18/07/2023
Salam Maal Hijrah 1445 dan Selamat Tahun Baru Islam daripada Infra Desa (Johor) Sdn Bhd.
Harapan kita, semoga tahun baru hijrah ini kita akan memiliki visi baru, misi baru, hidup baru, penghijrahan baru yang akan lebih baik daripada penghijrahan sebelumnya.
28/05/2023
Infra Desa Johor Sdn. Bhd. mencatat kecemerlangan dengan mencapai penarafan 4 bintang bagi SCORE-CIDB!
Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) yang di perkenalkan oleh Lembaga merupakan satu program khusus yang dibangunkan oleh CIDB dengan kerjasama SME Corp bagi mengukur keupayaan dan kemampuan kontraktor tempatan dan asing di Malaysia yang bertujuan mempertingkatkan imej industri pembinaan selaras dengan Program Transfomasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 bersesuaian dengan teras ‘Meningkatkan Kualiti, Keselamatan dan Professionalisme Industri Pembinaan’.
Ia adalah kreditasi yang sangat ketat dalam penilaian kompentasi kontraktor.
Penilaian termasuk ke atas tahap kematangan dan kemampuan pemohonan dan pelbagai aspek terutama perngurusan, kewangan dan proses perniagaan.
Sebagai Organisasi yang progresif, IDJSB akan terus tingkatkan usaha dan terus cemerlang dan gemilang.
23/03/2023
SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah & ucapan selamat kepada
Duli yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Hari Keputeraan Rasmi Duli yang Maha Mulia Tuanku pada 23 Mac 2023
“SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU.”
DAULAT TUANKU.
12/03/2023
Alhamdulillah segala puji bagi Allah dan Rasulullah.
Program CSR (Corporate Social Responsibility Programme) Infra Desa Johor yang telah di jalankan pada 9hb Mac 2023 untuk mangsa-mangsa banjir, bagi Pejabat Kawasan DUN Bukit Pasir telah berjaya dijalankan Dengan Bantuan YB Exco Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh yang mana sumbangan yang diedarkan adalah merupakan barangan keperluan asas seperti Kerusi roda, Pampers dewasa pelbagai saiz, Pampers kanak-kanak pelbagai saiz, Peti Pertolongan Cemas, Tilam TOTO Kekabu dan Set kelengkapan Pembersihan diri.
Semuga memberi Manafaat kepada mangsa-mangsa banjir.
إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ
27/02/2023
SELURUH WARGA INFRADESA JOHOR MENGUCAPKAN TAHNIAH DI ATAS PERLANTIKAN TS. MOHD EKMALUDDIN ISHAK SEBAGAI PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM