28/08/2026
π₯βΌοΈ MENCARI BAKAT BARU MUAYTHAI βΌοΈπ₯
Nak anak lebih berdisiplin, berani dan fokus?
PKS MUAYTHAI PAHANG kini MENCARI BAKAT BARU!
Kami percaya Muaythai bukan sekadar sukan tempur.
Ia membentuk KARAKTER, KEYAKINAN DIRI & MENTAL JUARA πͺ
π KEUTAMAAN: REMAJA UMUR 12 - 16 TAHUN
π LOKASI: PKS MUAYTHAI PAHANG
(Belakang Mahkamah Majistret Jerantut)
Berikan anak anda peluang untuk:
β
Bina disiplin & hormat
β
Keluarkan tenaga secara positif
β
Jauh dari gajet & perkara negatif
β
Latih fizikal & mental jadi lebih kuat
Jangan tunggu! Tempat adalah TERHAD.
Untuk maklumat lanjut & pendaftaran:
π Coach Yusri : 019-977 3030
π Coach Epul : 016-944 4930
π Coach Cikgu Atikullah : 019-443 0553
Tag kawan-kawan yang ada anak umur 12-16 tahun! π
24/08/2026
*PENGHARGAAN KEPADA WARGA MUAYTHAI PAHANG SUKMA SELANGOR 2026* ππ€π€
UNTUK SEMUA ATLET, JURULATIH, PENGURUSAN & KELUARGA*
*TERIMA KASIH PEJUANG PAHANG!*
Kepada *Atlet* - Terima kasih kerana bertarung dengan maruah, keringat dan air mata demi nama PAHANG.
Kepada *Jurulatih* - Terima kasih atas disiplin, didikan dan pengorbanan yang tak pernah putus.
Kepada *Pengurusan* - Terima kasih kerana jadi tulang belakang, urus dari A-Z tanpa kenal lelah.
Kepada *Keluarga* - Terima kasih kerana jadi tempat mengadu, peniup semangat dan doa yang tak pernah putus.
Kejayaan ini milik kita semua.
2. KHAS UNTUK PEMENANG PINGAT GANGSAπ₯
TAHNIAH WIRA GANGSA
Pingat ini bukan sekadar logam.
Ini bukti usaha, pengorbanan dan darah yang tumpah di gelanggang.
Kamu dah harumkan nama PAHANG di pentas SUKMA.
Bangga kami dengan kamu!
Rehat sebentar, esok kita kejar yang lebih tinggi. Emas menanti π₯
*3. KHAS UNTUK ATLET YANG BELUM REZEKI KALI INI*
*KEPADA PEJUANG YANG TERGUGUR*
Kami faham. Sakit. Kecewa. Rasa nak give up.
Tapi ingat, *kekalahan hari ini adalah guru terbaik untuk kemenangan esok.*
Kamu dah lawan. Kamu dah buktikan kamu berani naik gelanggang.
Pengalaman di SUKMA ni adalah emas yang tak boleh dibeli.
Lap air mata. Bangkit semula.
Kami di belakang kamu. PAHANG masih perlukan kamu untuk misi akan datang.
*"Tumbang 7 kali, bangun 8 kali"* - Itulah semangat πͺ
---
*PENUTUP*
Muaythai bukan tentang menang sahaja.
Muaythai tentang adab, disiplin dan semangat tidak pernah mengalah.
Terima kasih semua. PAHANG BANGGA DENGAN KAMU!
23/08/2026
Tahniah & Syabas.. Gangsa SUKMA Selangor 2026 untuk Syafarin Danial @ Nyo bagi kategori 48KG Lelaki.
22/08/2026
TIADA REZEKI LAYAK KE FINAL..
KALAH DENGAN BEZA 3 POINT
ALHAMDULILLAH.. GANGSA UNTUK KONTIJEN PAHANG
KALAH DI SEPARUH AKHIR, TAPI MENANG DI HATI RAKYAT PAHANG* π€π€
Kalah menang adat bertanding.
Pengalaman hari ni adalah emas untuk SUKMA akan datang.
Bangkit semula π
Kami tetap bangga!
22/08/2026
π₯π₯ SEPARUH AKHIR SUDAH TIBA! π₯π₯
SEDIA BERJUANG DEMI PAHANG! πͺπ»β¬β¬
π²πΎ SUKMA XXII SELANGOR 2026
π₯ Muaythai | Male 48KG
π₯ BOUT 2
π
22 Ogos 2026
β° 2.00 PETANG
Satu gelanggang. Satu misi. Satu perjuangan.
Bukan sekadar bertarung β ini perjuangan membawa nama PAHANG! π―π₯
Ayuh semua, berikan sokongan dan doa buat pejuang kita! ππ»
DEMI PAHANG!
DEMI MARUAH!
DEMI KEJAYAAN! ππ₯
21/08/2026
Alhamdulillah.. Kemenangan bagi Shafarin Danial
Bout 3 Male 48KG
Pahang VS Melaka
Keputusan :KO
Next : Semi Final 22/08/2026