Silat Cekak Pusaka Hanafi Johor

Silat Cekak Pusaka Hanafi Johor

Share

Hubungi kami: No. 7-02 & 7-03, Jalan Sri Perkasa 2/18, Taman Tampoi Utama, 81200 Johor Bahru, Johor http://www.pusakahanafi.my

Laman Sosial Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Johor

24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL, 1448H
dari,

Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia,
Cawangan Johor

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

23/08/2026

Silat Tari, kacang goreng
Medley 3 lagu

Kompang Pusaka Hanafi Johor

23/08/2026

Kompang arak,

Kompang Pusaka Hanafi Johor

Photos from Silat Cekak Pusaka Hanafi Johor's post 23/08/2026

Kompang Pusaka Hanafi Johor Terus bergema menyantuni pasangan mempelai,

Tahniah !!!!
& Selamat Pengantin Baru di ucapkan
Kepada pasangan

Arif Bin Samri &
Nor Natasha Nabihah Binti Mohd Shariff

Juga pasangan

Mohamad Amir Bin Abdul Rashid &
Nur Asyiqin Binti Mohamad Salleh

yang berlangsung pada:

🔸Tarikh:
Sabtu 22/8/2026

🔸Lokasi:
Galaxy Glasshouse by Diva, Jalan Kempas Utama 3/11, Taman Kempas Utama, 81200 Johor Bahru, Johor

Kepada yang ingin menyantuni perkhidmatan kompang Pusaka Hanafi Johor, sila hubungi no yang tertera dibawah,

Www.wassap.my/+60197500021/kompang



Photos from Silat Cekak Pusaka Hanafi Johor's post 17/08/2026

Tinta, Sri Kandi Johor..

🌸 **UCAPAN TERIMA KASIH FAMILY DAY** 🌸

Setinggi-tinggi *terima kasih dan penghargaan* kepada seluruh *JK *Family* *Day* serta *semua* *peserta* & *Penaja* yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan padu sepanjang program ini berlangsung. 💚🧡

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
** Kolonel Kehormat (PA) YM Syeikh Dr Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi, Pewaris Mutlak Silat Cekak, bersama isteri Pn. Hjh Mazitah Binti Hj Salleh
YDP SCPUH cawangan Johor En. Muhammad Shukor Bin Abu Hassan bersama isteri,
mantan YDP SCPUH cawangan Melaka Tn Hj Anuar Othman serta isteri,
Tn Khairulariffin serta keluarga atas kesudian hadir,
mencurahkan kasih sayang, sokongan dan menjadi sumber inspirasi kepada kita semua. Kehadiran YM Tn. Guru dan isteri benar-benar memberikan makna yang istimewa kepada program ini. ❤️

Alhamdulillah, Family Day kali ini bukan sekadar mengeratkan silaturahim, tetapi menjadi
**inspirasi dan pencetus semangat untuk program-program Srikandi yang akan datang, insya-Allah.**

Semoga segala usaha, pengorbanan dan ukhuwah yang terjalin menjadi kenangan indah dan mendapat keberkatan daripada Allah Subhanawata'ala.

**Terima kasih semua ❤️**
**Jumpa lagi dalam program Srikandi yang akan datang, ** 🌷


13/08/2026
13/08/2026

Jemputan untuk semua ahli Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Cawangan Johor...

11/08/2026

Almarhum
'Ustaz Hj Hanafi Bin Hj Ahmad'
Beliau bukan sekadar mengajarkan seni mempertahankan diri.
Beliau meninggalkan suatu amanah.
Amanah untuk mengenal erti keberanian tanpa kesombongan.
Amanah untuk mempertahankan diri tanpa mencari musuh.
Amanah untuk memiliki ilmu tanpa mendabik dada.
Dan yang paling utama—
amanah untuk membentuk insan yang beradab, berdisiplin dan dekat kepada Allah Subhanawata'ala
Hari ini, apabila kita berdiri di kelas-kelas latihan,
jangan hanya lihat seorang guru di hadapan kita.
Lihatlah perjuangan yang telah dibinanya.
Apabila tangan kita bergerak,
ingatlah bahawa di sebalik setiap gerakan itu
ada sejarah, ada pengorbanan, ada air mata
dan ada seorang insan yang pernah mencurahkan seluruh jiwa
demi memastikan warisan ini terus hidup.
Apabila kita berada di kelas latihan
ingatlah…
kita bukan sekadar membantu pelatih mempelajari seni silat.
Kita sedang menyambung sebuah legasi.
Jangan biarkan perjuangan itu terhenti pada generasi kita.
Biarlah ilmu itu mengalir
daripada guru kepada murid,
daripada murid kepada generasi seterusnya,
sehingga nama Silat Cekak terus bergema
bukan hanya di kelas-kelas latihan
tetapi di dalam hati masyarakat.
Almarhum telah pergi ke daerah abadi
tetapi meninggalkan sebuah amanah di tangan kita.
Maka, jika benar kita menyanyangi Almarhum,
jangan hanya kita kenang namanya.
Hidupkan perjuangannya.
Jika benar kita merinduinya,
jangan hanya kita titipkan doa.
Sambunglah usahanya.
Jika benar kita menghargai pengorbanannya,
jangan hanya kita ceritakan sejarahnya.
Pastikan warisannya terus berkembang.
Almarhum Ustaz Hj Hanafi Bin Hj Ahmad telah menanam benih perjuangan dan kesinambungannya kini dibawah pimpinan anakanda beliau sebagai Pewaris Mutlak Silat Cekak,
Kolonel Kehormat (PA) YM Syeikh Dr Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi menyambung legasi beliau..
Marilah kita bersama sama membantu dengan
semangat 1Suara 1Hati
Menyiramnya.
Menyuburkannya.
Menjaganya.
Dan memastikan pohon itu terus rendang
untuk generasi yang mendatang.
Empat puluh tahun bukanlah pengakhiran.
Empat puluh tahun adalah peringatan bahawa sebuah perjuangan yang ikhlas mampu hidup jauh lebih lama daripada usia seorang manusia.
Semoga Allah Subhanawata'ala mencucuri rahmat ke atas roh
Almarhum Ustaz Hj Hanafi bin Hj Ahmad,
mengampuni segala kekhilafannya,
menerima segala amal baktinya,
menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh
dan mengurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya.
Al-Fatihah...

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No. 7-01& 7-02, Jalan Sri Perkasa 2/18, Taman Tampoi Utama
Johor Bahru
81200