Akademi ProSilat

Directions Website Contact the business

Akademi ProSilat Pusat Latihan Silat Pintar
"Smart Silat Training Centre"

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.Salam takziah khusus buat seluruh keluarga dan waris Allahyarham Cikgu Badek Ruzaman ...
04/10/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Salam takziah khusus buat seluruh keluarga dan waris Allahyarham Cikgu Badek Ruzaman bin Zainal Abidin @ Dato’ Meor Abdul Rahman, Permata Gayong, yang telah kembali ke rahmatullah.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat seluruh warga persilatan, khususnya dalam dunia Silat Seni Gayong. Segala curahan ilmu, bakti dan jasa Allahyarham sepanjang hayatnya akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Semoga segala ilmu dan jasa yang dicurahkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah. 🤲🏻

02/10/2026

LIPUTAN PROGRAM

Gelanggang pendekar bergegar apabila Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi saksi pertembungan hebat pendekar-pendekar muda dalam Pertandingan Silat Seni dan Tanding Jemputan Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru pada Sabtu, 26 September 2026 yang lalu.

Penganjuran bermakna ini digerakkan bersama oleh SMK Taman Universiti (SMKTUN) dan School of Undergraduate Studies (UGS) University Teknologi Malaysia (UTM) sebagai penganjur utama, dengan kerjasama strategik bersama Akademi Prosilat bagi menghimpunkan bakat-bakat terbaik dari seluruh sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Johor Bahru untuk memartabatkan seni silat warisan bangsa.

Himpunan pendekar cilik ini bukan sahaja mengetengahkan ketangkasan fizikal dan kehalusan seni silat putera serta puteri melalui kategori Tanding dan Seni, malah menjadi wadah penting dalam melahirkan generasi pelapis yang berjiwa kental seperti pendekar.

—————————

Ikuti kami di media sosial Akademi ProSilat untuk info dan video yang menarik dan layari www.prosilat.org untuk maklumat lanjut.

PERTARUNGAN PENDEKAR MUDA GEGARKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)Gelanggang pendekar bergegar apabila Universiti Te...
30/09/2026

PERTARUNGAN PENDEKAR MUDA GEGARKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

Gelanggang pendekar bergegar apabila Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi saksi pertembungan hebat pendekar-pendekar muda dalam Pertandingan Silat Seni dan Tanding Jemputan Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru pada Sabtu, 26 September 2026 yang lalu.

Penganjuran bermakna ini digerakkan bersama oleh SMK Taman Universiti (SMKTUN) dan School of Undergraduate Studies (UGS) University Teknologi Malaysia (UTM) sebagai penganjur utama, dengan kerjasama strategik bersama Akademi Prosilat bagi menghimpunkan bakat-bakat terbaik dari seluruh sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Johor Bahru untuk memartabatkan seni silat warisan bangsa.

Himpunan pendekar cilik ini bukan sahaja mengetengahkan ketangkasan fizikal dan kehalusan seni silat putera serta puteri melalui kategori Tanding dan Seni, malah menjadi wadah penting dalam melahirkan generasi pelapis yang berjiwa kental seperti pendekar.

—————————

Ikuti kami di media sosial Akademi ProSilat untuk info dan video yang menarik dan layari www.prosilat.org untuk maklumat lanjut.

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Salam takziah khusus buat seluruh keluarga dan waris Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasm...
28/09/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Salam takziah khusus buat seluruh keluarga dan waris Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, 28 September 2026.

Negara kini telah kehilangan sebuah permata dan tokoh yang amat disayangi. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

SESI 9 + 11 + CAW NUSANTARA - UJIAN KENAIKAN TALI PINGGANG AKADEMI PROSILAT SIRI 1 2026📅 28 JULAI 2026📍  61-A Jalan Pula...
23/09/2026

SESI 9 + 11 + CAW NUSANTARA - UJIAN KENAIKAN TALI PINGGANG AKADEMI PROSILAT SIRI 1 2026

📅 28 JULAI 2026

📍 61-A Jalan Pulai Mutiara 4/10, Taman Pulai Mutiara, Johor Bahru

Setinggi-tinggi tahniah! Semoga semangat dedikasi dan kejituan disiplin ini sentiasa kekal terpelihara.

