26/05/2026
Ibadah korban mengajar kita tentang erti keikhlasan, ketaatan, dan semangat pengorbanan yang tinggi, nilai yang sentiasa kami pegang teguh sama ada di dalam mahupun di luar padang. Semoga hari raya aidiladha ini, membawa keberkatan, kedamaian, dan kebahagiaan yang melimpah-ruah kepada kita semua.
Ikhlas daripada,
Pengurusan, Kejurulatihan, KSIB & Pemain Falcon Stone RC.
Fly High Falcon Stone RC - ๐ฆ
๐ฆ
๐ฆ
Iโค๏ธ๐Ragbi
Email : [email protected]
Facebook : Falcon Stone Rugby Club - Stebb
Youtube : Falcon Stone RC
https://youtube.com/?si=2CLD7thxzSD9VmvG
KSIBFalconStoneRC
16/05/2026
"Selamat Hari Guru" untuk semua Guru dan Coach.
Seperti seorang jurulatih di padang ragbi yang membentuk strategi dan membina kekuatan pasukan, begitulah besarnya peranan guru dalam mencelikkan minda dan membentuk sahsiah kami.
Terima kasih cikgu atas segala pengorbanan, kesabaran, dan sokongan yang tidak pernah luntur. Kerana tunjuk ajar anda, kami belajar ertinya disiplin, kerja berpasukan, dan bangkit semula setiap kali terjatuh, tidak lupa juga kepada guru kita sejak lahir, ibu dan ayah, doa kami untuk anda insan mulia ini hingga selamanya ๐คฒ๐ป๐ซถ๐ป๐ซฐ๐ป.... Amin.
Fly High Falcon Stone RC - ๐ฆ
๐ฆ
๐ฆ
Iโค๏ธ๐Ragbi
Email : [email protected]
Facebook : Falcon Stone Rugby Club - Stebb
Youtube : Falcon Stone RC
https://youtube.com/?si=2CLD7thxzSD9VmvG
KSIBFalconStoneRC
09/05/2026
Kejohanan Thirteen Rhino Challenge 2026.
9 Mei 2026 | Sabtu | Hevea Arena, Sungai Buloh, Selangor.
๐ Tahniah Wira Ragbi Kita! ๐
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain atas kejayaan menjulang Champion Cup di Kejohanan Ragbi Thirteen Rhino Challenge 2026.
Result : Champion Cup U10 ๐
Champion Cup U11 ๐
๐ Kekuatan Di Sebalik Kemenangan:
Semangat Kerja Berpasukan: ๐ค๐ผPersefahaman semua pasukan dan usahasama bersama yang jitu di atas padang, telah membuahkan hasil yang amat positif dan memberangsangkan.
Komitmen Tinggi: ๐ค๐ปTerima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan segala usaha, keringat, dan tenaga, tanpa berbelah bahagi demi kejayaan pasukan.
Wira Di Balik Tabir: ๐ซก Penghargaan istimewa buat barisan jurulatih yang sentiasa memberikan komitmen tinggi kepada pemain, serta para ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang dengan sokongan moral dalam mahupun luar padang.
"Kemenangan hari ini adalah titik tolak untuk kejayaan yang lebih besar di masa hadapan. Teruskan momentum kecemerlangan ini!"
Falcon Stone RC U10 ๐ฆ
:
Muhammad Faizal Bin Muhamad Firdaus
Firas Ammar Bin Mohd Heary
Muhammad Ayyan Aqasha
Muhammad Faris Faiz Bin Khairuzamari
Falcon Stone RC U11 ๐ฆ
:
Imran Aqasha Bin Abdullah
Muhammad A***n Bin Farid
Furqaan Ahmad Bin Ahmad Heary
Fly High Falcon Stone RC - ๐ฆ
๐ฆ
๐ฆ
Iโค๏ธ๐Ragbi
Email : [email protected]
Facebook : Falcon Stone Rugby Club - Stebb
Youtube : Falcon Stone RC
https://youtube.com/?si=2CLD7thxzSD9VmvG
KSIBFalconStoneRC
05/05/2026
Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) 2026
5-8 Mei 2026 | Padang SK Batu Tiga Kluang
"Biarlah rumput padang ini menjadi saksi bahawa hari ini, tiada pasukan yang mampu menghalang kemahuan kita untuk menang. Main dengan bangga, berjuang dengan maruah, all the best Team JB, selamat berjuang dari kami ๐ซก๐ซถ๐ป"
Fly High Falcon Stone RC U12 - ๐ฆ
๐ฆ
๐ฆ
Iโค๏ธ๐Ragbi
Email : [email protected]
Facebook : Falcon Stone Rugby Club - Stebb
Youtube : Falcon Stone RC
https://youtube.com/?si=2CLD7thxzSD9VmvG
KSIBFalconStoneRC
25/04/2026
Northern Tigers Rugby Carnival
24-25 April 2026 | Padang IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Setinggi-Tinggi Tahniah & Syukur! ๐๐..
