UTM Marshall

Directions Website

UTM Marshall UTM MARSHALL ADALAH SEBUAH KELAB YANG AKTIF SEJAK 2007. UTM MARSHALL BUKAN SEMATA MATA MEMFOKUSKAN PERMOTORAN.

UTM MARSHALL JUGA MEMFOKUSKAN REKREASI, PROGRAM AMAL ATAU CSR.

𝐒𝐊 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝟒 | 𝟐𝟐 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 4 dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Teknol...
22/08/2026

𝐒𝐊 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝟒 | 𝟐𝟐 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔

Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 4 dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), UTM PRIHATIN dan Kelab UTM Marshall Johor Bahru melaksanakan Program Gotong-Royong Lestari@SK Taman Universiti 4 (Siri 2) pada 22 Ogos 2026, dari 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Program melibatkan 30 orang sukarelawan dalam kalangan staf UTM bagi memperkukuh hubungan strategik antara universiti dan komuniti setempat, khususnya dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan kondusif.

Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk menyiapkan tapak batu bagi laluan refleksologi, mengecat pintu kelas dan bilik khas serta dinding tandas. Sukarelawan turut menjalankan kerja pengemasan dan penyelenggaraan Kebun Lestari bagi memastikan kawasan tersebut terus terurus serta dapat dimanfaatkan sebagai ruang pembelajaran berkaitan kelestarian alam sekitar.

Program ini turut menjadi wadah warga UTM menyumbang tenaga, masa dan kemahiran melalui inisiatif kesukarelawanan serta tanggungjawab sosial universiti. Kerjasama antara SK Taman Universiti 4, Pusat Islam UTM, UTM PRIHATIN dan Kelab UTM Marshall Johor Bahru diharapkan dapat memberikan manfaat kepada warga sekolah serta memupuk semangat gotong-royong, kebersamaan dan kepedulian terhadap kelestarian persekitaran.

Program ini mencerminkan komitmen UTM dalam memperkasakan agenda Universiti untuk Masyarakat melalui penglibatan aktif warga universiti dalam aktiviti kemasyarakatan yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti.

[Album 2]🌱PROGRAM GOTONG-ROYONG LESTARI @ SK TAMAN UNIVERSITI 4 SIRI 2 2026🌱📍SK Taman Universiti 4, Skudai🗓️ 22 Ogos 202...
22/08/2026

[Album 2]
🌱PROGRAM GOTONG-ROYONG LESTARI @ SK TAMAN UNIVERSITI 4 SIRI 2 2026🌱

📍SK Taman Universiti 4, Skudai
🗓️ 22 Ogos 2026
⏰ 8.00 pagi - 12.30 tengah hari



IKUTI JUGA KAMI DI:
Official FB Page : UTM Marshall https://www.facebook.com/officialutmmarshall/
Official Tiktok : utm.marshall https://www.tiktok.com/.marshall?_r=1&_t=ZS-96SYqHhalSX
Official Instagram : UTM_Marshall https://www.instagram.com/utm_marshall?igsh=bHFheXI4d2dtbmh1
Official Youtube: UTM MARSHALL https://www.youtube.com/

𝗠𝗢𝗧𝗢𝗥𝗦𝗣𝗢𝗥𝗧𝗦 𝗧𝗔𝗟𝗞 𝟮.𝟬UTM Johor Bahru | 13 Ogos 2026Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerima kunjungan 𝗬𝗔𝗠 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹...
18/08/2026

𝗠𝗢𝗧𝗢𝗥𝗦𝗣𝗢𝗥𝗧𝗦 𝗧𝗔𝗟𝗞 𝟮.𝟬
UTM Johor Bahru | 13 Ogos 2026

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerima kunjungan 𝗬𝗔𝗠 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻 𝗔𝗹-𝗛𝗮𝗷 𝗜𝗯𝗻𝗶 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺, 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗣𝗮𝗻𝗴𝗹𝗶𝗺𝗮 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 dan 𝗬𝗔𝗠 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗔𝗯𝘂 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗔𝗹-𝗛𝗮𝗷 𝗜𝗯𝗻𝗶 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺, 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗣𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 menerusi program 𝗠𝗼𝘁𝗼𝗿𝘀𝗽𝗼𝗿𝘁𝘀 𝗧𝗮𝗹𝗸 𝟮.𝟬 yang berlangsung di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS), UTM Johor Bahru.