—————————

Ikuti kami di media sosial Akademi ProSilat untuk info dan video yang menarik dan layari www.prosilat.org untuk maklumat lanjut.

22/09/2026

LIPUTAN PERSEDIAAN PERTANDINGAN SILAT SENI & TANDING 🥋✨

Alhamdulillah, Kursus Persediaan & Pertandingan Silat Seni Dan Tanding telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna, KTR, UTM!

Program dirasmikan oleh YBhg. Mejar (RELA) Mohd Noor Bin Abd Samad, Pemegang Amanah Silat Seni Gayung Negeri Johor, diiringi Ts. Dr. Helmi Adly Bin Mohd Noor, Pengerusi Akademi Prosilat dan En. Rosnizam Bin Maarof Pengurus Besar UTM SPACE.

Tahniah kepada semua pesilat muda, jurulatih, dan jawatankuasa penganjur. Setinggi-tinggi terima kasih juga kepada pihak UTM atas sokongan dan fasiliti yang disediakan. Semoga seni warisan persilatan terus mekar! 💪🔥

—————————

Ikuti kami di media sosial Akademi ProSilat untuk info dan video yang menarik dan layari www.prosilat.org untuk maklumat lanjut.

KURSUS PERSEDIAAN PERTANDINGAN SILAT SENI & TANDINGAlhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Persediaan & P...
22/09/2026

KURSUS PERSEDIAAN PERTANDINGAN SILAT SENI & TANDING

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Persediaan & Pertandingan Silat Seni Dan Tanding pada Sabtu, 19 September 2026 di Dewan Serbaguna, KTR, UTM.

Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran tetamu kehormat, YBhg. Mejar (RELA) Mohd Noor Bin Abd Samad, Pemegang Amanah Silat Seni Gayung Negeri Johor merangkap Penaung Prosilat Johor, yang juga merupakan anak angkat kepada Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman, Mahaguru Silat Seni Gayung.

Turut hadir meraikan majlis ialah En. Rosnizam Bin Maarof, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Profesional & Penyelidik (PROSILAT) Negeri Johor merangkap Penasihat Persatuan Silat Seni Gayung UTM dan Pengurus Besar UTM SPACE, serta Ts. Dr. Helmi Adly Bin Mohd Noor, Pengerusi Akademi Prosilat.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh pesilat muda, jurulatih, serta jawatankuasa penganjur yang bertungkus-rumus menjayakan program ini. Semoga seni warisan persilatan terus mekar dalam kalangan generasi muda! 🥋✨

—————————

Ikuti kami di media sosial Akademi ProSilat untuk info dan video yang menarik dan layari www.prosilat.org untuk maklumat lanjut.

18/09/2026

CAW TAMAN UNIVERSITI - UJIAN KENAIKAN TALI PINGGANG AKADEMI PROSILAT SIRI 1 2026

📅 27 JULAI 2026

📍 Dewan Raya Taman Desa Skudai, Taman Universiti, Johor Bahru

Setinggi-tinggi tahniah! Semoga semangat dedikasi dan kejituan disiplin ini sentiasa kekal terpelihara.

—————————

Ikuti kami di media sosial Akademi ProSilat untuk info dan video yang menarik dan layari www.prosilat.org untuk maklumat lanjut.

Address

NO. 34-01, Jalan PULAI MAKMUR 5/1, BANDAR BARU KANGKAR PULAI, SKUDAI BAHRU
Johor Bahru
81300

Opening Hours

Friday 09:00 - 23:30
Saturday 09:00 - 05:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi ProSilat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Akademi ProSilat:

Shortcuts

Share