DTC-JDT JOHOR BAHRU

DTC-JDT JOHOR BAHRU

Share

PEMBANGUNAN BOLASEPAK AKAR UMBI DAERAH

01/12/2025

KAMI JUARA!!!!

Photos from DTC-JDT JOHOR BAHRU's post 01/12/2025

Tahniah DTC Johor Bahru!
Pasukan DTC-JDT Johor Bahru U14 berjaya muncul JUARA Johor Bahru Soccer League (JBSL) 2025 selepas mempamerkan aksi cemerlang dan konsisten sepanjang kejohanan.

Kejayaan ini adalah hasil kerja keras para pemain, komitmen barisan jurulatih, serta sokongan padu ibu bapa dan penyokong.

Syabas diucapkan kepada seluruh warga DTC Johor Bahru.
Kita Juara. Kita Bangga. Kita Terus Melangkah! πŸ†πŸ”₯⚽

Photos from DTC-JDT JOHOR BAHRU's post 01/12/2025

SM King Edward VII Taiping, Perak yang berada dalam rangka lawatan rasmi ke Johor telah mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan DTC-JDT Johor Bahru U14 dan U15 sebagai usaha untuk mengukuhkan hubungan persahabatan serta jalinan silaturahim antara dua sekolah pembangunan bola sepak terkemuka di negara ini.

Kunjungan hormat tersebut telah kami sambut dengan penuh mesra dan tangan terbuka, sekali gus menzahirkan semangat kerjasama serta sokongan berterusan dalam memajukan pembangunan bakat muda bola sepak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak PLD LMS atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang program ini berlangsung.

Semoga pasukan SM King Edward VII terus maju, berjaya dan cemerlang dalam segala usaha serta pencapaian pada masa hadapan. Semoga hubungan baik antara kedua-dua pihak terus berpanjangan dan memberi manfaat kepada pembangunan bola sepak negara.

27/11/2025

πŸ“£ HEBAHAN PEMILIHAN PEMAIN DTC JOHOR BAHRU U13 & U14
β€œMisi Mencari Q”

DTC Johor Bahru akan mengadakan Sesi Pemilihan Pemain bagi kategori Bawah 13 & 14 Tahun. Pemain yang lahir tahun 2012 dan 2013 dijemput hadir untuk menunjukkan skil, disiplin dan potensi bagi menyertai skuad pembangunan DTC Johor Bahru.

πŸ“… Tarikh: 7 Disember 2025 (Ahad)
⏰ Masa: 8.00 pagi – Selesai
πŸ“ Lokasi: Padang SMK Tasek Utara 2

Kriteria Pemilihan:
β€’ Lahir tahun 2012 & 2013
β€’ Pernah mewakili sekolah di peringkat tinggi (contoh: MSSD) adalah satu kelebihan
β€’ Sedang/pernah bermain atau berdaftar dengan kelab swasta digalakkan hadir

Peringatan:
β€’ Kawasan larangan merokok
β€’ Kebersihan perlu dijaga
β€’ Ibu bapa tidak dibenarkan berada di dalam kawasan padang & bench

Mohon hadir awal dan bersedia sepenuhnya. Semoga berjaya!

Photos from DTC-JDT JOHOR BAHRU's post 24/11/2025

Kejohanan Bola Sepak Liga DTC Johor Bawah 13 Tahun yang berlangsung pada 22–23 November 2025 di Stadium Bandar Mas, Kota Tinggi telah melabuhkan tirainya dengan penuh aksi sengit dan semangat kesukanan yang tinggi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada DTC Johor Bahru yang berjaya muncul sebagai JOHAN kejohanan tahun ini selepas mempamerkan persembahan konsisten, taktikal kemas serta kekuatan mental yang luar biasa sepanjang dua hari pertandingan.

Turut membanggakan, pemain pasukan ini juga menyapu bersih dua anugerah utama kejohanan iaitu:
πŸ† Pemain Terbaik
⚽ Penjaring Terbanyak

Pencapaian ini menjadi bukti bahawa program pembangunan akar umbi DTC JB terus melahirkan bakat muda yang berkualiti, berdisiplin dan berdaya saing.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pasukan, barisan jurulatih, pengurusan serta penyokong yang tidak pernah berhenti memberi sokongan. Semangat dan kebersamaan inilah yang menjadi nadi kejayaan kita.

Tasekku Maruah Suaka Setia
Terus mara, terus membina legasi bola sepak Johor!

Photos from DTC-JDT JOHOR BAHRU's post 22/11/2025

KEJOHANAN BOLA SEPAK LIGA PEMBANGUNAN MSSDJB U14
PIALA PIBK DTCJB U14 (18–20 NOV 2025)

Berakhir sudah saingan penuh dramatik di J Arena Sunway, Iskandar Puteri!
Setiap pasukan menunjukkan aksi terbaik, tetapi hanya empat yang berjaya menempatkan diri di kedudukan teratas.

