Memories Never Die
"Once FALCONS, always FALCONS"
Kelab Sofbol Falcons
Ini merupakan laman rasmi FB Kelab Sofbol Falcons yang bertempat di Kg. Maju Jaya, Johor Bahru.
Batter in action 💪
13/05/2025
HALAMAN : 41
Selasa | 13 Mei 2025
Selamat Maju Jaya kepada Nurqaseh, Ainina dan Mawaddah dalam Kejohanan Sofbol P12 MSSJ yang bermula hari ini di SM Sains Muar, Muar.
"SEJAYA KE PUNCAK GEMILANG"
08/05/2025
HALAMAN : 40
Khamis | 8 Mei 2025
Latihan Pusat Sofbol di SK Sri Skudai.
07/05/2025
HALAMAN : 39
Rabu | 7 Mei 2025
Alhamdulillah. Tahniah kepada Coach Yaya dan 3 orang pemain pasukan sofbol FALCONS SEJAYA iaitu Qaseh, Mawaddah dan Ainina kerana berjaya menempatkan diri dalam pasukan sofbol MSSD Johor Bahru P12 Tahun 2025. Pasukan ini akan bertanding di Muar untuk Kejohanan Sofbol MSSJ Peringkat Negeri Johor pada 12 hingga 15 Mei 2025.
30/04/2025
HALAMAN : 38
Galeri Foto Kejohanan Sofbol MSSD Johor Bahru Tahun 2025
Keputusan Perlawanan :
Peringkat Kumpulan :
SEJAYA (11) - (8) SRI TEBRAU
SEJAYA (5) - (9) SK KSAB
Separuh Akhir :
SEJAYA (5) - (6) BUKIT MUTIARA
Penentuan 3/4 :
SEJAYA (12) - (7) SK KSAB
30/04/2025
HALAMAN : 37
Rabu | 30 April 2025
Perkara : Ceritera Sofbol MSSD Johor Bahru Tahun 2024
1. Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada FALCONS SEJAYA kerana telah mendapat tempat ke-3 dalam Kejohanan Sofbol MSSD Johor Bahru Tahun 2025.
2. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Coach Yaya sebagai Ketua Jurulatih dibantu oleh Ustaz Nabil sebagai Penolong Jurulatih atas kejayaan ini walaupun berbekalkan hanya 3 minggu tempoh masa latihan tetapi komitmen serta semangat juang tinggi untuk membangunkan pasukan berhak mendapat pujian ramai. Selain itu, pengurus pasukan yang sangat komited iaitu Ustazah Izzan wajar diberi penghormatan atas urusan melibatkan hal ehwal pemain serta Mr. Zakaria sebagai pencatat skor yang sentiasa cool & humble merangka strategi apabila pasukan ketinggalan mata.
"SEJAYA KE PUNCAK GEMILANG"
19/04/2025
HALAMAN : 36
Sabtu | 19 April 2025
Perlawanan Persahabatan : SEJAYA vs SETASEK
18/04/2025
HALAMAN : 35
Jumaat | 18 April 2025
Dibuka untuk pre-order. Jom semua 🥰
10/04/2025
HALAMAN : 34
Rabu | 9 April 2025
Sesi latihan pertama Pasukan Sofbol Perempuan SEJAYA. Latihan ini adalah sebagai persediaan pasukan untuk menyertai Kejohanan Sofbol MSSD Johor Bahru yang akan berlangsung pada 28 April hingga 2 Mei 2025.
"SEJAYA KE PUNCAK GEMILANG"
09/04/2025
HALAMAN : 33
Rabu | 9 April 2025
PENGHIJRAHAN USTAZ ZAM KE KLUANG
Hari ini merupakan hari latihan pertama Kelab Sofbol Falcons SEJAYA tanpa Head Coach Ustaz Mohd Khairolrizam bin Mat Jelis (Ustaz Zam). Penghijrahan Ustaz Zam ke sekolah di daerah Kluang memberi kesan mendalam kepada barisan pemain, kejurulatihan dan pengurusan pasukan sofbol sekolah. Manakan tidak Ustaz Zam lah pencetus utama atau lebih spesifiknya pengasas kepada kelab sofbol di SK Kg. Maju Jaya ini. Tanpa Ustaz Zam mungkin tiadalah sukan sofbol pada suatu ketika dahulu. Segala sentuhan dan tunjuk ajar Ustaz Zam kepada barisan pemain dan jurulatih amat bermakna buat kami. Ustaz Zam juga lah yang sentiasa memberi semangat dan sokongan kepada pasukan ini untuk terus berjuang di peringkat tertinggi. Kami yang masih kekal berada di kelab ini tidak akan lupakan jasa dan pengorbanan Ustaz Zam terhadap sukan sofbol sekolah.
Selamat Maju Jaya Ustaz Zam 🫶
Pencapaian Pasukan Sofbol Sekolah di bawah bimbingan dan sentuhan Ustaz Zam :
Johan Sofbol MSSD Johor Bahru Perempuan Bawah 12 Tahun (2021, 2022, 2023 dan 2024)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
JKR 2854, Jalan Kempas Lama
Johor Bahru
81300