BUDAK Kempas

BUDAK Kempas

Share

KELAB NGO YANG DITUBUHKAN PADA TAHUN 2018. TUJUAN UTAMA PENUBUHAN ADALAH SEBUAH KELAB SUKARELAWAN DA

19/05/2026

JOHOR BUKAN NEGERI ‘SEMALAM’ – ASAS EKONOMI TELAH DIBINA SEJAK ERA LAMA, BUKAN SEKADAR SLOGAN POLITIK

JOHOR BAHRU – Johor tidak bermula semalam dan bukan sekadar hasil slogan politik baharu, sebaliknya telah lama membina asas ekonomi kukuh melalui perancangan jangka panjang melibatkan pelaburan mega, pembangunan industri dan infrastruktur bertaraf antarabangsa.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Syed Mohd Hafiz, Johor sejak sekian lama muncul sebagai antara negeri paling agresif dalam pembangunan ekonomi moden di Malaysia, dipacu kedudukan strategik bersebelahan Singapura yang menjadikannya pintu perdagangan penting serantau.

Antara projek utama ialah Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada 2006, menjadi pemangkin pembangunan bandar moden seperti Nusajaya, Medini, Gelang Patah dan Johor Bahru serta menarik pelaburan asing dari Singapura, China dan Timur Tengah.

Forest City yang diperkenalkan sekitar 2014 turut menjadi simbol pembangunan bandar pintar dan hijau bertaraf dunia, meskipun berdepan cabaran ekonomi global.

Dalam sektor logistik, Pelabuhan Tanjung Pelepas kekal antara pelabuhan kontena terpenting di Asia, manakala Johor Port di Pasir Gudang terus menyokong industri berat dan petrokimia negeri.

Senai International Airport serta Senai Airport City p**a memperkukuh ekosistem logistik, e-dagang dan teknologi, menjadikan Johor antara negeri awal membangunkan rangkaian industri moden secara menyeluruh.

Dari segi infrastruktur, Lebuhraya PLUS, Second Link dan rangkaian jalan industri mengukuhkan hubungan Johor–Singapura serta mempercepat pergerakan ekonomi negeri.

Sektor perindustrian di Pasir Gudang, Tebrau, Kulai, Senai dan Pontian terus berkembang pesat dalam elektronik, pembuatan, petrokimia dan logistik, sekali gus memperkukuh asas ekonomi negeri.

Secara keseluruhan, kemajuan Johor dilihat bukan berlaku secara mendadak, tetapi hasil dasar jangka panjang yang konsisten dan berterusan. Sehubungan itu, kestabilan politik perlu dikekalkan bagi memastikan pembangunan negeri terus berjalan tanpa gangguan demi manfaat Bangsa Johor.

baru-baru ini Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew F**k berkata ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, baru-baru ini.

Projek RTS Link yang bakal menghubungkan Johor Bahru dan Singapura disifatkan antara pencapaian terbesar kerajaan hari ini dalam memacu pembangunan strategik Johor.

projek pengangkutan yang hampir 90 peratus siap dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada Januari tahun hadapan.

Menurut beliau, walaupun projek berkenaan dimulakan pada 2018 ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN), banyak isu utama masih belum diselesaikan apabila Kerajaan Perpaduan mengambil alih Putrajaya pada 2022.

Katanya, antara masalah yang diwarisi termasuk isu tanah, kontraktor serta kelewatan pelaksanaan sehingga projek itu hampir terbengkalai.

“Dalam tempoh tiga tahun kerajaan hari ini mentadbir Putrajaya, projek ini berjaya dipulihkan dan dipercepatkan pelaksanaannya hasil sokongan penuh Perdana Menteri serta kerjasama pelbagai kementerian,” katanya.

MyJohor

17/05/2026

BN Johor Sasar Sapu Bersih 56 DUN, Pemuda Yakin Gelombang Baharu Rakyat

JOHOR BAHRU — Pemuda UMNO Johor menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, sekali gus memberi isyarat keyakinan tinggi terhadap kekuatan gabungan itu untuk terus menguasai negeri berkenaan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Syed Mohd Haffis berkata, hasrat yang diumumkan Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bukan sesuatu yang mustahil dicapai, malah selari dengan semangat perjuangan parti untuk merampas kembali kerusi yang gagal dimenangi pada PRN lalu.

Menurut beliau, rakyat kini semakin matang dalam menilai kepimpinan dan tidak lagi hanya dipengaruhi sentimen politik bermusim, sebaliknya lebih menitikberatkan kestabilan kerajaan, kecekapan pentadbiran serta komitmen membantu rakyat secara berterusan.