Program anjuran UTM dengan kerjasama Johor Motorsports Racing (JMR) dan QSR Brands ini menghimpunkan kira-kira 1,000 pelajar bagi mendapatkan pendedahan mengenai dunia sukan permotoran berprestasi tinggi, di samping menerapkan nilai disiplin, ketahanan mental, kerja berpasukan dan keupayaan membuat keputusan.

Sepanjang program berlangsung, 𝗨𝗧𝗠 𝗠𝗮𝗿𝘀𝗵𝗮𝗹𝗹 telah dipertanggungjawabkan sebagai entiti utama dalam menyelaras pergerakan para pelajar, bermula daripada sesi ketibaan sehingga sesi 𝘮𝘦𝘦𝘵 & 𝘨𝘳𝘦𝘦𝘵 bersama 𝗬𝗔𝗠 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻 𝗔𝗹-𝗛𝗮𝗷 𝗜𝗯𝗻𝗶 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺, 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗣𝗮𝗻𝗴𝗹𝗶𝗺𝗮 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 dan 𝗬𝗔𝗠 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗔𝗯𝘂 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗔𝗹-𝗛𝗮𝗷 𝗜𝗯𝗻𝗶 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺, 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗣𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿. Segala pergerakan dan perjalanan program berjaya dikawal selia dengan baik sehingga selesai.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua krew 𝗨𝗧𝗠 𝗠𝗮𝗿𝘀𝗵𝗮𝗹𝗹 yang telah memberikan komitmen penuh bermula daripada persiapan, sesi raptai sehingga hari program berlangsung.

Jutaan terima kasih juga kepada pihak penganjur atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada UTM Marshall untuk terus berkhidmat demi UTM. 𝗧𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵.

Foto : Pusat Komunikasi Korporat UTM

.0

IKUTI JUGA KAMI DI:
Official FB Page : UTM Marshall https://www.facebook.com/officialutmmarshall/
Official Tiktok : utm.marshall https://www.tiktok.com/.marshall?_r=1&_t=ZS-96SYqHhalSX
Official Instagram : UTM_Marshall https://www.instagram.com/utm_marshall?igsh=bHFheXI4d2dtbmh1
Official Youtube: UTM MARSHALL https://www.youtube.com/

🌿 UTM PRIHATIN PERKASA SEMANGAT KESUKARELAWANAN DI SK TAMAN UNIVERSITI 4 🤝SKUDAI, 25 Julai 2026 – Seramai 35 orang sukar...
27/07/2026

🌿 UTM PRIHATIN PERKASA SEMANGAT KESUKARELAWANAN DI SK TAMAN UNIVERSITI 4 🤝

SKUDAI, 25 Julai 2026 – Seramai 35 orang sukarelawan UTM PRIHATIN berganding bahu dalam Program Gotong-Royong Lestari@SK Taman Universiti 4, hasil kerjasama bersama Kelab UTM Marshall Johor Bahru dan Persatuan Ibu Bapa SK Taman Universiti 4.

Program yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) yang memberi fokus kepada pemerkasaan semangat kesukarelawanan, pengukuhan hubungan universiti dan komuniti serta usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih bersih, ceria dan lestari.

Para sukarelawan bersama warga sekolah berganding bahu dalam tiga aktiviti utama:

🎨 Laman Kelestarian – Mengecat dan menghias tayar secara kreatif bagi menceriakan kawasan taman.

🌿 Laman Hijau & Herba – Menanam dan menjaga pelbagai spesies tumbuhan herba serta tanaman hijau.

🏫 Keceriaan Persekitaran Sekolah – Mengecat kolam sekolah, mengemas landskap dan menanam pokok bagi memperindah kawasan sekolah.

Lebih daripada sekadar gotong-royong, program ini menjadi wadah untuk memupuk semangat kerja berpasukan, kesukarelawanan dan keprihatinan terhadap alam sekitar, di samping memperkukuh jalinan antara UTM, pihak sekolah dan komuniti setempat.

UTM PRIHATIN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sukarelawan, Kelab UTM Marshall Johor Bahru, Persatuan Ibu Bapa SK Taman Universiti 4 serta seluruh warga sekolah atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.

✨ Bersama menyumbang. Bersama menceriakan. Bersama membina komuniti lestari!



IKUTI JUGA KAMI DI:
Official FB Page : UTM Marshall https://www.facebook.com/officialutmmarshall/
Official Tiktok : utm.marshall https://www.tiktok.com/.marshall?_r=1&_t=ZS-96SYqHhalSX
Official Instagram : UTM_Marshall https://www.instagram.com/utm_marshall?igsh=bHFheXI4d2dtbmh1
Official Youtube: UTM MARSHALL https://www.youtube.com/

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐘𝐁 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔📅 5 Julai 2026 (Ah...
05/07/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐘𝐁 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

📅 5 Julai 2026 (Ahad)
📍 White Hall Event Space, Kempas, Johor Bahru.

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Jaringan Strategik Pertubuhan Negeri Johor yang menghimpunkan pelbagai pertubuhan berdaftar sebagai platform untuk memperkukuh jaringan kerjasama, mempererat hubungan strategik serta berkongsi pandangan ke arah pembangunan masyarakat yang lebih inklusif dan harmoni.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, yang telah menyampaikan amanat serta berkongsi aspirasi dalam memperkasakan peranan pertubuhan sebagai rakan strategik kepada pembangunan negara.

Majlis ini turut dihadiri oleh Dato' Mohd Zulfikar bin Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Pada kesempatan tersebut, Pengerusi Kelab UTM Marshall berpeluang beramah mesra dan bertukar pandangan mengenai hala tuju serta gerak kerja kelab bagi memperkukuhkan peranannya pada masa hadapan.

Di akhir program, wakil Kelab UTM Marshall turut disambut mesra oleh En. Hanafi Abdullah Salam,CHM, Pengarah Besar Savanna Hill Resort. Pertemuan tersebut membuka ruang perbincangan awal ke arah jalinan kerjasama strategik dalam menjayakan pelbagai program yang bakal dianjurkan oleh Kelab UTM Marshall pada masa akan datang.

Semoga jalinan hubungan yang terhasil melalui program ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat serta memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.



Kredit foto: Kementerian Dalam Negeri (KDN), Media Utm Marshall

🐾 RAWR & WALK 2026 🐾UTM Johor bahru | 16 Mei 2026📸 Link gambar momen sepanjang program dibawah. Enjoy!Program RAWR & WAL...
18/05/2026

🐾 RAWR & WALK 2026 🐾
UTM Johor bahru | 16 Mei 2026

📸 Link gambar momen sepanjang program dibawah. Enjoy!

Program RAWR & WALK 2026 anjuran UTM Marshall & Kelab Sains, Inovasi, Teknologi Sukan UTM (KSITS) telah dilaksanakan dengan jayanya, menghimpunkan komuniti dalam satu platform yang menggabungkan gaya hidup sihat dan kesedaran terhadap pemeliharaan hidupan liar.

Sepanjang penganjuran, program ini berjaya mencipta pengalaman yang teratur, bertenaga dan penuh makna bermula daripada Sesi Perasmian, Aktiviti Senamrobik, Acara Fun Walk, Car Boot Sales, Aktiviti Mewarna sehingga ke penyampaian hadiah dan penutup acara dapat direalisasikan dengan cemerlang.

💙 Setinggi-tinggi penghargaan kepada penaja utama & rakan strategik kami:
Celestica Senai
Co-opbank Pertama Johor
CP Studios Production
Zoo Johor

💙 Barisan penaja:
Idea Works
Wawa Great Enterprise
Tadah Embun Resources
Deen Corner
Shalizz Rich Enterprise
Green Builders Enterprise

✨ Lebih istimewa, sumbangan berjaya disampaikan kepada Zoo Johor sebagai tanda sokongan kita terhadap hidupan liar.

Penghargaan juga kepada semua peserta, rakan kerjasama, krew UTM Marshall dan para pelajar KSITS UTM yang memainkan peranan penting yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran acara dalam menjayakan program ini.

Kami berharap kolaborasi seperti ini terus berkembang dalam membentuk komuniti yang lebih sihat, prihatin serta progresif. Semoga kita berjumpa lagi di edisi akan datang—lebih besar, lebih meriah, dan lebih bermakna! 🙌

📸 Tekan link dibawah untuk lihat momen terbaik sepanjang program!

https://drive.google.com/drive/folders/1PjZAnYo21E9EnTDJB5hZ8c8LBqrEtxH9
(link ini dibuka sehingga 30 Jun 2026 sahaja)

Jumpa lagi di edisi akan datang.


