24/08/2026
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Marilah kita memupuk rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan menerapkan sifat-sifat mulia dan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w di dalam kehidupan seharian kita.
Jadilah insan yang sentiasa menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada masyarakat demi keamanan, kemakmuran dan kemajuan negara 🇲🇾.
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.” (Hadith Riwayat Thabrani dan Daruquthni)
_SALAM MAULIDUR RASUL_
daripada
*AT-TAQWA TRADITIONAL ARCHERY CLUB 2026*
13/06/2026
Gambar PART 2
Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya meraih kemenangan dalam Pertandingan Memanah Terbuka (Fun Shoot) sempena Jelajah Orang Johor (JOJ) DUN Tiram.
13/06/2026
13 JUN 2026 | SABTU
JELAJAH ORANG JOHOR (JOJ) DUN TIRAM
Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya program Jelajah Orang Johor (JOJ) DUN Tiram yang disempurnakan oleh YB Tn. Hj Azizul Hj Bachok.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kerana memilih kelab kami sebagai salah satu checkpoint bagi program JOJ kali ini. Program ini berjaya menghimpunkan masyarakat sekitar Kota Masai dalam suasana yang penuh meriah, harmoni dan semangat kekeluargaan.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya Pertandingan Memanah Terbuka serta cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah yang menarik.
Sambutan yang diterima daripada para peserta dan pengunjung amat memberangsangkan, sekali gus membuktikan semangat kebersamaan dalam komuniti setempat.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada YB Tn. Hj Azizul Hj Bachok serta seluruh jawatankuasa yang terlibat atas usaha dan komitmen dalam menjayakan program Jelajah Orang Johor DUN Tiram ini.
Semoga penganjuran program seperti ini dapat terus menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuhkan ukhuwah serta merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat demi kesejahteraan dan kemajuan bersama.
Gambar PART 1
27/05/2026
Salam Aidiladha 1447H dari kami..
21/05/2026
PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU Pertandingan Memanah Peringkat PKPDK Daerah Johor Bahru
21 Mei 2026
Alhamdulillah, program memanah sempena Sambutan Hari Guru anjuran Kelab Memanah Al Maqamul Amin PKPDK Kota Masai telah berjalan dengan lancar dan meriah.
Terlihat semangat kerjasama, gelak tawa dan keberanian semua peserta sepanjang pertandingan berlangsung. Masing-masing mempunyai potensi dan kelebihan tersendiri. Insya-Allah, kalian pasti boleh berjaya.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ia menjadi kenangan indah dan pengalaman berharga buat semua.
Selamat Hari Guru kepada semua guru PKPDK. Semoga terus diberi kekuatan untuk mendidik anak-anak PKPDK dengan penuh ikhlas dan dedikasi.
21/05/2026
“Innalillahiwainnailaihirojiun.
Telah kembali ke rahmatullah sahabat perjuangan memanah kami pada hari ini. Seorang yang sangat baik, sentiasa mengukir senyuman dan membawa kenangan indah buat kami semua.
Semoga Allah mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.”
21/04/2026
JAMUAN RAYA AIDILFITRI & PANAHAN SYAWAL 2026 / 19.02.2026
Tahniah kepada pemenang..
Panjang umur kita raya lagi bersama tahun depan.. In shaa Allah..
Gambar Part 2...
21/04/2026
JAMUAN RAYA AIDILFITRI & PANAHAN SYAWAL 2026 / 19.02.2026
Alhamdulillah, selesai sudah Jamuan Hari Raya Aidilfitri ATTAC 2026 pada sabtu lepas. Majlis turut diserikan dengan aktiviti ‘Panahan Syawal’ serta tema busana baju raya yang menceriakan suasana. Semoga setiap detik kebersamaan menjadi asbab mengeratkan ukhuwah dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Gambar Part 1..
21/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami..