Mengajar Anak Membaca

Mengajar Anak Membaca

Share

Layari http://myimanpen.com atau hubungi En Malek 0123611679 untuk keterangan lanjut / untuk tempahan.tq :)

Photos 11/03/2017

Assalamualaikum.

Mohon Bantuan Untuk Viral kan.

[MENCARI KEKUATAN DENGAN KALAM ALLAH]

Anak-Anak Syurga

******************

Mereka kami terima sepenuh jiwa, tiada beza, tiada kurangnya dimana-mana. Malah, mereka salah satu nikmat yang tidak dapat di dustakan kerana terlalu banyak tarbiyyah yang Allah berikan melalui mereka.

kasih sayang Allah itu lebih besar dari semua cabaran hidup yang mereka lalui sebagai anak syurga.

Semua anak adalah ujian. Walaupun ujian anak-anak kita tidak sama, tetapi kita punya Allah yang sama untuk mengabulkan semua doa-doa kita.

Walau tiada satu bahu untuk kita bersandar duka, tapi bumi Allah ini terlalu luas untuk kita sujud dan adukan semua lelah ujian kita.

Dan kerana mereka adalah ujian, mereka boleh menjadikan kita semakin rapat, atau semakin jauh dari tuhan.

Al-'Anfal : 28
"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar."

- Pn Ainizal Abdul Latif

Kepada yang mahu menyertai serta mahu membuat pelaburan akhirat melalui infaq boleh menghubungi :

En Hisham : 0173625550
En Soleh : 0133623536
Cik Saadah: 0133615697

Jazakallahu khairan kathira

22/02/2017

Goods for sharing 😍

"PENDERAAN SENYAP" YANG TAK DISENGAJAKAN

I just read about Children Emotional Development dan saya mula perasan yang ramai ibu bapa (termasuk saya) sebenarnya selalu "dera" anak secara senyap dan tanpa sedar.

Yes, memang kita tak pukul anak dengan kayu golf,
kita tak rotan anak dengan paip getah,
kita tak sebat anak dengan tali pinggang,
kita tak ikat anak kat pokok rambutan,
kita tak tampar anak sampai berbekas,
kita tak maki anak depan orang,
kita tak cekik anak bila mereka nakal,
sebab kita tahu--
itu adalah penderaan.
Itu kejam.
Itu dosa.
Dan itu semua tak membantu malah membantut perkembangan anak.

Tapi yang kita tak tahu adalah--
banyakkk penderaan yang kita sebenarnya lakukan terhadap anak-anak tanpa disedari.

Kita ingat kita tak dera,
kita ingat apa yang kita buat selama ni "takpe",
tapi rupanya--
KITA SEDANG DERA ANAK DALAM-DALAM.

Kenapa saya kata dalam-dalam?
Sebab "penderaan senyap" ni mampu membunuh emotional intelligence dan self-esteem anak-anak.

Emosi & self-esteem--
adalah dua elemen yang sangat penting,
dan ambil masa yang sangat lama untuk dibentuk,
tapi sangat mudah dibunuh.

Ada beberapa "sikap" ibu bapa,
yang sebenarnya berbentuk penderaan,
walaupun ibu bapa tersebut tak pernah meninggikan suara atau naik tangan.

This is what we call--
penderaan senyap.

Dan penderaan senyap ni dikatakan memberi kesan amat buruk terhadap perkembangan mental dan emosi anak-anak,
sama seperti penderaan fizikal atau penderaan yang nyata.

So today, let me share 7 jenis penderaan senyap yang dilakukan oleh ramaiiiiii ibu bapa, tanpa disedari.


1) Ignorance & expressionless reaction

Atau dalam Bahasa Malaysia,
mengabaikan dan tidak memberi ekspresi atau reaksi.

Contohnya,
bila anak tengah bercerita atau menunjukkan sesuatu,
kita buat tak tahuuuuu je.
Langsung tak beri sebarang reaksi.
Ni banyak berlaku bila kita layan anak "sambil-sambil" buat benda lain.

Nak main dengan anak,
tapi tangan tengah layan Facebook.
Nak buat homework dengan anak,
tapi mata tengok fattah amin kat TV.

Maka jadi lah anak tu seperti bercakap dengan dinding.
Sebab "expressionless" kita sama macam dinding. πŸ˜’

Contoh lain, bila anak menyuarakan pendapat atau keinginan,
kita terus deny atau mengabaikan pendapat tersebut.

Contoh, "Mama, Haikal rasa nak pakai baju warna hijau la hari ni."

