SSN Perak Athletics

SSN Perak Athletics

Share

Pasukan Olahraga SSN Perak
SMK Gunung Rapat
Sekolah Sukan Negeri | Sekolah Kluster Kecemerlangan
#highlanders #wecreatechampion

Photos from SSN Perak Athletics's post 14/07/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS PERAK 2026
STADIUM MINI BAGAN SERAI
10 - 14 JULAI 2026

Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Olahraga MSS Perak Kali ke 68, 2026.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet murid SSN Perak Athletics di atas pencapaian yang diperoleh. Secara keseluruhan, atlet menunjukkan peningkatan prestasi yang sangat baik berbanding tahun tahun sebelum.

Terima kasih kepada barisan kejurulatihan olahraga SSN Perak, Coach Hazuan, Coach Hakimi, Coach Goku, Coach Meor, dan Coach Hazli atas komitmen yang diberikan.

SSN Perak Athletics turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada barisan Pentadbiran SMK Gunung Rapat, Unit Sukan JPN Perak, guru-guru, ibubapa, barisan PTPS Olahraga Daerah² MSSPK, rakan² jurulatih dan semua yang memberikan kepercayaan dan sokongan kepada kami.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat kepada semua atlet murid untuk terus berjaya.

Terima Kasih.

22/06/2026

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan baju latihan atlet.

Kami, SSN Perak Athletics ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak ABUNCAI atas sumbangan baju latihan kepada semua atlet murid kami.

Sumbangan ini bukan sahaja memberikan keselesaan dan meningkatkan imej pasukan semasa sesi latihan, malah ia menjadi sumber motivasi yang besar untuk para atlet terus berusaha mencapai kecemerlangan.

Sokongan padu daripada pihak ABUNCAI amat bermakna bagi kami dan kami berharap agar hubungan baik ini akan terus berkekalan demi kemajuan sukan olahraga SSN Perak.

Terima kasih sekali lagi atas kemurahan hati anda.



Photos from SSN Perak Athletics's post 20/05/2026

Dialog Prestasi Atlet bersama Tuan Pengetua SMK Gunung Rapat (Sekolah Sukan Negeri Perak), Encik Zulkarnain Bin Dahari.

Dialog prestasi ini diadakan, bertujuan meneliti prestasi semasa atlet, menilai tahap kesediaan atlet menuju MSSM 2026, serta mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh atlet.

Turut bersama Tuan Pengetua, jurulatih olahraga, Coach Hazuan dan Coach Hakimi.



Photos from SSN Perak Athletics's post 17/05/2026

Kejohanan Olahraga Terbuka Perak 2026
16 - 17 Mei 2026, Stadium Mini SMK Seri Kandi, Teluk Intan, Perak

Tahniah diucapkan kepada semua atlet murid SSN Perak Athletics yang mewakili pasukan Majlis Sukan Negeri Perak dan Olahraga MSS Perak di Kejohanan Olahraga Terbuka Perak.

Teruskan kecemerlangan, dan semoga kejayaan kalian menjadi pemangkin semangat kepada rakan² atlet murid yang lain untuk sama-sama berjaya.



Photos from SSN Perak Athletics's post 12/05/2026

Liga Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia

Liga Olahraga Sirkit 1, 2026
10-12 Mei 2026, Stadium UTeM, Melaka.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua atlet SSN Perak Athletics atas usaha gigih, komitmen dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang Liga Olahraga Sirkit 1, 2026.

Secara keseluruhan, hampir kesemua atlet menunjukkan peningkatan prestasi dan juga kematangan ketika bertanding disepanjang kejohanan.

Namun begitu, masih terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti, dan kita akan sama² perbaiki sebelum kejohanan seterusnya.

Jumpa di Sirkit 2, Liga Olahraga KPM.



Photos from SSN Perak Athletics's post 09/05/2026

Kejohanan Olahraga Super Series STG MSS Perak 2026.
9 Mei 2026, Stadium Mini SMK Seri Kandi, Teluk Intan

Tahniah diucapkan kepada semua atlet murid SSN Perak Athletics atas pencapaian yang membanggakan. Teruskan usaha gigih, tingkatkan prestasi.

5 Emas, 2 Perak, 3 Gangsa



Photos from SSN Perak Athletics's post 03/05/2026

Kejohanan Olahraga Terbuka Pulau Pinang
2-3 Mei 2026, Stadium Olahraga USM

Tahniah diucapkan kepada semua atlet murid SSN Perak Athletics yang telah mewakili Majlis Sukan Negeri Perak dan berjaya menyumbang pingat kepada pasukan Perak pada Kejohanan Olahraga Terbuka Pulau Pinang.

Penyertaan kejohanan ini merupakan pemanas badan kepada semua atlet yang terlibat sebagai persediaan menghadapi kejohanan yang lebih besar.

1 Emas, 1 Perak, 2 Gangsa.



Photos from SSN Perak Athletics's post 26/04/2026

Kejohanan Olahraga Bakat Hexathlon Kebangsaan Siri 1/2026,
Majlis Sukan Negara Malaysia.
24-26 April 2026, Kuantan Pahang.

Tahniah kepada semua atlet murid SSN Perak Athletics atas pencapaian yang telah diperoleh.



Photos from Majlis Sukan Negeri Perak's post 24/04/2026

Good Luck Atlet Murid SSN Perak Athletics

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


SMK Gunung Rapat, Jalan Teoh Kim Swee
Ipoh
31350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00