Mutiara Soccer Club

Mutiara Soccer Club

Share

Dynamic football development club dedicated to the future of young football talent.

13/05/2026

Akademi Bola: Fokus Development atau Pop**ariti?

Dalam dunia bola sepak akar umbi sekarang, ramai ibu bapa sebenarnya sedang mencari tempat terbaik untuk anak-anak belajar dan berkembang bukan sekadar menang perlawanan. Tapi realitinya, susah nak jumpa akademi yang benar-benar lengkap dari segi taktikal, praktikal, fitness, disiplin dan pendedahan game seperti friendly serta tournament secara konsisten. Kebanyakan ada kelebihan masing-masing tapi belum cukup menyeluruh.

Apa yang lebih membimbangkan, trend sekarang banyak akademi/kelab berlumba-lumba β€œcollect player” yang dah sedia bagus demi cepat naikkan nama kelab. Memang mudah nampak hasil bila ambil pemain luar yang berkualiti tapi dalam masa sama, budak-budak yang dibentuk dari bawah p**a mula tersisih. Sedangkan akademi sepatutnya jadi tempat membangun pemain bukan sekadar memilih pemain siap jadi.

Bola sepak akar umbi bukan hanya tentang trofi atau nama akademi. Ia tentang proses, peluang dan perkembangan anak-anak. Budak yang kurang menyerlah hari ini, belum tentu gagal esok. Yang penting diberi ruang, keyakinan dan latihan yang betul. Kalau semua nak kejar kemenangan semata-mata, siapa yang nak betul-betul membentuk pemain untuk masa depan?

SEKADAR PANDANGAN PENCINTA BOLA SEPAK

Apakah p**a pandangan anda?

Photos from Mutiara Soccer Club's post 11/05/2026

MUTIARA SELATAN, 11 Mei 2026 - Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ajmal Furniture atas tajaan jersi khas buat sukarelawan khas medik, jurugambar dan kitman MSC U10. Sokongan yang diberikan amat bermakna dan menjadi satu suntikan semangat buat seluruh pasukan.

πŸ€• Sukarelawan Khas Kitman : En Razi
πŸš‘ Sukarelawan Khas Medik : En Aminuddin
πŸ“Έ Sukarelawan Khas Jurugambar : Pn Farhana

Tidak dilupakan juga buat ibu bapa yang sentiasa hadir sebagai volunteer di padang, membantu menguruskan pemain, memberi sokongan moral serta melancarkan perjalanan pasukan setiap minggu. Pengorbanan masa, tenaga dan kerjasama yang diberikan amat kami hargai. Tanpa sokongan ibu bapa semua, perjalanan pasukan ini tidak akan sekuat hari ini.

Terima kasih kerana sentiasa bersama MSC U10 dalam susah dan senang. Semoga semangat kekeluargaan dan kerjasama ini terus kekal demi melihat anak-anak melakar kejayaan bersama.

END.

11/05/2026

Terima kasih Arena Mutiara Johor Land

Photos from Mutiara Soccer Club's post 11/05/2026

Malaysia Youth League (MYL) 2026 (Season A)
MSC Takzim (U12)

πŸ—“ Ahad, 10 Mei 2026
⏰ 1000am
πŸ“ Arena Mutiara Johor Land
🎽 Vigor Properties Malay Wing
πŸ—£οΈ Pengarah MSC Tn Abdul Aziz, Timb. Pengarah Tn Dhuhal Islam, Timb. Pengarah 2 Tn Azwyck, Coach Zul & Coach Kadir

KEPUTUSAN :

MSC TAKZIM [2] vs [1] IEDT PURPLE

β€”β€”β€” πŸ†

⚽ Penjaring Gol:

* Oliver Quinn Carrol (2 gol)

Tahniah diucapkan kepada semua pemain MSC Takzim U12 atas kemenangan 2-1 yang penuh bergaya menentang IEDT Purple. Perlawanan hari ini menyaksikan semangat juang yang tinggi, disiplin yang baik serta kesungguhan semua pemain di setiap posisi sehingga berjaya mengawal permainan dengan baik dari awal hingga tamat.

