30/08/2026
π²πΎ Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69! π²πΎ
31 Ogos 2026 β Hari yang penuh makna buat seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan, menghargai perjuangan para pahlawan terdahulu dan terus memupuk semangat perpaduan demi Malaysia yang lebih maju dan harmoni.
Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni π²πΎβ¨
08/08/2026
π―π PERLAWANAN PERSAHABATAN DART & PING PONG KERSPENJ β KSK JUPEM JOHORππ―
Alhamdulillah, telah berlangsung Perlawanan Persahabatan Dart dan Ping Pong antara Kelab Rekreasi dan Sosial Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor (KERSPENJ) dan Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Ukur dan Pemetaan Johor (JUPEM) pada 7 Ogos 2026 di Kompleks KDN, Taman Setia Tropika, Johor Bahru.
Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah menjadi platform untuk memupuk semangat kerjasama, persahabatan dan gaya hidup aktif dalam kalangan warga kedua-dua jabatan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada KERSPENJ atas penganjuran serta semua warga JUPEM dan KERSPENJ yang telah menyertai dan menjayakan perlawanan persahabatan ini.
Semoga jalinan kerjasama dan ukhuwah yang terjalin akan terus kukuh serta dapat diteruskan melalui pelbagai aktiviti pada masa akan datang. β€οΈ
05/08/2026
AYUH SERTAI SEMINAR STRATA 2026!
04/08/2026
PERLAWANAN PERSAHABATAN PERMAINAN TRADISIONAL & DALAMAN DIANTARA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JUPEM JOHOR BERSAMA KELAB REKREASI DAN SOSIAL (KERSPENJ), JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, JOHOR π€
Pada 4 Ogos 2026 (Selasa), Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Johor telah menyertai Perlawanan Persahabatan Permainan Tradisional dan Dalaman anjuran Kelab Rekreasi dan Sosial (KERSPENJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Johor yang berlangsung di Dewan Iskandar Puteri, Tingkat 7, JUPEM Johor. Antara permainan yang diadakan adalah karom, congkak dan batu seremban.
Penyertaan ini telah memberikan peluang kepada warga JUPEM Johor untuk mengeratkan hubungan silaturahim bersama warga JPN Negeri Johor melalui pelbagai aktiviti permainan tradisional dan dalaman dalam suasana yang penuh semangat kesukanan.
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen, semangat berpasukan dan semangat kesukanan sepanjang program berlangsung.
Semoga jalinan kerjasama dan ukhuwah yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan melalui lebih banyak program pada masa akan datang.
28/07/2026
π’ *JOM SERTAI SEMINAR STRATA 2026!*π’β¨
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Tuan/Puan,
Kelab Sukan & Kebajikan JUPEM Johor berbesar hati menjemput anda ke Seminar Strata 2026 bersama pakar-pakar industri! Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendalami isu perundangan, teknikal, pengurusan, dan pelbagai cabaran berkaitan pembangunan berstrata masa kini.
Butiran Seminar:
π
*Tarikh: Selasa, 6 Oktober 2026*
β° *Masa: 08:00 AM - 05:00 PM*
π *Tempat: KSL Hotel & Resort, Johor Bahru*
Pengisian & Pembentangan Eksklusif:
πΉ Mohamad Aliff Zaquan & Fatimah Zahrah (PTG Johor): Syarat Nyata, Ismen dan Permit Ruang Udara dalam Permohonan Hakmilik Strata
πΉ LSr Looi Kam Seng (JUPEM Selangor): Laluan Keluar Masuk dan Akses Transit dalam Pembangunan Transit Oriented Development (TOD)
πΉ LSr Kamarol Azmil (JUPEM Ibu Pejabat): Pengukuran Strata: Isu Teknikal serta Amalan Terbaik
πΉ PMgr Mohd Razik (Majlis Perbandaran Kulai): Fi Pengurusan vs. Cukai Taksiran: Manfaat atau Beban kepada Pemilikan Berstrata
π₯ Siapa Yang Patut Hadir?
Pentadbir Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pemaju Hartanah, Juruukur Tanah, Pengurus Harta/JMB/MC, Pengamal Undang-Undang, Institusi Perbankan dan ramai lagi!
π BERITA BAIK UNTUK JTB:
Penyertaan JTB akan memperoleh dua (2) mata CPD dari pihak Lembaga Juruukur Tanah Malaysia (LJT)!
π° Yuran Penyertaan: (Termasuk 3x makan dan cenderahati)
Individu: RM650 seorang
Berkumpulan: RM600 seorang
π² DAFTAR SEKARANG!
Imbas Kod QR pada poster di atas untuk pendaftaran segera.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeQQfNQ3JBgzINw2QPOjfmdrB0vR2W9gL-nGjC5v0oUmvJjpA/viewform?pli=1
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
π Pn. Saedah: 019 - 791 1646
π Pn Siti Asiah: 013 - 724 5885
π En. Fakhrul: 017 - 824 1428
βοΈ E-mel: [email protected]
Tempat adalah terhad! Mohon panjangkan jemputan ini kepada rakan-rakan industri yang lain. Jumpa anda di sana!
13/07/2026
MESYUARAT AJK KELAB SUKAN & KEBAJIKAN (KSK) JUPEM JOHOR BIL. 2/2026
Pada 6 Julai 2026 (Isnin), Kelab Sukan & Kebajikan (KSK) Jabatan Ukur dan Pemetaan Johor telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Bil. 2/2026 di Bilik Mesyuarat Tingkat 9, JUPEM Johor.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua KSK, LSr Rosli bin Mohammed bagi membincangkan pelbagai agenda penting demi memperkukuhkan kebajikan warga JUPEM Johor serta merancakkan aktiviti kelab.
17/06/2026
Salam Maal Hijrah 1448H
Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaiki diri, memperbanyakkan amal ibadah dan mengukuhkan keimanan.
Marilah kita berhijrah ke arah yang lebih baik, meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat dan mengisi kehidupan dengan kebaikan serta keberkatan.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, kebahagiaan dan rahmat-Nya buat kita semua.
Salam Awal Muharam 1448 Hijrah.
26/05/2026
SALAM AIDILADHA 1447H | 2026 πβ¨
Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, menguatkan ukhuwah dan menyemai keikhlasan dalam setiap pengorbanan kita.
Taqabbalallahu minna wa minkum
Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima Allah SWT.
Selamat Hari Raya Aidiladha
Ikhlas daripada Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Johor