IKUTI JUGA KAMI DI:
Official FB Page : UTM Marshall https://www.facebook.com/officialutmmarshall/
Official Tiktok : utm.marshall https://www.tiktok.com/.marshall?_r=1&_t=ZS-96SYqHhalSX
Official Instagram : UTM_Marshall https://www.instagram.com/utm_marshall?igsh=bHFheXI4d2dtbmh1
Official Youtube: UTM MARSHALL https://www.youtube.com/

02/03/2026

🐯✨ RAWR & WALK 2026 – Fun Walk Paling Comel Tahun Ini! ✨🐯

Siap sedia raungkan semangatmu dan melangkah bersama kami!

Acara santai, sesuai untuk SEMUA peringkat umur – datang solo, dengan kawan atau seisi keluarga!

📍 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru
🗓 16 Mei 2026
⏰ Flag Off: 7:30 pagi
👟 Jarak: 2.5KM

🎉 Apa yang menanti anda?🥳

🏆 Best Dress Award
🎁 Lucky Draw
🎽 Event Jersey
🏅 Medal
📜 E-Certificate
🥤 Refreshment

💰 Yuran Pendaftaran
🔥 Early Bird: RM45
🎟 Normal: RM50

📲 Daftar sekarang – slot terhad!

Jom cipta kenangan manis, ambil gambar & berpakaian paling cute mengikut tema sambil raungkan “RAWR!” bersama kami! 🐾💛

Anjuran:
UTM Marshall Johor Bahru

Dengan Kerjasama:
Kelab Sains,Inovasi,Teknologi Sukan



🌱PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA UTM PRIHATIN 2026🌱📍Masjid Taman Sri PulaiAlhamdulillah! Selesai misi Gotong-royong Perdan...
15/02/2026

🌱PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA UTM PRIHATIN 2026🌱
📍Masjid Taman Sri Pulai

Alhamdulillah! Selesai misi Gotong-royong Perdana UTM Prihatin yang ke-2 bagi tahun 2026 iaitu dengan kerjasama Pusat Islam UTM dan Jawatankuasa Masjid Taman Sri Pulai dapat dijalankan dengan meriah oleh penggerak utama yang mewakili UTM iaitu para UTM Marshall juga Sukarelawan UTM Prihatin.

🗓️ Tarikh: 14 Februari 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari

Pelbagai aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan seperti kerja-kerja pembersihan kawasan masjid, menceriakan persekitaran serta persediaan menyambut bulan Ramadan. Program ini juga menjadi platform mengeratkan silaturahim antara warga UTM dan masyarakat setempat.

Dalam memupuk semangat kesukarelawanan, kebersamaan dan keprihatinan terhadap komuniti, turut serta kerjasama dari agensi berbeza termasuklah MBIP, Maybank Taman Universiti, Kelab Sukan & Sosial Jabatan Bendahari UTM dan Balai Polis Kangkar Pulai.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga semangat kesukarelawanan ini terus subur dalam kalangan warga UTM 🤝

[Album 2] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=882159521230294&id=100083087624461



IKUTI JUGA KAMI DI:
Official Youtube:
Official FB Page : UTM Marshall

[Album 2]🌱PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA UTM PRIHATIN SIRI 2 2026🌱📍Masjid Taman Sri Pulai🗓️ Tarikh: 14 Februari 2026⏰ Mas...
14/02/2026

[Album 2]
🌱PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA UTM PRIHATIN SIRI 2 2026🌱

📍Masjid Taman Sri Pulai
🗓️ Tarikh: 14 Februari 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari



IKUTI JUGA KAMI DI:
Official Youtube:
Official FB Page : UTM Marshall

🌿 PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA UTM PRIHATIN SIRI 1 2026🌿📍 Masjid Sultan Ismail, UTMSempena menyambut bulan Ramadan yang...
12/02/2026

🌿 PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA UTM PRIHATIN SIRI 1 2026🌿
📍 Masjid Sultan Ismail, UTM

Sempena menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Program Gotong-Royong Perdana UTM Prihatin telah dilaksanakan di Masjid Sultan Ismail UTM dengan penglibatan aktif UTM Marshall dan Sukarelawan UTM.

🗓 Tarikh: 12 Februari 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari

Program ini bertujuan memupuk semangat kebersamaan, kesukarelawanan dan keprihatinan dalam kalangan warga UTM, di samping memastikan masjid berada dalam keadaan bersih dan selesa menjelang Ramadan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga usaha murni ini diberkati dan menjadi amal jariah buat semua.



IKUTI JUGA KAMI DI:
Official Youtube:
Official FB Page : UTM Marshall

Address

Johor Bahru
79### TO 81###

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UTM Marshall posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category