Sekalung tahniah khas kepada top scorer kita, Olly, yang berjaya meledak 2 gol penting dan menjadi pemisah kemenangan pasukan hari ini. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada barisan jurulatih serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu. Semoga kemenangan ini menjadi motivasi untuk terus kekal konsisten dan lebih cemerlang dalam perlawanan akan datang. MSC Takzim U12 terus melangkah!

β€”β€”β€” πŸ†

Secara keseluruhan, permainan hari ini sangat baik dengan setiap pemain berada di posisi masing-masing dan menunjukkan komitmen tinggi. Kekalkan momentum ini untuk perlawanan seterusnya.

Tahniah kepada semua pemain atas usaha dan komitmen hari ini, termasuk top scorer kita Olly. Susunan taktikal Coach Kadir juga sangat kemas, serta terima kasih kepada Coach Zul yang sentiasa follow up pemain dalam latihan dan perlawanan. Mohon maaf jika ada salah dan silap, dan tahniah sekali lagi kepada semua pemain serta pasukan kita.

Timb. Pengarah I
Tuan Mohd Dhuhal Islam

β€”β€”β€” πŸ†

Tahniah diucapkan kepada semua pemain atas aksi cemerlang dalam perlawanan hari ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Olly yang berjaya menjaringkan 2 gol penting sehingga menghadiahkan kemenangan kepada pasukan. Semangat, usaha dan komitmen yang tidak putus daripada semua pemain jelas terserlah, walaupun melalui detik-detik tekanan dan teguran, namun ia membuahkan hasil yang sangat positif.

Walaupun begitu, masih ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan untuk perlawanan akan datang. Ini adalah proses pembelajaran yang berterusan untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada para ibu bapa yang tidak jemu memberikan sokongan padu demi kemenjadian anak-anak.

Semoga segala usaha dan penat lelah kita hari ini menjadi titik permulaan kepada kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Teruskan semangat, teruskan usaha.

Coach Kadir
Jurulatih MSC & MSC TAKZIM U12

⚽️ KEEP THE DREAM ALIVE ⚽️








Photos from Mutiara Soccer Club's post 11/05/2026

Malaysia Youth League (MYL) 2026 (Season A)
MSC Darul (U12)

πŸ—“ Ahad, 10 Mei 2026
⏰ 1000am
πŸ“ Arena Mutiara Johor Land
🎽 Tok Imam Printing Wawawax
πŸ—£οΈ Pengarah MSC Tn Abdul Aziz, Timb. Pengarah 1 Tn Dhuhal Islam, Timb. Pengarah 2 Tuan Azwyck, Coach Zul & Coach Kerek

KEPUTUSAN :

MSC Darul [0] vs [1] Stylo Mylo Orange

β€”β€”β€” πŸ†

Selepas perlawanan, walaupun MSC U12 Darul terpaksa akur dengan keputusan 0-1, namun apa yang lebih penting adalah semangat dan usaha yang ditunjukkan oleh semua pemain di atas padang.

Para pemain telah menunjukkan disiplin, keberanian dan kerja berpasukan yang sangat baik. Setiap posisi memainkan peranan masing-masing dengan penuh komitmen. Sedikit kekurangan hari ini akan dijadikan pengajaran untuk diperbaiki dalam latihan akan datang. Inilah proses membina pasukan yang kuat bukan hanya menang, tetapi belajar dari setiap perlawanan.

Tahniah juga buat para coaches yang terus membimbing dengan penuh dedikasi dan keyakinan. Coach telah membentuk satu pasukan yang berstruktur, berani dan semakin berkembang dari satu perlawanan ke perlawanan yang lain. Percayalah, dengan bimbingan yang konsisten dan semangat pemain yang tidak pernah putus asa, MSC U12 Darul sedang berada di landasan yang tepat untuk menjadi pasukan yang lebih hebat pada masa akan datang.

