Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor

Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor

Share

Fokus aktiviti pembangunan catur OKU negeri Johor dan Kebangsaan dan apa-apa aktiviti catur yang dirasakan sesuai. Chess is chess!

Boleh juga join telegram kami untuk apa2 hebahan catur. https://t.me/joinchat/3evQS1uThUc3NTc1

Photos from JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR's post 11/06/2026

Terima kasih atas kesudian menerima kunjungan kami. Persatuan kekal komited untuk terus melaksanakan pelbagai agenda pembangunan belia serta sukan catur OKU, selaras dengan usaha memperkasakan bakat, meningkatkan penyertaan, dan melahirkan atlet yang berdaya saing di peringkat negeri, kebangsaan serta antarabangsa.

30/05/2026

🚨 LAST CALL EARLY BIRD! 🚨

♟️ KEJOHANAN CATUR TERBUKA INKLUSIF OKU & KOMUNITI 2025

⏰ Pendaftaran Early Bird akan tamat pada 31 Mei!
📅 Bermula 1 Jun, yuran pendaftaran akan kembali kepada kadar normal.

✅ Satu kategori sahaja
✅ Terbuka kepada semua peserta – OKU & bukan OKU
✅ Tiada had umur
✅ Tidak kira anda otai, amatur atau pemain cilik, semua dialu-alukan!

🔥 Jom support komuniti OKU!
Mereka juga ingin bersaing dan menguji kemampuan di atas papan catur, bukan sekadar menerima sokongan dari tepi gelanggang.

📍 Rebut peluang menikmati kadar Early Bird sebelum terlambat!

📝 Pendaftaran & maklumat lanjut:
https://forms.gle/ag5Tgg1nLPSpqMDz7

♟️ Tempat adalah terhad.
Ayuh sertai kejohanan yang menghimpunkan komuniti tanpa mengira latar belakang, usia dan keupayaan demi semangat kesukanan, persahabatan dan inklusiviti.

Photos from Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor's post 24/05/2026

3rd rising star KRP

08/05/2026

KEJOHANAN CATUR TERBUKA INKLUSIF OKU & KOMUNITI 2026

Satu kategori sahaja. Terbuka untuk semua — OKU & bukan OKU.
Tidak kira anda otai mahupun pemain cilik, semua dialu-alukan!

🔥 Jom support OKU!
Mereka juga ingin berlawan dengan anda, bukan sekadar disokong.

📅 Tarikh: 14 Jun 2026 (Ahad)
📍 Tempat: Dewan Sri Menanti, Kolej Rahman Putra (KRP), Universiti Teknologi Malaysia
⏰ Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
♟️ Format: Rapid 25 minit | 6/7 pusingan

📌 Maklumat lanjut & pendaftaran: https://forms.gle/ag5Tgg1nLPSpqMDz7

Tempat terhad. Ayuh bersama dalam kejohanan yang menyatukan kita semua!

04/05/2026

♟️ 3rd Rising Star – KRP Chess Tournament 2026 ♟️

📅 24 Mei 2026 (Ahad)
📍 Bilik Seminar, Kolej Rahman Putra, UTM Johor Bahru
⏰ 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
♜ 6 pusingan (15 minit)

🌟 Terbuka khas untuk pelajar bawah 12 tahun
Sesuai untuk pemain amatur dan yang belum pernah mewakili negeri. Sarat dengan proses pembelajaran semasa pertandingan.

♿ Pemain OKU dialu-alukan (tidak pernah wakil negeri), tanpa had umur — asalkan ada minat untuk belajar dan mencuba

📝 Nak sertai? Mudah sahaja!
👉 Daftar di sini: https://forms.gle/inAuaArK2KBxBjp87

✔️ Buat bayaran
✔️ Isi Google Form
✔️ Join WhatsApp Group untuk info terkini

💡 Semua yuran digunakan untuk:
✔️ Aktiviti pembangunan pelajar/kelab
✔️ Sokongan kepada pembangunan atlet OKU Johor

🔥 Anda datang, anda belajar, anda berkembang.
Tempat terhad kepada 50 penyertaan SAHAJA — jangan tunggu saat akhir!

