12/09/2026
Salam takziah buat Afif sekeluarga atas pemergian ayahanda tercinta, Muhamad Nurmuzamil bin Mohamedon (Gedot)
Allahyarham merupakan antara penggiat dan salah seorang tulang belakang dalam perkembangan industri motocross yang banyak menyumbang serta meninggalkan jasa kepada komuniti motocross tanah air.
Semoga segala jasa dan kebaikan Allahyarham menjadi amal jariah dan terus dikenang oleh seluruh komuniti motocross. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, merahmati rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Semoga Afif dan seluruh keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.
Al-Fatihah. ๐คฒ๐ป