⚽️ KEEP THE DREAM ALIVE ⚽️








Photos from Mutiara Soccer Club's post 11/05/2026

Malaysia Youth League (MYL) 2026 (Season A)
MSC (U10)

πŸ—“ Ahad, 10 Mei 2026
⏰ 0800am
πŸ“ Arena Mutiara Johor Land
🎽 Ajmal Furniture
πŸ—£οΈ Pengarah MSC Tn Abdul Aziz, Timb. Pengarah 1 Tn Dhuhal Islam, Timb. Pengarah 2 Tn Azwyck & Coach Helme

KEPUTUSAN :

MSC [0] vs [7] IEDT ORANGE

β€”β€”β€” πŸ†

Kekalahan hari ini bukan penamat segala-galanya. Dalam dunia sukan, jatuh bangun itu perkara biasa. Yang paling penting adalah semangat untuk bangkit semula, belajar daripada kesilapan dan terus berusaha menjadi lebih baik dari semalam. Anak-anak MSC U10 sudah memberikan yang terbaik di atas padang dan itu satu perkara yang sangat membanggakan.

Perjalanan masih jauh. Setiap latihan, setiap peluh dan setiap perlawanan adalah proses untuk membentuk pemain yang lebih kuat, lebih berani dan lebih matang. Jangan takut untuk gagal kerana daripada kegagalan itulah lahirnya pengalaman dan kejayaan yang sebenar. Terus percaya pada diri sendiri dan rakan sepasukan.

Kepada ibu bapa dan para penyokong, terima kasih kerana sentiasa berada di belakang anak-anak ini. Sorakan, doa dan semangat yang diberikan sangat bermakna buat mereka. Menang atau kalah, mereka tetap anak-anak hebat yang sedang belajar mengejar impian.

Ayuh, MSC U10! Bangkit semula dengan semangat yang lebih luar biasa. Kita mungkin tewas hari ini, tetapi perjuangan belum selesai. Terus melangkah, terus berusaha dan buktikan bahawa MSC mampu cipta kejayaan yang lebih besar selepas ini.

⚽️ KEEP THE DREAM ALIVE ⚽️








Photos from Mutiara Soccer Club's post 09/05/2026

⚽️ Sesi Latihan Pembangunan Mutiara Soccer Club
πŸ—“οΈ Sabtu, 9 Mei 2026
πŸ“ Arena Mutiara Johor Land
⏰ Padang 11, Sabtu (1700pm-1900pm)

β€”β€” 🚩

⚽️ KEEP THE DREAM ALIVE ⚽️






08/05/2026

Fitness bukan sekadar tentang kuat di atas padang, tapi tentang disiplin, ketahanan mental dan gaya hidup sihat seorang atlet. Bila badan fit, stamina pun lebih tahan lama dan risiko kecederaan juga dapat dikurangkan.

Ingat, pemain hebat bukan hanya ada bakat tapi juga perlu ada:
⬜️ Fitness yang baik
🟨 Jaga pemakanan
🟧 Cukup rehat
πŸŸ₯ Rajin latihan
πŸŸͺ Sentiasa kekal positif

Fitness & kesihatan sangat penting untuk para pelatih MSC. Kurangkan bermain gajet terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan badan cepat letih, mata penat, tidur terganggu dan kurang fokus ketika latihan.

Antara manfaat kurangkan gajet:
🟦 Tidur lebih berkualiti
🟩 Badan lebih aktif & sihat
🟫 Fokus latihan lebih baik
⬛️ Minda lebih segar & positif
⬜️ Lebih banyak masa bersama keluarga & kawan

Gunakan masa dengan aktiviti yang lebih bermanfaat:
⚽ Main bola
πŸƒβ€β™‚οΈ Beriadah
πŸš΄β€β™‚οΈ Berbasikal
πŸ“š Ulang kaji pelajaran
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§ Luangkan masa bersama keluarga

⚽️ TRUST THE PROCESS ⚽️

Photos from Mutiara Soccer Club's post 08/05/2026

⚽️ Sesi Latihan Pembangunan Mutiara Soccer Club
πŸ—“οΈ Jumaat, 8 Mei 2026
πŸ“ Arena Mutiara Johor Land
⏰ Padang 9, Jumaat (2000pm-2200pm)
⏰ Padang 11, Sabtu (1700pm-1900pm)