Tapi kita jawab, "Tak payah la."
Dan terus bagi baju warna lain.
Kalau kita di tempat anak tu, apa kita rasa?

Menurut kajian, anak yang selalu mendapat layanan macam ni,
takde keyakinan diri dan selalu membuat keputusan yang salah dalam hidupnya.
Sebab?
Keputusan mereka tak pernah didengari dan selalu kena akur dengan keputusan orang lain.


2) Stonewalling

Ni lebih kurang macam yang saya explain kat atas tadi--
anak bercakap dengan dinding.

Especially bila parents sengaja melambat-lambatkan menjawab soalan anak,
atau malas nak layan soalan anak.
Kalau jawab pun macam tak kena dengan soalan yang diberi.

Contoh bila anak tanya,
"Mama s**a warna apa?"

Kita jawab, "Entah. Pape je laaa."

Kalau jumpa mak bapak cemni,
bancuh simen dan tuang kat muka diorang.
Biar jadi dinding betul. πŸ˜‘

Please parents.
When you say, quality time with children,
that means 101% of your attention goes to them.
Bukan sambil-sambil.
Kerana "sambil" itu sebenarnya mendera anak-anak.


3) Mengejek atau merendah-rendahkan anak depan orang lain

Contoh bila ada orang puji anak kita,
"Ya Allah baiknya Haikal ni. S**a betul tengok dia."

Tapi kita jawab,
"Baik?? Puihhh! Makan bersepah, s**a kencing malam, main tak reti kemas, kuat nangis, malas mandi, bla bla."

Konon-konon kita taknak riak dengan orang yang memuji tadi.
Tapi tanpa sedar, kita terkutuk dan membuka aib anak sendiri depan orang lain.
Anak pun terluka bila dengar.
Terus anak tu berdendam nak balas balik bila mak dia dah tua nanti. πŸ˜‚

So never make fun of your child in front of other people.
Bila orang puji anak kita, say Alhamdulillah.
Pandang muka anak dan cakap, "Thank you for being a good son. I'm proud of you."

Lantak la orang nak cakap riak ke apa.
We are showing a good example to our children.
A good sense of appreciation and being thankful to have them.


4) Gaslighting.

Gaslighting means--
meragui atau menidakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak.

Contoh kalau anak cerita, kat sekolah tadi ada orang baling pemadam sampai kena mata dia.

Tapi kita jawab, "Ala takpe. Biasa la tu. Abaikan je."

Atau bila anak cerita yang dia nampak sesuatu yang menakutkan.
Kita cuma cakap,
"Aaahh mengarutlah. Mana ada hantu. Awak mengelamun je tu."

Sikap ibu bapa yang s**a gaslighting macam ni akan buat anak-anak keliru dengan diri,
dan hilang kepercayaan pada diri.
Anak-anak akan rasa setiap apa yang dibuat atau difikirkan adalah salah dan tak penting.

Nasihat saya untuk parents macam ni,
stop tengok drama pukul 7.
Dan fokus kepada anak.
Sebab yang banyak mengelamun tu sebenarnya bukan anak, tapi--
YOU. πŸ˜’

Sepatutnya bila anak nak cerita atau beritahu sesuatu,
mata dan telinga sepenuhnya kepada mereka.
And never deny what they feel.
Peluk and tell them,
"Don't worry. I am here with you. Everything will be fine."


5) Hypercritical

Ibu bapa yang cerewet,
terlalu banyak complaint,
terlalu banyak yang tak kena di matanya.

Anak comot sikit, marah.
Anak terlanggar sikit, marah.
Anak buat lawak sikit, marah.
Anak nak rehat kejap, marah.
Anak pakai baju lain seluar lain, marah.
Anak silap baca sikit, marah.
Anak pelat cakap sikit, marah.
Anak dapat no.2 dalam kelas, marah.
Semuaaaaaaaa benda,
kalau tak perfect--
marah.

Ibu bapa yang hypercritical atau banyak complaint macam ni,
sebenarnya bukan sebab nak anak perfect sangat,
tapi diri dia sendiri tiada sifat syukur dan tak boleh terima kekurangan diri sendiri yang terrrrlalu banyak.

So cermin diri sebelum expect perfection daripada anak-anak.
Happy life is not about perfection.
It's about embracing the imperfections,
and cherish the small good things.


6) Kurang memuji, tak ucap sayang, dan tak menzahirkan sokongan.

Ada kan parents macam ni?

Jarangggggg sangat cakap i love you kat anak-anak.
Sebab ego.