πŸ† KEPUTUSAN AKHIR KEJOHANAN
πŸ₯‡ Johan: SMK Tasek Utara 2
πŸ₯ˆ Naib Johan: SMK Bandar Uda Utama
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: SMK Tasek Utara
πŸ… Tempat Ke-4: SMK Tun Syed Nasir Ismail

πŸŽ– ANUGERAH INDIVIDU
⭐ Pemain Terbaik Kejohanan: Jaz Jazmi (SMK TU2)
⚽ Penjaring Terbanyak: Danial Firhan (SMK TU2)
🧀 Penjaga Gol Terbaik: Firdaus (SMK TU2)

Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, dan penyokong!

Tahniah juga kepada SMK Tasek Utara 2 kerana berjaya mengekalkan kejuaraan dua tahun berturut-turut ini.
Semoga kejohanan ini menjadi platform melahirkan lebih ramai bakat muda Johor.

20/08/2025

⚽πŸ”₯ Ayuh SMK Tasek Utara 2!

Semoga pasukan SMK Tasek Utara 2 melangkah ke padang dengan penuh keyakinan, semangat juang yang tinggi, serta kesatuan hati yang padu. Ingatlah bahawa setiap titik peluh, setiap larian, setiap hantaran, dan setiap sepakan adalah bukti kesungguhan anda untuk mengharumkan nama sekolah dan membuktikan kemampuan sebenar.

Tidak kira apa jua cabaran, jangan pernah gentar kerana keberanian dan kerja keras anda adalah kekuatan utama. Bermainlah dengan hati, fokus, dan disiplin kerana kemenangan bukan hanya diukur dengan jaringan, tetapi juga dengan semangat juang yang tidak pernah padam.

Kami semua berdiri teguh di belakang anda, menyokong tanpa henti. Jadikan kejohanan JFL Piala Tunku Panglima Johor ini sebagai pentas untuk menunjukkan bahawa SMK Tasek Utara 2 bukan sekadar pasukan, tetapi sebuah keluarga yang penuh dengan keberanian, kesungguhan, dan impian besar.

🐯πŸ’ͺ Bangkit, melangkah, dan buktikan! Inilah masanya untuk SMK Tasek Utara 2 bersinar.

Photos from Johor Football Development Program's post 20/08/2025

doakan kejayaan milik pasukan DTC JB ye

Photos from DTC-JDT JOHOR BAHRU's post 13/07/2025

Dua orang pemain bola sepak bawah 18 tahun SMK Tasek Utara2, iaitu Rossi dan Fakhrul Iman, telah mencipta sejarah manis apabila berjaya muncul sebagai johan dalam Kejohanan MSSJ baru-baru ini. Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama sekolah, malah menjadi bukti hasil usaha gigih, latihan berterusan dan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh mereka berdua sepanjang kejohanan.

Lebih membanggakan, Fakhrul Iman telah dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak dan Pemain Terbaik Kejohanan, menjadikan pencapaian ini lebih manis untuk sekolah dan pasukan DTC JB. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama pasukan, sokongan padu jurulatih serta doa warga sekolah yang tidak putus-putus.

Tahniah diucapkan kepada Rossi, Fakhrul Iman dan seluruh pasukan bola sepak sekolah. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang serta menginspirasi pelajar lain untuk aktif dalam sukan sambil membawa nama sekolah ke peringkat lebih tinggi.

Photos from DTC-JDT JOHOR BAHRU's post 12/07/2025

Perlawanan Akhir MSSJ B15
Johor Bahru vs Kluang
10hb Julai 2025
3.00 ptg
Suhu 37Β°C berangin
Water brake minit ke-15 setiap half

Keputusan :
JB (1) Kluang (0)

Jaringan tandukan Aiman Iman (jersi no. 5)

Photos from DTC-JDT JOHOR BAHRU's post 20/06/2025

Tahun ni kita main bunga api!!! πŸŽ†βš½οΈπŸ”₯

Kami dengan bangganya diumumkan sebagai JUARA Kejohanan Bola Sepak MSSD Bawah
15 tahun Johor Bahru 2025

Setinggi-tinggi penghargaan buat Pengetua, jurulatih, guru pengiring, semua pemain serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu sepanjang kejohanan.

SMK TASEK UTARA 2
Sapu bersih semua Anugerah Utama
KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD JB U15 2025

πŸ₯‡ Penjaga Gol Terbaik
MOHAMAD IRFAN FIRDAUS

πŸ₯‡ Penjaring Gol Terbanyak
RAQIB FAYAD

πŸ₯‡ Pemain Terbaik
JEXYLEESON

Kejayaan ini milik kita bersama. Terima kasih semua! πŸ’™πŸ’ͺ

TERIMA KASIH PENAJA UTAMA : Hijrah Water HQ
DTC~JDT JOHOR BAHRU DIKUASAKAN OLEH Hijrah Water

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Jalan Taruka
Johor Bahru
80350

Opening Hours

09:00 - 17:00