Yes
Bengkel Basikal Harian
We are passionate about bikes and take pride in their top-quality repair services.
We offer a wide range of bicycle parts and accessories, ensuring that you'll find everything you need to keep your bike in top condition!
11/03/2026
05/03/2026
Dahon Classic Mark 1 - Basikal Bengkel paling berjasa.
Basikal ini wujud sejak awal-awal min belajar restorasi sendiri waktu PKP. Memang dah lama Min idamkan sebuah basikal kompak dengan palang sana sini tak tentu arah. Kalau yang paling min mengidam adalah Alex Moulton lah. Cuma harganya tak masuk akal nak dimiliki. Kecuali jika ada hartawan yang murah hati nak beri 😆
Pilihan kedua nya, Dahon Classic. Kali pertama Min jatuh hati dengan basikal ini adalah pada salah sebuah poster iklan lama Dahon Classic denga tagline bahasa ingeris lebih kurang berbunyi “Basikal compact yang muat bawah kerusi bas” . Memang muat.
Dan tambah lagi syok, bunyi “freewheel rachet” pada gearhub Sturmey Archer ni. Bunyinya begitu ikonik. Seperti ini lah sepatutnya “bunyi basikal”. Yang min pakai sekarang adalah versi baru yang diambil dari wheelset terpakai Brompton.
3speed, cukup untuk kayuhan harian.
Basikal ini nampak kecil, tapi bila dikayuh ia mirip dengan basikal dewasa. Cuma waktu awal-awal memiliki, sana sini bergoyang. Ibarat naik sampan rasanya.
Basikal ini telah lama dengan Min, dan banyak menyimpan kenangan peribadi. Ia juga digunakan selalu dalam kehidupan min secara pribadi. Anak-anak membesar, naik basikal ini.
Satu hari tu, brekdown. Tersalah step untuk buka headset. Habis thread nutnya. Mujur BBH ada , penyelesai masalah teknikal BBH yang menjalankan kerja-kerja professional. Setahun simpan, min hantar pada moon. Tak sampai 2 jam siap. Memang betul-betul mc gyver!
Sekarang ia dah “hidup” semula. Kembali berjasa, dan sekaligus ada kenangab terkemalangan semalam bersamanya. Alhamdulillah kami berdua tak apa-apa. 😅
05/03/2026
Salam Ramadan, beberapa Item kepala kain untuk diniagakan. Kontak DM kami untuk pembelian terus.
* Servis & Maintanence berjalan seperti biasa sehingga 28 Ramadan
04/03/2026
Every bike don’t deserve to “dead”. This is 24” aint Dead!
04/03/2026
Tahun ke-3 membawa bahagia. Semoga kukuh, teguh!
04/03/2026
Salam Ramadan daripada Johor Jaya Darul Basikal.
LEADWR
05/02/2026
INI JAHAT BANG.
19/01/2026
Basikal adalah satu simbol. Ia juga menjadi sebab untuk kita melakukan perkara lain yang lebih menguntungkan sekeliling. Ia melahirkan rasa cinta dan rasa dekat dengan alam ciptaan-Nya, seterusnya menambah keintiman jiwa seorang hamba dengan Penciptanya.
Ini soal diri kita , kamu dan semua. Begitu berat untuk kita keluar daripada pukauan dunia dan teknologi; yang kelihatan hebat, tetapi perlahan-lahan membuang masa manusia. Akal dan budi dipesongkan supaya kita terus lalai, mengejar sesuatu yang kita sendiri tak pasti apa. Mencari duit sampai tua, dan akhirnya membazirkan sisa hidup sunyi dan sepi dalam persekitaran yang berkecamuk & ngeri. Namun, kebanyakannya merasakan semua itu baik-baik sahaja.
Yang dulu cantik, kini jadi gondol. Seperti yang pernah diungkapkan Wiji Thukul,
“Seumpama Bunga, kami adalah yang kau hendaki tumbuh.
Seumpama bunga, kami lah yang rontok di bumi kami sendiri”
Hiduplah dengan nyaman, wahai jiwa-jiwa yang tenang. Berbasikallah dengan aman, dan jagalah apa yang masih tinggal. Kerana di hadapan, harapan semakin kabur.
Hanya kepada-Nya kita berserah.
18/11/2025
Build one for future!
26inch is perfect size to all asian human.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Lot Kedai No. 4, Jalan Bakawali 83
Johor Bahru
81100