21/04/2023
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444H 🌙
Ramadan telah pun berlalu. Kini, syawal menjelma. Takbir raya berkumandang tanda kemenangan kita 🕌✨
Berikut merupakan paparan video Kami warga Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGKTI dengan ikhlas mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua umat islam di seluruh dunia!
Satu syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Ikhlas Daripada,
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
19/04/2023
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
🌙 IFTAR RAMADAN JABATAN PENDIDIKAN JASMANI &
KESIHATAN 🌙
Sempena bulan Ramadan ini, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menganjurkan Majlis Iftar Ramadhan Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan.
Lokasi : Dewan Terbuka, IPGKTI
Tarikh :12 April 2023 (Rabu)
Masa: 6.00 petang
Yang menjalankan tugas,
Invictus Ambilan Jun 2020
19/04/2023
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera
Lawatan Kilas pelajar pendidikan jasmani yang ditimpa musibah kemalangan, A'inul Mardhiah di Hospital Kuala Lumpur.
Terima kasih kepada para pensyarah dan siswa siswi Pendidikan Jasmani ambilan Jun 2021 kerana sudi menjayakan lawatan ini.
19/04/2023
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam takziah kepada A'inul Mardhiah Binti Md 'Ishak dan keluarga atas kemalangan yang dialami.
Semoga Allah permudahkan segala urusan beliau dan diberikan kesembuhan seperti sediakala.
Yang Prihatin,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ke-57,
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.
19/04/2023
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera
⚽️ JUARA-JUARA PENALTI⚽️
What an excellent performance by team ABAH BOS and TITANS FC
ABAH BOS berjaya menjuarai pertandingan Juara-Juara Penalti 1.0 bagi kategori lelaki dan TITANS FC menjuarai kategori perempuan
Terima kasih diucapkan kepada jppipgkti dan ptp_ipgkti_fc kerana sudi menjayakan program ini.
16/04/2023
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
⚽️ JUARA-JUARA PENALTI ⚽️
Pasukan anda hebat dalam mengambil sepakan penalti? Marilah tunjukkan bakat kalian dengan menyertai pertandingan ini ‼️
Sukacita dimaklumkan kepada warga temenggong bahawa Persatuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan menganjurkan PERTANDINGAN JUARA-JUARA PENALTI seperti butiran berikut :
*Tarikh* : 10 APRIL 2023
*Masa* : 4:30 p.m
*Tempat* : Padang IPGKTI
📌 Penyertaan terbuka untuk semua warga IPGKTI.
Tunggu apa lagi ?😍
Jom daftar sekarang!
---------------------------------------------------------
"Rise up!"
Sekian, terima kasih.
_Yang menjalankan tugas_,
_Unit Media & Publisiti_,
_Persatuan Pendidikan Jasmani & Kesihatan_,
_IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor_.