“Di bawah kepimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi, kerajaan negeri dilihat lebih agresif membawa pembangunan, menarik pelaburan dan menjaga kebajikan rakyat. Ini meningkatkan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN sebagai tunjang kestabilan Johor,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Onn Hafiz mengumumkan BN Johor akan bertanding secara solo di semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang selepas mengadakan perbincangan dengan pucuk pimpinan parti.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat dengan penuh tanggungjawab dan keyakinan bahawa BN mampu memperoleh mandat lebih kukuh daripada rakyat Johor.

Dalam pada itu, Syed Mohd Haffis menegaskan semangat “Bangsa Johor” yang menjadi identiti negeri selama ini mampu menjadi pemangkin utama dalam menghadapi PRN nanti.

Katanya, kesatuan jentera parti, sokongan akar umbi dan keyakinan rakyat terhadap hala tuju kerajaan negeri diyakini mampu memperkukuh kedudukan BN di Johor.

Beliau turut memberi jaminan bahawa Pemuda UMNO akan memainkan peranan penting mendekati generasi muda dengan membawa naratif kestabilan politik, peluang ekonomi dan masa depan Johor yang lebih progresif demi memastikan sokongan golongan itu terus bersama perjuangan parti.

MyJohor

04/05/2026

JOHOR BAHRU, 4 Mei — Pengumuman peruntukan sebanyak RM138 juta bagi pelaksanaan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 oleh Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, dilihat sebagai bukti komitmen kerajaan negeri dalam menangani cabaran kos sara hidup rakyat secara menyeluruh.

Ketua Pemuda Pulai, Syed Mohd Hafiz Syed Hassan, dalam satu kenyataan berkata inisiatif itu mencerminkan pendekatan pentadbiran yang bukan sahaja mendengar keluhan rakyat, tetapi turut menterjemahkannya kepada tindakan konkrit.

Menurut beliau, dalam keadaan tekanan ekonomi semasa, bantuan seperti BKJ bukan lagi sekadar pilihan dasar, sebaliknya satu keperluan mendesak bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

“Dengan capaian melebihi 600,000 Bangsa Johor serta merangkumi 22 inisiatif yang menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga emas, suri rumah, pasangan muda dan peniaga kecil, ini jelas menunjukkan kerajaan negeri komited memastikan tiada golongan tercicir,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pelaksanaan BKJ Fasa 4 merupakan hasil penambahbaikan berterusan berdasarkan maklum balas rakyat, sekali gus mencerminkan kepimpinan yang turun padang dan responsif terhadap keperluan semasa.

Dalam nada menyindir, beliau berkata terdapat pihak yang dilihat lebih lantang mengkritik berbanding mengemukakan penyelesaian praktikal terhadap isu rakyat.

“Rakyat hari ini tidak hanya mahu mendengar suara yang kuat di pentas politik, tetapi mahukan tindakan yang memberi kesan langsung kepada kehidupan mereka,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan pentadbiran negeri yang proaktif dan berorientasikan hasil wajar dijadikan contoh dalam memastikan kestabilan ekonomi serta kesejahteraan berterusan di Johor.

Sehubungan itu, Pemuda Pulai menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan negeri dan menegaskan komitmen untuk terus bersama dalam usaha memperkukuh agenda kebajikan rakyat.

“Matlamat kita bukan sekadar membantu rakyat bertahan, tetapi memastikan mereka mampu bangkit dan bergerak ke hadapan dengan lebih yakin,” katanya.

29/04/2026

Rakyat Johor Bukan Bodoh, Mereka Tahu Nak Hukum Siapa

Johor Bahru, 29 April: Kenyataan pimpinan (Amanah) Johor yang menggesa pengundi menghukum dan (BN) dalam pilihan raya negeri disambut sinis oleh pemimpin muda UMNO, yang menyifatkannya sebagai retorik lama yang semakin hilang taring.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Syed Mohd Hafiz berkata, rakyat Johor bukan mudah dipengaruhi dengan naratif politik yang bersifat menyalahkan pihak lain tanpa menawarkan penyelesaian konkrit.

“Rakyat Johor bukan mudah dipermainkan. Mereka melihat, mereka menilai, dan mereka tahu siapa yang benar-benar bekerja,” katanya ketika dihubungi MYJOHOR.

Beliau menegaskan bahawa UMNO selama ini konsisten turun padang dan memahami denyut nadi rakyat, berbanding pihak tertentu yang menurutnya hanya tampil ketika musim politik.

“Kita tidak menunggu masa sesuai, kita bekerja setiap masa. Ini bukan soal siapa paling kuat bersuara, tetapi siapa yang paling konsisten berkhidmat,” katanya lagi.