Dan bila anak capai sesuatu,
jarangggggg ucap tahniah.
Lagi teruk bila just respond, "Alaa biasa je tu. Abah dulu lagi hebat."

Huk aloh πŸ˜‘

Dan bila anak tengah nervous nak masuk competition ke apa,
kita tak menzahirkan sokongan kepada anak,
tak datang masa competition berlangsung,
dan tak bagi kata-kata semangat kat anak.
Sebab kita rasa tak penting.

If you are this kind of parent,
jangan terkejut bila anak dah berjaya capai macam-macam nanti,
mereka tak ucap terima kasih pun kat ibu bapa mereka.
Sebab sikap kita sendiri yang minta untuk tidak dihargai.


7) Mendiamkan sesuatu kesilapan dan menjadikan ia kebiasaan.

Contoh,
bila kita dapat aduan dari pihak sekolah,
yang anak kita ponteng sekolah,
atauanak kita buli rakan lain,
kita buat tak tahuuuu dan anggap aduan tersebut seperti angin lalu di ufuk timur yang lama-lama akan hilang sendiri.

Kita lepas tangan.

Kita tak berdepan dengan anak,
tak heart-to-heart talk dengan anak,
tak bantu anak untuk menjadi orang yang lebih baik.

Perangai parents yang macam ni,
kalau dibiarkan berlarutan,
akan menyebabkan anak semakin "menjadi-jadi" kerana bagi anak,
semua kesalahan yang dilakukan itu "takpe" dan bukan dosa di mata ibu bapa mereka.

Kalau ada cikgu-cikgu yang berhadapan dengan ibu bapa yang lepas tangan camni,
better hantar anak-anak ni kat rumah anak yatim je.
Buat apa nak ada parents kalau parents asyik lepas tangan? πŸ˜’

Baik jadi anak yatim.
Entah-entah perhatian yang mereka dapat dekat sana lebih bagus.

Haa sekarang nak mengaku pulak itu anak-anak kau. πŸ˜‚


So itu lah antara penderaan-penderaan senyap yang tak disengajakan,
tapi banyakkkkk berlaku.

Tak payah tengok rumah orang lain,
kat rumah sendiri pun ada berlaku.
Kan?

Jangan pandang remeh tentang isu ni sebab effect dia terhadap perkembangan anak adalah sama seperti penderaan-penderaan nyata atau yang berbentuk fizikal.
Cuma penderaan senyap ni berlaku secara dalaman dan perlahan-lahan kesan buruk dia datang.

Dan yang paling menyedihkan,
it's considered NORMAL in our culture.
Masyarakat kita biasanya pandang remeh tentang isu-isu yang melibatkan emosi anak-anak macam ni.

So how to fix this?

By changing ourselves.
By fixing our relationship with our own children.
By having more interaction and communication with them.

Dan berdoa lah supaya anak-anak kita nanti dijaga dan ditemukan dengan orang-orang yang baik dan hati-hati yang memuliakan mereka sepanjang hidup mereka.

Let's stop this "quiet" abuse.
And may all of us be the parents who always help their kids to grow happily and successfully. Aminn

22/12/2016
19/10/2016

Bijak kan anak kecil ini?

[SHARE]

Photos from Idramawar Dental Clinic's post 31/05/2016

Rahsia elakkan anak bergigi jongang

Photos 25/11/2012

Rahsia Anak Cerdik Di Bongkar !!
Anak Yg Cerdik, Pintar Membaca Sebelum Usia 1 Tahun !

TAPI, MACAM MANA NAK DIDIK ANAK BOLEH MEMBACA SEJAK DARI BABY ??
KLIK DI SINI ==>> http://bit.ly/WNUC38

1- Bayi menjadi cerdik apabila mendapat banyak rangsangan daripada ibu bapa & persekitaran.
2- Terdapat pelbagai teknik dan kaedah yang di ajar untuk merangsang bayi bertujuan untuk mengoptimumkan keupayaan dan kebolehan mental bayi .
3- Rangsangan melalui aktiviti bermain, bersenam, komunikasi dan lain-lain lagi.
4- Dan Banyak Lagi !

Maklumat Lanjut ?? Sila Klik ==>> http://bit.ly/WNUC38

Pakej Lengkap Al Quran Digital + Pen Pintar My Iman 14/09/2012

Kelebihan Memiliki Pakej Lengkap Ini :

1) Cara yang paling mudah supaya anak anda β€˜melekat’ dengan buku sebab ianya menggabungkan teknologi TERKINI sentuh dan baca.

