31/05/2026
MESYUARAT TAHUNAN KREKAP DAN SAMBUTAN HARI RAYA 2026
Alhamdulillah, Mesyuarat Tahunan KREKAP dan Sambutan Hari Raya telah berjaya dilaksanakan pada 31 Mei 2026 bertempat di Ibu Pejabat Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk).
Pihak KREKAP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli yang telah meluangkan masa untuk hadir serta memberikan komitmen sepanjang mesyuarat dan majlis berlangsung.
Terima kasih juga atas segala usul, pandangan dan cadangan yang dikemukakan demi memperkukuhkan serta menambah baik pengurusan dan aktiviti kelab pada masa hadapan. Setiap idea yang dikongsikan amat dihargai dan akan dijadikan panduan dalam usaha menjadikan KREKAP sebuah kelab yang lebih aktif, progresif dan memberi manfaat kepada seluruh ahlinya.
Semoga semangat kerjasama dan silaturahim yang terjalin akan terus diperkukuhkan demi kecemerlangan KREKAP pada masa akan datang.
KREKAP CEMERLANG...PPANPk GEMILANG
23/05/2026
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai pemilihan. Tahniah juga diucapkan kepada pemenang-pemenang utama untuk kesemua jenis sukan. Kini anda yang terpilih adalah Ikon Sukan PPANPk. Selamat Maju Jaya untuk Kontinjen PPANPk 🫡🫡🫡. Majulah Sukan Demi Jabatan 💪💪💪
23/05/2026
Pemilihan atlet bagi menyertai Sukan Konvensyen Pahang 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 16 dan 17 Mei 2026 melibatkan penyertaan bagi kategori sukan indoor dan outdoor.
Sesi pemilihan ini diadakan bagi mengenal pasti atlet-atlet terbaik yang bakal mewakili kontinjen dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen, semangat kesukanan serta prestasi yang cemerlang sepanjang sesi pemilihan berlangsung. 💪🔥
Semoga atlet yang terpilih nanti dapat membawa semangat juang tinggi serta mengharumkan nama kontinjen di pentas Sukan Konvensyen Pahang 2026.
27/04/2026
Pada 23 hingga 26 April 2026, cabutan bertuah sempena Bazar Buku Perak 2026 telah berlangsung dengan meriah di Stadium Indera Mulia. Pelaksanaan cabutan bertuah telah diamanahkan kepada Ahli Jawatankuasa KREKAP dan berjaya dikendalikan dengan lancar, telus serta adil. Selain itu, pihak KREKAP turut menjalankan aktiviti jualan sebagai salah satu inisiatif sepanjang program berlangsung.
Tahniah kepada semua pemenang, dan kepada yang belum berjaya, peluang masih ada pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara ini.
07/04/2026
PERJUMPAAN KALI KE 1/2026, JAWATANKUASA KREKAP
4 APRIL 2026 - telah diadakan dengan jayanya. Antara perkara yang dibincangkan:
-Program Hari Raya
-Mesyuarat Agung tahunan
-Pemilihan atlet sukan untuk Konvensyen Sukan
-Penglibatan kelab di Bazar Buku Perak 2026.
Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan memberi input bernas
17/02/2026
Kelab Rekreasi dan Kebajikan Kakitangan PPANPk (KREKAP) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Hasniza Binti Hassan Shaari atas segala jasa dan komitmen yang diberikan sepanjang berkhidmat serta menjadi sebahagian daripada keluarga kelab ini.
Selamat bersara dan semoga perjalanan hidup selepas ini dipenuhi dengan kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan. 🌷
27/01/2026
Kelab Rekreasi dan Kebajikan Kakitangan PPANPk (KREKAP) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Rusdi Bin Nawi atas segala jasa dan komitmen yang diberikan sepanjang berkhidmat serta menjadi sebahagian daripada keluarga kelab ini.
Selamat bersara dan semoga perjalanan hidup selepas ini dipenuhi dengan kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan. 🌷