Persatuan Silat Gerak Diri Senai Johor

Persatuan Silat Gerak Diri Senai Johor

Share

📊Peringatan

⛔Dilarang post unsur -2 Politik
⛔Dilarang post pekara-2 lucah
Dan lain-lain yang tidak berkenaan

*silaturahim sangat penting*

18/02/2021

Ustaz Suhaili
N.Y.D.P
Persatuan Silat gerak diri senai johor

Photos from Persatuan Silat Gerak Diri Senai Johor's post 12/05/2020

💯Arabic Gum🔥🔥🔥🔥🔥

Allah SWT berfirman: “Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu “Mann” dan “Salwa”, (serta Kami berfirman): “Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu”. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka menganiaya diri sendiri” (al-Baqarah:57).
“Dan Kami naungi mereka dengan awan, dan Kami turunkan kepada mereka “Mann” dan “Salwa”. (Lalu Kami berfirman): “Makanlah dari baik-baik yang kami telah kurniakan kepada kamu”. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi mereka menganiaya diri mereka sendiri” (al-A’raf:160).

“Wahai Bani lsrail! Sesungguhnya Kami telah selamatkan kamu dari musuh kamu, dan Kami telah janjikan kamu (dengan memberi wahyu kepada Nabi Musa) di sebelah kanan Gunung Tursina itu, dan kami turunkan kepada kamu “Mann” dan “Salwa” (Taha:80).
“Mann” dan “salwa” disebut sebanyak tiga kali di dalam al-Quran dan setiap kali itu, dua makanan ini disebut bersama. Kedua makanan ini dikatakan adalah antara yang terbaik untuk dimakan oleh manusia. Apakah itu mann atau manna? Manna adalah dari perkataan mann yang bermaksud “pemberian” dari Allah SWT dan manna adalah sebaik-baik pemberian-Nya.
Salah satu bahan yang dikatakan manna ialah dari satu pokok jenis Acacia senegal dan ini sebenarnya adalah gum arabic yang luas penggunaannya dalam industri perubatan, makanan mahupun industri kosmetik dan alat lukisan.
Manna mempunyai pelbagai unsur perubatan menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di antaranya mencegah kanser kolon dan masalah perut seperti sembelit dan angin. Ia juga membantu mencegah penyakit kronik seperti kencing manis dan masalah jantung. Manna juga membantu dalam mengawal berat badan kerana ia berkeupayaan untuk membuat perut terasa kenyang kerana kandungan seratnya yang tinggi. –

02/05/2020

Jenis Jenis Senjata Melayu

Photos from Persatuan Silat Gerak Diri Senai Johor's post 18/04/2020

sijil

07/04/2020

MENDOAKAN kebaikan dan mendoakan keburukan kedua-duanya adalah sunnah berdoa, ada petunjuknya dalam hidup Rasulullah S.A.W dan para Sahabat.

Berdoa agar musuh mendapat hidayah adalah dituntut seperti mana doa Nabi S.A.W agar orang-orang Thaqif mendapat hidayah tatkala mereka menyakiti Nabi S.A.W.

Berdoa agar musuh yang jahat dan golongan yang zalim mendapat pembalasan tuhan juga dibolehkan malah dituntut apabila kezaliman itu melibatkan kepentingan Islam dan umatnya.

Doa keburukan terhadap musuh yang jahat dan golongan yang zalim akan menggerunkan musuh dan menakutkan golongan yang zalim.

Asasnya adalah kerana doa adalah senjata mukmin. Nabi S.A.W bersabda:

الدُّعَاءُ سِلاحُ الْمُؤْمِنِ، وَعِمَادُ الدِّينِ، وَنُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ

“Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit-langit dan bumi”

(Hadis Riwayat Hakim)

Dalam Hadis Sahih Bukhari dan Muslim, Nabi S.A.W berdoa ke atas Quraisy yang mengganggu dan menyakiti baginda ketika solat di Masjid Haram dengan “Ya Allah binasakanlah Quraisy” sebanyak tiga kali. Orang-orang Quraisy yang sedang ketawa gembira melihat Nabi S.A.W diperlakukan demikian segera terdiam kerana takut dengan doa Nabi S.A.W.

