24/04/2026
Assalamualaikum w.b.t
BERITA SEMASA PSSCM UITMPG :
ALUMNI PSSCM UiTM PASIR GUDANG
Alhamdulillah,
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Saudara Muhammad Danial Iman bin Azmi atas pelantikan beliau sebagai Tenaga Pengajar PSSCM di kelas latihan PSSCM UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam / Puncak Perdana.
Pihak persatuan amat berbangga dan menghargai pencapaian serta perkembangan beliau sebagai seorang alumni yang terus komited menyumbang tenaga dan kepakaran, di samping kekal aktif dalam memperkasa kelangsungan seni Silat Cekak Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi.
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam bidang akademik dan kokurikulum, serta menjadi inspirasi kepada warga mahasiswa lain untuk terus berbakti dan memartabatkan warisan bangsa.
Sekalung tahniah dan selamat maju jaya.
13/04/2026
Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff.
Sultanah Negeri Kedah Darul Aman
13 April 2026 | 24 Syawal 1447H
Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku dan dikurniakan kesihatan berpanjangan.
05/04/2026
☕ Sambutan Raya 1447H terasa tak lengkap tanpa yang satu ini!
Kopi Susu kami — tegukan pertama terus menenangkan hati, adrenalin menyegarkan badan dan membangkitkan semangat! 💪
Cita rasa klasik memang tak pernah salah.😌
Jumpa kami pada 11 April ini di KSDHM, Negeri Sembilan!
📅 11 April 2026 | 12.00 tgh — 5.30 ptg
📍 KSDHM, Negeri Sembilan
04/04/2026
🐯 Pesta Raya 1447H belum lengkap kalau belum rasa yang ini!
Kami bawakan 4 perisa padu, premium — mampu tahan godaan?
Sekali cuba… pasti jatuh cinta!
Kopi Susu☕ | Smilax Regelii | Sirap Herba 🌺 | Limau Soda 🍋
Setiap hirupan…
terus tercipta nikmat raya sebenar — segar, manis dan penuh rasa kebersamaan. 🥤❤️
Seakan beraya bersama satu keluarga besar dalam setiap tegukan!
Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama ia diambil orang!
Ini yang satu Malaya cari. 😏
Jumpa kami pada 11 April ini semasa Sambutan Hari Raya PSSCM 2026
di KSDHM, Negeri Sembilan!
Sekali cuba… pasti nak lagi.
📅11 April 2026 | 12.00 tgh — 5.30 ptg
📍KSDHM, Negeri Sembilan
01/04/2026
Syabas dan tahniah diucapkan!
Seramai 5 orang ahli PSSCM Kelas Latihan MRSM Pendang, Kedah telah berjaya memperolehi keputusan semua A dalam semua subjek Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Tahniah & Syabas diucapkan kepada:-
1. IMAN NUR HAKIM BIN MOHD FAZUDLI
(8A+ 1A)
2. MUHAMMAD AKHIL BIN AHMAD
(8A+ 1A)
3. NUR HAFNI IZWANI BT MOHD SHAHBARI
(3A+ 5A 1A-)
4. MUHAMMAD HARITH BIN MOHAMMAD HILMI
(3A+ 2A 4A-)
5. MUHAMMAD NAZRAN HAIKAL BIN MOHD NIZAM
(2A+ 3A 4A-)
Kejayaan ini juga membuktikan bahawa aktif berpersatuan bukanlah penghalang untuk pelajar terus mengejar cita-cita dalam bidang akademik.
Semoga terus sukses buat kalian semua!
22/03/2026
Dengan penuh takzim dan hormat, kami mengucapkan Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala terus memberkati pemerintahan baginda dan memperpanjangkan usia baginda dalam keadaan sihat, sejahtera, dan penuh kemakmuran. Semoga segala usaha baginda untuk memajukan negeri Johor dan memperkukuh perpaduan rakyat terus diberkati dan diberi kejayaan.
Daulat Tuanku!
Ikhlas daripada,
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Cawangan Johor Darul Takzim
ALLAH PELIHARAKAN SULTAN
20/03/2026
🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin 🌙
Syawal kini menjelma membawa kegembiraan dan keberkatan. Kami di Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Johor Darul Takzim ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat Malaysia.
Terima kasih atas segala sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang tahun ini. Semoga Hari Raya kali ini dapat mempereratkan ukhuwah dan semangat perpaduan dalam kalangan kita semua demi kesejahteraan negara tercinta.
🌸 Wangi sungguh bunga melati,
Hiasan sanggul di pagi raya;
Ikhlas berkhidmat sepenuh hati,
Amanah digalas demi negara.
🦌 Anak kancil di pinggir muara,
Singgah berteduh di pohon jati;
Salah dan silap jangan dikira,
Maaf dipinta setulus hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
18/03/2026
Assalamualaikum
Innalillahiwainna ilaihi rojiun....
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Dukacita dimaklumkan, En Shukri bin Janudin, Penyelidik & Pengkaji PSSCM, baru sahaja kembali ke rahmatullah sekitar jam 1.30 pagi tadi.
”Allahummaghfir lahu warhamhu wa ‘afihu wa’fu anhu”.
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
*Al Fatihah ....* بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Aamiin Ya Rabbal Alamin...
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat PSSCM.
Salam takziah buat seluruh keluarga.
07/03/2026
Hari ini kita meraikan peristiwa yang penuh barakah – Nuzul Al-Quran, saat kitab suci diturunkan sebagai petunjuk hidup bagi seluruh umat manusia. ✨
Pada malam 17 Ramadhan yang penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati semula keagungan Al-Quran dalam membimbing kita ke arah kehidupan yang lebih diredhai. 🌙📖
Semoga kita terus istiqamah dalam membaca, mendalami, dan mengamalkan tuntutannya dalam setiap langkah kehidupan.
Salam Nuzul Al-Quran ikhlas daripada:
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Johor Darul Takzim
23/02/2026
05 Ramadan 1447H.
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran Silat Cekak.
Semoga Silat Cekak terus subur berkembang di bumi Malaysia tercinta ini.
HIDUP CEKAK!
18/02/2026
𝐌𝐚𝐫𝐡𝐚𝐛𝐚𝐧 𝐘𝐚 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇
Segala puji bagi Allah SWT yang masih memberi kita kesempatan untuk bertemu kembali dengan bulan yang penuh rahmat, keampunan dan keberkatan ini.
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Cawangan Johor Darul Takzim (PSSCM CJDT)
mengucapkan Marhaban Ya Ramadhan 1447H kepada seluruh umat Islam.
Ramadhan hadir sebagai madrasah tarbiah — mendidik jiwa dengan kesabaran, memperkukuh disiplin, menundukkan hawa nafsu serta menyuburkan keikhlasan dalam setiap amal.
Semoga bulan yang mulia ini menjadi medan untuk kita memperbaiki diri, memperteguhkan iman dan memperhalusi akhlak, selari dengan nilai perjuangan kita dalam memartabatkan ilmu, adab dan jati diri.
Selamat menunaikan ibadah puasa.
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan diberkati.
Ramadhan Kareem 1447H