Kenyataan itu dilihat sebagai sindiran langsung terhadap Amanah Johor susulan kenyataan Naib Pengerusinya, yang sebelum ini menggesa pengundi menghukum UMNO dan BN sebagai mesej terhadap kegagalan mentadbir serta ketidakprihatinan terhadap isu kos sara hidup.

Dalam kenyataannya, Dr Zuhan menegaskan rakyat berhak memilih kepimpinan yang stabil, berintegriti dan fokus kepada kebajikan, bukannya yang terperangkap dalam perebutan kuasa tanpa hala tuju jelas.

Namun bagi Syed Mohd Hafiz, kenyataan sedemikian mencerminkan kecenderungan sesetengah pihak untuk bermain persepsi berbanding membuktikan keupayaan di lapangan.

“Sebab itu hari ini kita berdiri dengan satu tekad yang jelas — Johor mesti menjadi titik kebangkitan. Dari negeri inilah kita hantar isyarat kuat bahawa rakyat mahukan kestabilan dan kepimpinan yang konsisten,” katanya.

Menurutnya, rakyat Johor semakin matang dalam membuat penilaian politik dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan slogan atau janji yang tidak berasas.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa sokongan terhadap UMNO dan BN akan terus kukuh sekiranya fokus terhadap kebajikan rakyat dan kestabilan politik dikekalkan.

“Insya-Allah, gelombang ini akan bermula di Johor. Dari Johor kita bangkit dan membuktikan bahawa kepimpinan berteraskan khidmat adalah pilihan rakyat,” katanya.

Perkembangan ini mencerminkan suhu politik Johor yang semakin hangat menjelang pilihan raya, dengan kedua-dua pihak terus berbalas kenyataan dalam usaha memenangi sokongan pengundi.

MYJOHOR

17/04/2026

🔥 YOKK TENGOK BOLA! 🔥

Keluarga Kempas tak kira usia peringkat, jom malam ini kita ngeteh sambil tengok bola sempena perlawanan suku akhir ACLE antara JDT vs Al-Ahli Saudi FC !

📅 17 April 2026 (Jumaat)
🕥 10:30 malam
📍 Restoran Al-Falah

https://maps.app.goo.gl/ZuRMMYXHXSDHzFnb7

Skrin besar, makan dan minum percuma kita sediakan malam ini InsyaAllah! Jangan tengok sorang-sorang, ajak kawan, keluarga dan geng lepak sekali! Kita penuhkan restoran Al-Falah dengan semangat bola sepak! 🔥

22/08/2025

NO BULI !!!!

03/06/2024

*HEBAHAN: SUKAN BANGSA JOHOR DUN KEMPAS 2024*

Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Sukan Bangsa Johor DUN Kempas 2024 akan diadakan pada:

Tarikh: 15 Jun 2024
Lokasi: pusat komuniti kempas lurah.
Masa: 8 Pagi hingga 6 petang

Acara sukan yang akan dipertandingkan termasuk:

Futsal
Bola Keranjang 3-on-3
Bola Jaring
Sepak Takraw
Yuran Penyertaan: Percuma!
Terbuka kepada semua penduduk DUN Kempas

Jom sertai kami dan meriahkan acara ini! Bukan sahaja anda dapat bersukan, tetapi juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik!

Daftar Sekarang di https://docs.google.com/forms/d/1Rwy4QC8oiZfqJe22QJvmAA2jcwDUTbQ9ASKncYnI3lo/edit

Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urusetia setiap sukan

Futsal: 0177547610
Bola jaring: 01160661253/01111440790
Bola keranjang:
Sepaktakraw: 0197473304

Mari Bersukan, Eratkan Silaturrahim!

Sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan dan keluarga. Jumpa anda di sana!

03/06/2024

Kejohanan Futsal Sukan Bangsa Johor. 15/6/2024(Sabtu)
Gelanggang Futsal MBJB Lurah Kempas.

13/02/2024

Malam Tadi sempat menziarahi Kamarul Somz sahabat lama Pemuda. Semoga somz diberi kesembuhan segera Dan dipermudahkan Dari segala urusan. Sesiapa yg ingin melawat, beliau sekarang menjalani terapi di IHT Rehabilitation Centre Sdn Bhd, Iskandar Puteri.

02/11/2023

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham Haji Komardin Bin Manhakim, Ketua UMNO Cawangan Kampung Sri Kempas 1 yang telah kembali ke rahmatullah.

Semoga Allah menerima amalan baik Allahyarham dalam membantu penduduk Kg Sri Kempas 1 dan didoakan juga agar kubur Almarhum dilapangkan Allah serta dihimpunkan bersama para solehin, syuhada' dan anbiya'.

Amin Ya Rabbal Alamin.


Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Johor Bahru