Kemudian Nabi S.A.W menyambung lagi doa baginda khusus ke atas tujuh orang pemuka Quraisy yang mengganggu baginda agar dibinasakan oleh Allah. Kata Sahabat Nabi S.A.W, Ibnu Mas’ud R.A, aku melihat mereka antara yang mati terbunuh di medan Badar.

Nabi S.A.W juga mendoakan kehancuran tentera bersekutu pakatan Ahzab dalam peperangan Ahzab dan mendoakan kehancuran kerajaan Kisra Parsi.

Dalam Hadis Muslim, seorang sahabat Nabi S.A.W yang terkenal bernama Sa’id bin Zaid R.A yang juga merupakan salah seorang daripada sepuluh Sahabat yang dijamin syurga, mendoakan keburukan terhadap Arwa binti Uwais yang membuat tuduhan palsu terhadap beliau kononnya merampas sebahagian tanahnya. Beliau lalu berdoa, “Ya Allah sekiranya dia berbohong maka butakanlah matanya dan bunuh dirinya di tanahnya sendiri”. Doa beliau dimakbulkan Allah lalu Arwa menjadi buta kemudiannya dan terbunuh di tanahnya sendiri akibat terjatuh ke dalam lubang.

Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani dan al-Aini dalam Syarah Sahih Bukhari, Nabi S.A.W mendoakan kebaikan untuk musuh yang kufur apabila merasa aman daripada pengkhianatan mereka dan mengharapkan hidayah untuk mereka. Nabi p**a mendoakan kehancuran musuh apabila mereka semakin kuat, gangguan dan ancaman mereka juga semakin kuat dan umat Islam tidak selamat daripada kejahatan mereka.

Bagi golongan yang dizalimi, senjata mereka berhadapan dengan orang zalim ialah doa. Nabi S.A.W bersabda:

اتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ

“Takutlah kamu terhadap doa orang yang dizalimi kerana sesungguhnya tiada antara doa itu dengan Allah sebarang dinding”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam satu riwayat Ahmad menyebut, “meskipun doa daripada seorang yang kufur (yang dizalimi)”. Antara dalil boleh berdoa keburukan terhadap orang yang zalim ialah firman Allah:

لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا

“Allah tidak s**a berterangan menyebut kejahatan melainkan daripada orang yang dizalimi.”

(al-Nisa: 148)

Menurut Ibnu Kathir, berkata Ibnu Abbas, maksud ayat ialah Allah tidak s**a seseorang mendoakan keburukan atas seseorang melainkan dia dizalimi kerana Allah memberi kelonggaran untuk mendoakan keburukan ke atas orang yang menzaliminya.

Berkata al-Sa’di, harus bagi orang yang dizalimi mendoakan keburukan terhadap orang yang menzaliminya dan mengadu perihalnya dan menyebut secara terang-terangan kejahatannya tanpa menambah pembohongan atau berlebih-lebihan mengatasi kadar kezaliman ke atas dirinya.

Hanya golongan yang zalim takut kepada doa orang yang soleh dan doa orang yang dizalimi. Bagi mereka yang baik, tidak melakukan kezaliman kepada manusia, mereka tidak bimbang terhadap doa keburukan oleh orang lain kerana yang menerima dan memakbulkan doa hanyalah Allah.

Photos from Persatuan Silat Gerak Diri Senai Johor's post 03/04/2020

Pengerusi Persatuan Silat Gerak Diri bersama Mantan Ketua Menteri Melaka Datuk Sri Mohd Ali Rostam Di Mesyurat Agong PESAKA Negeri Johor kali Ke-14 Di kukup Golf Resort

Photos from Persatuan Silat Gerak Diri Senai Johor's post 03/04/2020
Untitled album 02/04/2020
Photos from Persatuan Silat Gerak Diri Senai Johor's post 02/04/2020

SIJIL PERSATUAN

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


274 Jalan Bunga Dedap Taman Aman Senai
Johor Bahru
81400