tergesa,
dan cahaya yang hakiki
tidak pernah lewatโ€ฆ
hanya datang tepat pada waktunya.
Selaku HambaNya Amal lah tanpa mengharapkan imbalan..

Sekian
Jazakallah
Selamat Menunaikan Fardhu Maghrib
TGR Daeng
๐Ÿ”ด๐ŸŸกโšซ๏ธ

14/07/2026

โ€œ๐€๐ฉ๐š ๐ ๐ฎ๐ง๐š ๐ฌ๐ข๐ฆ๐ฉ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ญ๐š ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ฎ ๐ญ๐š๐ค ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ ๐ฎ๐ง๐š?โ€

Pernah orang tanya sy soalan niโ€ฆ
Keris, parang, pedangโ€ฆ simpan buat apa?
Kalau kecemasan pun tak boleh guna?
Negara kita kan ada undang-undang.

Hahโ€ฆ baguslah kau tahu negara kita ada undang-undang.
Tapi nampaknya kau masih tak faham.
Kalau kau tak faham,
meh sini,...
biar kau lebih cakna lepas ni..
Bukan semua situasi kita tak boleh guna.
Ada masa dan keadaan yang undang-undang memang menyebelahi kitaโ€ฆ
kalau kita bertindak mengikut syarat.

๐Ÿ“œ ๐’๐ž๐ค๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐Ÿ—๐Ÿ” ๐Š๐Š โ€“ ๐‡๐š๐ค ๐๐ž๐ฅ๐š ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐’๐ฎ๐š๐ญ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ก๐š๐ง
Kalau kita bertindak pertahankan diri atau orang lain โ€” itu bukan jenayah, selagi ikut syarat.
๐Ÿ’ก Contoh: Perompak serang dengan parang, kau balas dengan kayu sampai dia tumbang ... itu dibenarkan.

๐Ÿ“œ ๐’๐ž๐ค๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐Ÿ—๐Ÿ• ๐Š๐Š โ€“ ๐๐ž๐ฅ๐š ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข ๐“๐ž๐ซ๐ก๐š๐๐š๐ฉ ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  & ๐‡๐š๐ซ๐ญ๐š
Boleh pertahankan:
1. Diri sendiri / orang lain daripada serangan.
2. Harta sendiri / orang lain daripada kecurian, pecah rumah, rompakan, vandalism, pencerobohan.

๐Ÿ“œ ๐’๐ž๐ค๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐Ÿ—๐Ÿ– ๐Š๐Š โ€“ ๐–๐š๐ฅ๐š๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ง ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ค ๐๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ƒ๐ข๐ก๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฆ
Walau penyerang tu budak bawah umur atau orang tak siuman, kau tetap boleh bela diri.
So kalau budak atau org gila sekalipun yg serang kau,
Kau boleh ja balas balik kalau serangan dia tu memudaratkan.

๐Ÿ“œ ๐’๐ž๐ค๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐Ÿ—๐Ÿ— ๐Š๐Š โ€“ ๐‡๐š๐ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ฅ๐š ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข
Tak ada ancaman segera = tak boleh bertindak.
Tak boleh guna kekerasan berlebihan.
Tak boleh lawan polis yang ikut prosedur.

๐Ÿ“œ ๐’๐ž๐ค๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐Š๐Š โ€“ ๐๐ž๐ฅ๐š ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข ๐’๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ข ๐๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ง๐ฎ๐ก
Dibenarkan jika serangan bertujuan: membunuh, mencederakan parah, rogol/sumbang mahram, culik, rompak bersenjata, pecah rumah dengan niat membunuh.

๐Ÿ’ก Contoh: Perompak masuk rumah ugut bunuh keluarga, kau tikam dia sampai mati .... dibenarkan.

๐Ÿ’ฌ ๐ค๐ž๐ฌ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐ง๐ฒ๐š:
Simpan senjata bukan untuk berlagak.
Tapi untuk bersedia, dan tahu bila masa yang undang-undang izinkan kita guna.
Bezanya orang berilmu dengan orang jahil ialahโ€ฆ
Yang berilmu akan guna tepat pada waktunya,
Yang jahil, tersilap masaโ€ฆ
Sama ada kau redha ja apa yg penjahat buat dkt kau dan kluarga kau,
Ataupun kau salah bertindak dan
habis masa depan kau dalam lokap/ penjara.
Maka bertindaklah dgn ilmu ya!

Mari kita asah snjata dan jaga ianya molek-
Molek, biar ianya sentiasa bersedia utk apa
Juga keadaan yg memerlukan khidmatnya.

Sekian
jazakallah..
TGR Daeng
๐Ÿ”ด ๐ŸŸก โšซ๏ธ

14/07/2026

Pengalaman murid dari sabah..
murid ini menyertai kursus rahsia gerak khalifah secara jarak jauh..
kan sy dah kata,
amalan kun fayakun lg "feel" bila beramal.. booster kpd segala amalan dan makam ilmu yg lain..
ada yg kata Kursus Mahal? Rugi?
setakat ini tak pernah la ada murid sy kata
ianya Rugi,
malahan mereka tak puas lg,
mahu kan lagi dan lagi akan ilmunya..
yg kata mahal ni bg mereka yg tak kenal,
atau tak tau apa yg mereka akan dapat,
apa mereka akn pelajari,
apa yg sy ajar,
sy tak rasa ditempat lain pun ada,
apa yg kalian tak paham slps belajar,
tanya terus pd sy,
tanpa perlu melalui wakil sy atau sbg nya,
support dari sy p**a sepanjang hajat ya,
bukan sehari dua..
insha Allah sy akan guide sampai pandai.

silibus rahsia gerak ni mudah ka susah?
alhamdulillah setakat ini ribuan murid sy yg belajar secara jarak jauh,
BELUM ADA LAGI YG GAGAL

๐Ÿ“Œsebarang pertanyaan,
silakan whtsapp:-
010-388 3667

14/07/2026

Daeng Tuah Indra in Action

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No. 40b Jalan Meru Impian A1, Pusat Perniagaan Meru Impian
Ipoh
30200

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00