β€”β€” 🚩

⚽️ KEEP THE DREAM ALIVE ⚽️






07/05/2026

JUARA SELATAN, 7 Mei 2026 - Tahniah diucapkan buat adik Kayden Maliq Bin Azwyck atas penerimaan Anugerah Khas Kokurikulum 2025. Satu pencapaian yang cukup membanggakan buat keluarga, sekolah dan juga seluruh warga MSC. Kayden merupakan antara pelatih terawal yang bersama MSC sejak awal penubuhan lagi. Sejak kecil, beliau dikenali sebagai seorang anak yang aktif dalam pelbagai aktiviti sukan serta memiliki semangat disiplin yang tinggi dalam setiap latihan dan pertandingan yang disertainya.

Kayden juga pernah menimba ilmu di SJK (C) Foon Yew 1 sebelum meneruskan persekolahan di SK Temenggong Abdul Rahman 1. Selain aktif dalam bidang sukan, beliau turut diberi kepercayaan memegang jawatan sebagai PRS di sekolah, membuktikan dirinya bukan sahaja cemerlang di padang, malah mempunyai nilai kepimpinan dan sahsiah yang baik. Di MSC U12 p**a, Kayden memainkan peranan penting sebagai pemain pertahanan yang sentiasa komited, tenang dan berani ketika membantu pasukan.

Sebagai anak sulung daripada dua adik-beradik, Kayden menjadi kebanggaan serta harapan besar buat daddy dan mommy yang sentiasa memberi sokongan penuh terhadap perjalanan dirinya dalam akademik dan sukan. Pengorbanan ibu bapanya yang sentiasa hadir memberi semangat serta dorongan akhirnya membuahkan hasil yang cukup manis pada hari ini.

Kejayaan Kayden Maliq ini juga diharap mampu menjadi inspirasi buat semua anak-anak MSC yang lain untuk terus berusaha, berdisiplin dan tidak mudah mengalah dalam mengejar impian masing-masing. Bakat sahaja tidak mencukupi tanpa usaha dan komitmen dan Kayden telah membuktikan bahawa dengan semangat yang kuat, setiap anak muda mampu melakar kejayaan yang membanggakan.

END.

05/05/2026

β€”β€” πŸŸ‘πŸ”΄πŸ”΅πŸŸ’

Ramai yang tanya macam mana flow pemain dari kelab ke sekolah (MSSZ/MSSD/MSSJ). Sebenarnya, peranan kelab & akademi ni sangat besar dalam bantu perkembangan anak-anak kita.

Di peringkat kelab Mutiara Soccer Club (MSC), anak-anak dilatih dari awal seperti stamina, teknik, disiplin, teamwork termasuk cara bermain yang lebih tersusun. Bila masuk ke peringkat sekolah, cikgu hanya perlu kumpulkan pemain-pemain yang dah ada asas ni untuk dibentuk sebagai satu pasukan yang lebih kuat.

Kelebihannya:
βœ… Anak lebih bersedia & yakin bila trial / pemilihan sekolah
βœ… Mudah serasi dengan pemain lain
βœ… Kualiti permainan lebih konsisten
βœ… Kurangkan tekanan kepada guru untuk latih dari basic

Dalam masa sama, pencapaian anak-anak di sekolah (MSSD) juga secara tak langsung jadi penghargaan kepada usaha kelab yang membangunkan mereka.

Akhirnya, semua ni adalah satu ekosistem (kelab + sekolah + ibu bapa) yang sama-sama bantu anak-anak pergi lebih jauh dalam bola sepak.

Terima kasih atas kepercayaan & sokongan ibu bapa kepada MSC. Ayuh! Kita sama-sama membangunkan potensi anak-anak.

END.

β€”β€” πŸŸ‘πŸ”΄πŸ”΅πŸŸ’

UNIT STRATEGIK PEMBANGUNAN MEDIA MSC

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Johor Bahru