Lian Padukan Gelanggang Kedidi
Persatuan Seni Silat Lian Padukan gelanggang kedidi cawangan pasir gudang.
27/06/2026
Malam tadi Lian Padukan Gelanggang Kedidi dipenuhi semangat dan keringat!
Latihan dimulakan dengan pemanasan badan bagi menyediakan tubuh untuk menghadapi latihan yang lebih mencabar. Seterusnya diteruskan dengan drill wajib LP dan latihan jurus bagi mengukuhkan asas, ketepatan teknik serta disiplin setiap pesilat.
Sesi diteruskan dengan latihan fitness berkonsepkan litar menggunakan kon. Ramai yang bertanya, kenapa perlu buat latihan seperti ini sedangkan belajar silat sudah memadai?
Jawapannya mudah. Seorang pesilat bukan sekadar perlu tahu jurus dan lian, tetapi juga perlu memiliki kecergasan fizikal, kemahiran motor yang baik, kepantasan pergerakan serta keupayaan membuat keputusan dengan pantas ketika berhadapan sesuatu situasi.
Latihan litar membantu meningkatkan koordinasi badan, kelajuan, ketahanan dan fokus. Apabila badan menjadi lebih cergas, setiap teknik silat akan menjadi lebih pantas, lebih tepat dan lebih berkesan.
Alhamdulillah, malam tadi semua pelajar memberikan komitmen yang sangat baik. Walaupun penat, wajah mereka tetap ceria, gembira dan penuh semangat sehingga tamat latihan.
Silat bukan sekadar menghafal gerak, tetapi membina tubuh yang kuat, minda yang pantas dan jiwa yang kental.
13/06/2026
Latihan Lian Padukan Gelanggang Kedidi malam tadi 12hb Jun 2026.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menuntut ilmu. Ingatlah, kemahiran tidak datang dengan sendiri, tetapi dibina melalui latihan yang berterusan, kesungguhan dan kesabaran.
"Cergas pantas keras ganas"
"Senjata lapan gayang lima tak lian padukan hilang didunia"
06/06/2026
LATIHAN SILAT LIAN PADUKAN GELANGGANG KEDIDI
Alhamdulillah, latihan malam tadi berlangsung dengan penuh semangat dan kehadiran yang sangat menggalakkan. Ramai ahli hadir bagi menimba ilmu serta meningkatkan tahap kemahiran masing-masing.
Sesi dimulakan dengan pemanasan badan bagi mengurangkan risiko kecederaan, diikuti latihan kecergasan untuk membina daya tahan, kekuatan dan ketangkasan. Seterusnya, para pelatih menjalani beberapa siri drill bagi mengukuhkan asas pergerakan, koordinasi serta tindak balas.
Fokus utama latihan malam tadi adalah aplikasi buah, di mana setiap pelatih diberi peluang memahami dan mempraktikkan penggunaan teknik dalam situasi yang lebih realistik. Latihan aplikasi penting untuk memastikan setiap ilmu yang dipelajari bukan sekadar difahami secara teori, tetapi mampu digunakan dengan tepat, pantas dan berkesan.
Tahniah kepada semua yang hadir dan menunjukkan komitmen yang tinggi. Teruskan berlatih dengan disiplin kerana kemahiran tidak datang dengan hanya melihat, tetapi melalui latihan yang berterusan.
"Cergas pantas keras ganas"
"Senjata lapan gayang lima tak lian padukan hilang didunia"
16/05/2026
Alhamdulillah, selesai sudah sesi latihan mingguan Silat Lian Padukan Gelanggang Kedidi malam tadi dengan semangat dan disiplin yang cukup padu daripada semua ahli yang hadir.
Minggu ini fokus utama diberikan kepada latihan fitness dan latihan litar bagi meningkatkan stamina, ketahanan badan, kepantasan pergerakan serta kekuatan mental setiap pesilat. Selain itu, latihan koordinasi menggunakan kon turut dijalankan bagi mengasah keseimbangan badan, ketangkasan langkah, refleks serta kawalan pergerakan ketika menghadapi situasi sebenar.
Latihan kali ini bukan sekadar menguji kekuatan fizikal, malah melatih ahli supaya lebih fokus, berdisiplin dan mampu bergerak secara pantas serta tepat dalam setiap arahan yang diberikan. Semangat kerjasama antara ahli juga jelas kelihatan apabila masing-masing saling memberi sokongan dan menaikkan semangat sesama sendiri sepanjang latihan berlangsung.
Dalam Silat Lian Padukan, latihan bukan hanya tentang belajar gerakan, tetapi membentuk ketahanan diri, kekuatan jiwa dan semangat seorang pejuang. Peluh yang jatuh di gelanggang malam ini adalah bukti usaha untuk menjadi pesilat yang lebih kuat, lebih cergas dan lebih bersedia menghadapi cabaran akan datang.
Tahniah kepada semua ahli yang hadir dan memberikan komitmen penuh sepanjang latihan. Teruskan istiqamah, kekalkan disiplin dan jangan pernah lemah semangat.
“Latihan keras hari ini, kekuatan untuk hari esok.”
"Cergas pantas keras ganas"
"Senjata lapan gayang lima tak lian padukan hilang didunia "
09/05/2026
Alhamdulillah, selesai latihan malam tadi di Lian Padukan Gelanggang Kedidi bagi ahli-ahli .
Latihan dimulakan dengan sesi fitness untuk membina stamina, kekuatan fizikal dan daya tahan setiap ahli gelanggang. Walaupun penat, semua tetap beri komitmen penuh dan terus bersemangat sepanjang latihan berlangsung.
Selepas itu diteruskan dengan drill bagi menguatkan ketepatan gerakan, kepantasan tindak balas dan fokus ketika latihan. Setiap latihan dibuat berulang kali supaya gerakan lebih kemas, padu dan mantap.
Latihan malam tadi turut diteruskan dengan jurus sebagai asas utama dalam membentuk disiplin, ketahanan dan kefahaman teknik tempur setiap pesilat.
Akhir sekali diteruskan dengan latihan lian untuk menguji kekuatan mental, fizikal serta keserasian gerakan sesama ahli gelanggang. Sedikit demi sedikit, latihan yang konsisten akan membentuk pesilat yang kuat, berani dan berdisiplin.
Terima kasih kepada semua ahli yang hadir malam tadi. Semoga semangat dan istiqamah dalam berlatih terus kekal.
"Cergas,pantas,keras,ganas"
"Senjata lapan gayang lima tak lian padukan hilang didunia "
LIAN PADUKAN JOHOR (GELANGGANG INDUK)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Dewan Komuniti Merak, Jalan Merak 4, Taman Scientex, Pasir Gudang
Johor Bahru
81700
Opening Hours
| 21:00 - 23:00 |