25/07/2026
Majlis Penyerahan Pakaian & Peralatan SUKMA 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Royal Perak Golf Club (RPGC).
π
Tarikh: 25 Julai 2026
π Tempat: Royal Perak Golf Club
Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADC, Tuan Mohd Azhar bin Mohd Yusof, bersama Presiden Persatuan Golf Negeri Perak, Haji Mohd Azlin bin Mohd Nadzri, dengan penyampaian pakaian dan peralatan kepada para atlet SUKMA.
Majlis turut dihadiri oleh Pengurus Pasukan, En. Noorasidi bin Mohamed, Jurulatih Pro Muhd Afif Muhd Razif dan Pro Nur Afifah Muhd Razif, barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Golf Negeri Perak, Rakan Strategik Pakaian Golf Persatuan Mr. Lee Lai Lu, ibu bapa atlet serta para pemain pelapis Golf Perak.
Semoga segala kelengkapan yang diterima menjadi pembakar semangat kepada semua atlet untuk terus berlatih dengan penuh komitmen, berjuang dengan semangat kesukanan yang tinggi, serta memberikan aksi terbaik demi mengharumkan nama Negeri Perak di pentas SUKMA 2026.
Selamat maju jaya, Team Perak! ππ€β³
25/07/2026
01/04/2026
25/01/2026
20/01/2026