2) Dengan teknologi ini, anda tidak perlu lagi menyuruh dan memaksa anak anda untuk membaca, tetapi mereka sendiri yang nak membaca tanpa dipaksa.

3) 2 Elemen penting yang diterapkan dalam teknologi ini adalah elemen grafik warna-warni dan bunyi-bunyian yang menarik. (Inilah rahsia utama kenapa anak-anak anda s**a tengok kartun). Jadi lebih baik mereka s**a baca buku daripada tengok kartun!

4) Pen yang mudah di bawa ke mana-mana, walaupun anak baru berumur 1 tahun.

5) Teknologi ini menggunakan konsep Plug N Play. Caj pen setengah jam. (Pen telah dilengkapi dengan built in battery). Sentuh pen ke buku dan pen akan membaca serta mengeluarkan bunyi mengikut apa yang disentuh pada buku.

6) Anak anda akan dipupuk dengan pembelajaran Bahasa Melayu, Inggeris, Bahasa Arab dan asas pembacaan Al-Quran

7) Pakej ini juga dilengkapi dengan QURAN DIGITAL & IQRA’ DIGITAL di mana ibu bapa dan juga anak-anak boleh belajar dan membaca quran bersama-sama.

8) Dengan IQRA’ DIGITAL anda juga dapat mengetahui hukumΒ² serta tajwid bacaan dalam Al-Quran.

9) Quran Digital juga dilengkapi dengan mode Terjemahan dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris. Lepas nie baca quran dah boleh faham sedikit sebanyak ayat-ayat dalam quran. Takder la mengantuk bila baca quran bila dah tahu maknanya.

-----------------------------------------------------------------------------------

Kandungan Pakej Lengkap Quran Digital + Pen Digital My Iman

~ 5 X Iqra’ Digital (HOT!)
~ 1 X Quran Digital Dengan Terjemahan – 1 Qari (HOT!)
~ 4 X Buku Bahasa Melayu Digital
~ 5 X Buku Bahasa Inggeris Digital
~ 4 X Buku Arabic Conversation Digital
~ 1 X Buku Bahasa Arab Digital
~ 1 X Kad Doa Haji & Umrah Digital
~ 1 X Buku Doa Harian Digital
~ 1 X Juz Amma (Surah Lazim) & Surah Yaasin Digital
~ 1 X Surah Index Digital
~ 1 X Charger
~ 1 X Pen Pintar Membaca
~ 1 X Built In Memory Card 2 GB
~ 1 X Earphone
~ 1 X Package Box
~ 1 X Warranty Card (1 Year Limited Warranty)

--------------------------------------------------------------------------------------------

Harga Pasaran (kedai)
= Al Quran Digital = RM 300
= Pen My Iman = RM 300- RM RM 380

Jumlah = RM 600

Tawaran Hari ini Untuk Ada Set PENUH seperti di atas
HANYA

RM 450
(Termasuk Kos Penghantaran)

Jangan Lepaskan Peluang Memiliki Pakej HEBAT Ini. Pakej yang benar-benar membantu anda dalam
~ mengajar anak untuk minat membaca
~ untuk pandai membaca
~ untuk pandai baca Al Quran beserta dengan hukumnya dan makna.

Dapatkannya sekarang!

---------------------------------------------------
http://muslimmaju.com/?p=pen_digital_my_iman
------------------------------------------------------------
Cara Nak Order :

1. Sila bank-in RM 450 ke salah satu akaun seperti di bawah

a. Maybank – 101245197093 – (Abdul Malek)
b. CIMB Bank – 01080002779205 – (Abdul Malek)

2. Setelah membuat pembayaran, sila hantar butiran di bawah ke 0123611679 (En Malek) atau email ke [email protected] atau boleh terus PM (pesanan/message) kami.

a) Nama Penuh:
b) Alamat Surat-Menyurat:
c) Email:
d) No. HP:
e) Jumlah Bayaran:
f) Tarikh Pembayaran:
g) Masa Pembayaran:
h) Transaksi Bank: (Maybank/CIMB Bank)

3. Sebarang pertanyaan, sila call/sms ke 012-3611679 (Malek) atau terus pm saya.

4. Kami akan membuat penghantaran terus ke tempat anda setelah
kami menerima bukti pembayaran penuh daripada anda. Harap maklum.

Photos 04/08/2012

Cara Ubati anak yg nakal...

Photos 02/08/2012

Doa dapatkan anak pintar ......

Photos 30/07/2012

Kids They Are...

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Tampoi
Johor Bahru
JOHOR