Photos from Kolej Rahman Putra, UTM's post 02/05/2026

Siri 2 Rising Stars......nantikan Siri 3...

02/05/2026

Setelah berjaya dalam 2 siri pertama, program ini akan diteruskan secara berkala, kali ini menumpukan sepenuhnya pembelajaran catur secara santai melalui pertandingan. Siri ketiga dijangka pada 24 Mei 2026 (Nantikan poster dan borang pendaftaran). Di sini kami huraikan hasrat kami dalam memberi peluang kepada mereka yang beginner dan amatur (yang belum pernah mewakili negeri untuk bersama-sama belajar dan bertanding). Kami juga memberi peluang kepada atlet OKU yang masih beginner bersama-sama menyertai demi kemajuan diri.

🌟 RISING STAR: Platform Eksklusif & Inklusif Catur Beginner & Amatur! 🌟

Sering kecewa di kejohanan besar? Ingin asah bakat catur dalam persekitaran yang lebih santai dan menyokong? Inilah masanya! ♟️✨

Kelab Buletin KRP bersama PCOKUNJ membawakan sebuah acara khas untuk pemain beginner, amatur, dan rakan-rakan atlet OKU (semua peringkat umur) yang belum pernah mewakili negeri.

Kenapa Anda Mesti Join?
🤝 Platform Sparring Terbaik: Lawan rakan yang setahap dan bina keyakinan diri di atas papan catur.

👨‍⚖️ Bimbingan Arbiter Bertauliah: Belajar undang-undang dan tips catur terus daripada pakar.

♿ Keterangkuman (Inklusif): Terbuka kepada rakan atlet OKU. Catur adalah untuk semua!

❤️ Bermain Sambil Beramal: Menyumbang terus kepada pembangunan kelab & pemerkasaan atlet OKU Johor.

Butiran Acara:

⏰ Masa: 9.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari

📍 Tempat: Bilik Seminar Kolej Rahman Putra, UTM Johor Bahru

Buktikan kemampuan diri dan pelajari strategi baharu tanpa tekanan. Di Sini Bermulanya Juara! 🏆

Kongsikan hebahan ini dan tag rakan sparring catur anda di ruangan komen! 👇

Photos from Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor's post 26/04/2026

Selesai Kejohanan Catur Orang Pekak Negeri Johor. Terima kasih atas kepercayaan Persatuan Sukan Orang Pekak Johor menjalinkan kerjasama menjayakan kejohanan ini. Insyaallah semoga catur orang pekak akan terus melangkah lebih jauh..syabas dan tahniah kepada semua pemenang.

Photos from Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor's post 26/04/2026

Kejohanan Catur Orang Pekak Negeri Johor 2026.

15/04/2026

♟️ JOM SERTAI: KEJOHANAN CATUR REMAJA INKLUSIF (2ND KRP RISING STARS) ♟️

Kejohanan catur bawah 12 tahun kini kembali! Terbuka kepada semua termasuk adik-adik OKU.

🗓 TARIKH: 19 April 2026 (Ahad)
🕣 MASA: 8.30 Pagi – 1.00 Tengah Hari
📍 TEMPAT: Bilik Seminar KRP (UTM)
♟️ FORMAT: 6/7 Pusingan (15 Minit)

🏆 HADIAH MENANTI:
🥇 Johan: RM150 + Medal/Piala
🥈 Naib Johan: RM100 + Medal/Piala
🥉 Tempat Ke-3: RM80 + Medal/Piala
(Hadiah sehingga tempat ke-10 & Kategori Khas OKU/Umur/Perempuan)

📜 E-Sijil Penyertaan & Sijil Pencapaian disediakan!

⚠️ PENYERTAAN TERHAD: 70 peserta sahaja!

📲 DAFTAR SEKARANG:
Imbas QR Code pada poster atau klik: https://forms.gle/non32qJEr75wKiqy9

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Johor Bahru