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan โค๏ธ๐Johor A dan Johor B di atas kejayaan luar biasa merangkul kemenangan dalam Kejohanan Northern Tigers Rugby Carnival. Konsep semangat juang jelas terbukti di atas padang.
Result : Johor A (Bilal Trooper) ๐ Champion Cup
Johor B (ARPG ) ๐ Champion Plate
Penghargaan Khas
Buat MSSJ Johor: Jutaan terima kasih kerana memberi kepercayaan dan peluang keemasan kepada adik Zafri Harriz Bin Suny Azly dari SK TEBRAU BAKAR BATU - STEBB - untuk bersama-sama berjuang dan menimba pengalaman dalam kejohanan kali ini. Peluang ini sangat bermakna dalam pembentukan jati diri beliau.
Buat semua barisan Jurulatih & Pengurusan: Terima kasih atas tunjuk ajar, pengorbanan masa, dan keringat dalam membentuk pasukan yang mantap.
Buat Para Ibu Bapa & Penyokong: Sokongan moral dan doa anda adalah nadi kekuatan pemain di tengah padang.
Inspirasi Masa Depan
Semoga kejayaan manis ini tidak terhenti di sini. Biarlah kemenangan ini menjadi sumber inspirasi dan dorongan buat adik Zafri Harriz serta rakan-rakan seperjuangan untuk terus melangkah lebih jauh.
Teruskan berusaha untuk menjadi yang terbaik, bukan sahaja untuk diri sendiri, malah demi mengharumkan nama sekolah, keluarga, dan negeri Johor Darul Ta'zim.
"Kejayaan bukanlah muktamad, tetapi keberanian untuk meneruskannya itulah yang paling penting."
Majulah Ragbi untuk Johor! Luaskan Kuasamu! ๐ด๐ตโช
Ragbi - Majlis Sukan Sekolah Johor
Fly High Falcon Stone RC - ๐ฆ
๐ฆ
๐ฆ
Iโค๏ธ๐Ragbi
Email : [email protected]
Facebook : Falcon Stone Rugby Club - Stebb
Youtube : Falcon Stone RC
https://youtube.com/?si=2CLD7thxzSD9VmvG
KSIBFalconStoneRC
23/04/2026
All the best team Johor โค๏ธ๐๐ซถ๐ป. Bring home the Cup ๐๐ช๐ป.
21/04/2026
ROAD TO JOHOR .
Tahniah diucapkan kepada adik Zafri Harriz Bin Suny Azly, kerana berjaya menyertai kem kecemerlangan kontinjen ragbi majlis sukan sekolah johor fasa kedua tahun 2026.
Usaha gigih, semangat tidak mengalah, dan keinginan untuk sentiasa memperbaiki kelemahan adalah ramuan sebenar kejayaan. Konsistensi yang anda tunjukkan bukan sahaja membawa anda ke tahap ini, malah menjadi inspirasi dan pemangkin terbaik buat rakan-rakan lain untuk terus mengejar impian.
Teruslah fokus, teruslah kuat, dan teruslah cemerlang untuk cabaran di MSSJ-MSSM 2026. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda. Teruskan perjuangan.
Fly High Falcon Stone RC - ๐ฆ
๐ฆ
๐ฆ
Iโค๏ธ๐Ragbi
Email : [email protected]
Facebook : Falcon Stone Rugby Club - Stebb
Youtube : Falcon Stone RC
https://youtube.com/?si=2CLD7thxzSD9VmvG
KSIBFalconStoneRC
14/01/2026
โSETIAP LANGKAH HARI INI ADALAH SEJARAH YANG AKAN TERUKIR, DAN SETIAP JIWA MUDA ADALAH PEWARIS LEGASI MASA HADAPAN."
Tiada yang mustahil dalam hidup ini. Dalam ragbi dan dalam hidup, putus asa bukan pilihan. Kamu akan penat, kamu akan jatuh, dan kamu akan rasa mahu berhenti. Tetapi di situlah mental kamu diuji.
Teruskan bekerja keras, kekalkan disiplin, dan percaya pada proses. Selagi kamu sanggup berusaha dan bangkit setiap kali jatuh, kamu masih ada peluang untuk berjaya.
Ragbi bukan untuk yang takut atau ragu-ragu. Ragbi untuk mereka yang berani lawan, berani bertahan, dan berani habiskan perlawanan sampai wisel terakhir.
Fly High Falcon Stone RC 2026 - ๐ฆ
๐ฆ
๐ฆ
Iโค๏ธ๐Ragbi
Email : [email protected]
Facebook : Falcon Stone Rugby Club - Stebb
Youtube : Falcon Stone RC
https://youtube.com/?si=2CLD7thxzSD9VmvG
KSIBFalconStoneRC