07/07/2026
Majlis Bacaan Yasin dan Kesyukuran yang telah diadakan pada 2 Julai 2026, bertempat di Musolla Al Abrar. Majlis diadakan bersempena pencapaian pesilat2 semasa di Kejuaraan AGSP, dan pemberian sedikit saguhati kepada pemenang dan yang terlibat.
Terima kasih kepada semua para ibu bapa dan Cikgu Zulkifli Salleh selaku Penasihat Glg Al ABrar, yang telah menjayakan dan mengadakan majlis ini.
07/07/2026
📌 PERHATIAN IBU BAPA 📌
Kepada yang berminat nak hantar anak belajar silat, JOM sertai kami di Al Abrar !
🥋 Sesuai untuk kanak-kanak berumur dari 8thn & remaja
🥋 Latihan asas silibus & olahraga
🥋 Bina disiplin, keyakinan & ketahanan diri
📍 Lokasi : Musolla Al Abrar, Taman Saikat
📆 Sabtu & Ahad
⏰ 5.00 - 6.30 ptg
📲 Like, Follow & Share page kami untuk info terkini.
🔥 Kita ada juga "TRIAL CLASS" (Kelas cuba-cuba)
💥 Walk in hanya RM5 sahaja
📞 Hubungi : 011-57715006 (Lia)
https://www.facebook.com/profile.php?id=61583818020283
https://www.tiktok.com/
07/07/2026
Kenapa asal silat s**a hati nak hadir, kadang tidak hadir. Tapi bila masuk aktiviti lain boleh pulak disiplin. Selalu persoalan ini banyak diperkatakan.
Sebenarnya silat juga mempunyai nilai dan teknik yang tinggi, tetapi banyak cabaran yang perlu di hadapi selalalunya bukan kerana silat lemah — tetapi kerana sistem pengurusan, budaya latihan dan komitmen ahli.
Antara sebab yang sering berlaku:
1. Disiplin latihan kurang konsisten
latihan dianggap seperti komitmen:
🚶➡️HADIR" ikut jadual
📝Ada "REKOD" kehadiran
🥋Ada "UJIAN" tahap yang jelas
🥇Ada "SASARAN" kenaikan bengkung/tahap
2. Kurang budaya menghargai yuran
Ada yang melihat silat sebagai "aktiviti sahaja", bukan satu latihan yang memerlukan:
~ Masa jurulatih
~ Tempat latihan
~ Peralatan
~ Pembangunan atlet
Dalam seni bela diri yang lebih tersusun, yuran dianggap sebagai komitmen kepada proses pembelajaran.
3. Sistem pemantauan kurang ketat
Jika tiada sistem:
✨rekod kehadiran
✨laporan perkembangan
✨penilaian berkala
✨komunikasi dengan ibu bapa
✨ibu bapa dan pelatih kurang nampak nilai serta kemajuan yang mereka dapat.
4. Peranan ibu bapa dan ahli
Bagi kanak-kanak, kehadiran biasanya bergantung kepada ibu bapa. Jika ibu bapa tidak melihat silat sebagai komitmen seperti sekolah atau s**an lain, anak pun mudah ponteng.
Silat membina disiplin, bukan sekadar belajar gerak, Silat boleh setanding dengan martial art lain — tetapi ia memerlukan budaya disiplin yang sama kuat dengan warisan ilmunya.
30/06/2026
Part 1
Alhamdulillah, syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh pesilat PSSGMK Al Abrar atas kejayaan membanggakan dengan meraih 1 pingat emas dan 4 pingat gangsa
Kejayaan ini adalah hasil daripada disiplin, semangat juang, dan latihan yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Walaupun masih muda, kalian telah membuktikan bahawa usaha yang berterusan mampu membuahkan kejayaan.
Teruskan berlatih, teruskan berjuang, dan terus harumkan nama PSSGMK Al Abrar Semoga selepas ini lebih banyak kejayaan akan dikecapi.
Bersilat dengan adab, berjuang dengan akhlak. Tahniah, Al Abrar Fighters!
23/06/2026
Anak merbah hinggap di dahan,
Terbang tinggi menghadap awan;
Turun gelanggang penuh keyakinan,
Bawa Gayong menuju kejayaan.
Layar dikembang menuju muara,
Membelah ombak tanpa gentar;
Pantang berundur pantang menyerah,
Ayuh pesilat, buktikan benar..
15/06/2026
Pertandingan akan datang.
Semoga anak2 berjaya
15/06/2026
Alhamdulillah, Kem Silat Ahad yang lalu telah berlangsung dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua jurulatih iaitu Cikgu Lia,Cikgu Danish dan Cikgu daniyah yang telah mencurahkan masa, tenaga, ilmu dan kesabaran sepanjang kem berlangsung. Segala tunjuk ajar, teguran dan pengorbanan kalian amat bermakna dalam membentuk pesilat yang berdisiplin, berakhlak dan berjiwa kental.
Jutaan terima kasih juga kepada semua Jemputan iaitu Setiausaha PSSGMK Perak Puan Mas sharifah binti Mismat, Naib YDP II Cikgu Zulkifli Saleh dan Jurulatih Encik Faris Danial bin Mohd Arif Faizal kerana sudi turun memberi kata2 semangat dan panduan buat pesilat semua..Tak lupa jua ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan, serta kepada setiap pesilat yang hadir dengan semangat juang yang tinggi. Keringat yang dicurahkan hari ini adalah bekalan untuk kejayaan pada masa hadapan.
Buat semua pesilat, jadikan kem ini sebagai titik permulaan untuk terus memperbaiki diri. Latihan tidak berakhir di sini. Teruskan berlatih dengan disiplin, rendah hati dan semangat yang tidak pernah luntur. Kemenangan bukan sekadar meraih pingat, tetapi membuktikan usaha, kesungguhan dan jati diri seorang pesilat.
Harapan kami , semoga setiap pesilat bersedia menghadapi pertandingan yang bakal tiba dengan penuh keyakinan. Bawalah semangat Silat Gayong, junjung adab, pelihara maruah diri, dan berjuang dengan sepenuh hati. Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi keberanian untuk turun ke gelanggang dengan ilmu, adab dan semangat juang yang tinggi itulah kemenangan sebenar.
Takkan Melayu Hilang di Dunia, Selagi Adat Dijunjung, Silat Dipertahankan.
Ayuh, terus melangkah. Terus berlatih. Terus mengharumkan nama pas**an.
** **