04/05/2026
BENTO DAY 2026
Syukur alhamdulillah satu lagi program rutin tahunan anak2 keedsflix playschool & preschool Mutiara kesemua cawangan Mutiara Rini, Nusa Idaman, Impian Emas & Simpang Renggam iaitu Bento Day telah dijalankan hari ini.
Bento adalah istilah Jepun untuk hidangan makanan yang dibungkus di dalam bekas atau kotak. Ia direka agar mudah dibawa ke mana2 dan sedia utk dimakan.
Antara jenis bento yang paling pop**ar dalam kalangan anak2 adalah kyaraben (character Bento) iaitu makanan yg dihias supaya kelihatan seperti watak anime, haiwan atau bunga untuk menarik minat anak2 kerana aspek terpenting bento adalah persembahan kerana orang Jepun percaya ‘makan dengan mata’ terlebih dahulu.
Dikongsikan bento anak2 yg dibawa hari ini. Ternyata mereka cukup gembira & teruja untuk menunjukkan bento masing2 kepada guru2 dan rakan2 mereka.
10/03/2026
KELAS BAHASA MANDARIN - MODUL KEEDS MANDARIN
Syukur alhamdulillah sesi persekolahan tahun 2026 telah berlangsung masuk bulan ketiga. Bermakna anak2 Keedsflix preschool Mutiara di kesemua cawangan Mutiara Rini, Nusa Idaman, Impian Emas & Simpang Renggam telah mula mempelajari kesemua subjek teras dan elektif termasuk salah satu signature modul terbaharu iaitu subjek bahasa mandarin melalui modul keeds mandarin mengikut acuan kurikulum baharu pra sekolah yg dikenali sebagai KP2026.
Ternyata anak2 dan para guru cukup bersemangat dan teruja kerana berpeluang mempelajari bahasa tambahan di sebelah petang.
Kelas mandarin dijalankan di sebelah petang. Kelas dijalankan sebanyak tiga kali seminggu iaitu pada hari isnin, rabu & jumaat selama 30 minit setiap sesi.
Apa yang menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik adalah, bahan2 pengajaran & pembelajaran bukan setakat bergantung kpd buku teks & aktiviti semata2 tetapi juga menggunakan bahan multimedia yg bersifat interaktif & mampu menarik minat anak2 untuk belajar. In sha Allah
Berikut dilampirkan gambar2 sewaktu sesi kelas keeds mandarin berlangsung di kesemua cawangan Keedsflix preschool Mutiara
23/12/2025
MAJLIS IHTIFAL, GRADUASI & KHATAM AL QURAN 2025
PART 2
Gambar2 persembahan & penyampaian sijil;
✅ 4 Neptune (KPMR)
✅ 4 Zuhal (KPMR)
✅ 5 Marikh (KPMR)
✅ 5 Musytari (KPMR)
✅ 4 Carina (KPSR)
✅ 5 Auriga (KPSR)
✅ 6 Vega (KPSR)
✅ 5 Alpha (KPNI)
✅ 5 Nebula (KPNI)
23/12/2025
MAJLIS IHTIFAL, GRADUASI & KHATAM AL QURAN 2025
PART 1
Syukur alhamdulillah telah berlangsung majlis ihtifal, graduasi & khatam Al Quran pada 14 hb Disember 2025 bertempat di Indoor Arena, Educity Sport Complex, Nusajaya.
Melibatkan hampir 300 orang murid umur 4,5&6 tahun dari Keedsflix semua cawangan di bawah pengurusan Mutiara Education Sdn Bhd (MESB) iaitu Keedsflix preschool Mutiara Rini, Nusa Idaman, Impian Emas & Simpang Renggam.
Di sebelah pagi telah berlangsung majlis ihtifal & graduasi 4,5&6 tahun, manakala di sebelah petang telah berlangsung majlis khatam Al Quran yang melibatkan seramai 81 org anak2 5&6 tahun yang telah berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al Quran dengan minima sekali khatam & maksima 5 kali khatam.
Majlis telah dirasmikan oleh pegawai pendidikan swasta, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru (PPDJB), En. Syahril bin Mohamad Sharif.
Berikut dikongsikan gambar2 yang baru saja diperolehi dari jurugambar rasmi.
Jom follow tiktok rasmi tadika utk lebih banyak video aktiviti anak2
www.tiktok.com/
13/11/2025
SUBJEK KEEDS MANDARIN
Syukur alhamdulillah, satu lagi modul signature dari Keedsflix HQ, iaitu keeds mandarin, akan diperkenalkan di kesemua keedsflix preschool seluruh Malaysia mulai tahun 2026.
Modul keeds mandarin ini akan diajar kepada anak2 Keedsflix Playschool & Preschool Mutiara kesemua cawangan di bawah pengurusan Mutiara Education Sdn Bhd yg mengambil pakej full day sahaja kerana subjek ini akan diajar di sebelah petang.
Sebagai persediaan awal, kesemua guru2 dari cawangan Mutiara Rini, Nusa Idaman, Impian Emas & Simpang Renggam telah mengikuti training subjek mandarin sejak bulan Julai lepas. Mereka wajib menghadiri kelas secara online untuk melengkapkan 12 lesson, perlu menghantar assignment & akhir sekali kemuncaknya adalah menghadiri training fizikal selama 2 hari serta menduduki peperiksaan bahasa mandarin (listening, writing, speaking) untuk melayakkan mereka mendapat sijil layak mengajar subjek keeds mandarin.
Syukur alhamdulillah kesemua 17 orang guru2 yang dihantar, telah menduduki peperiksaan bahasa mandarin, telah lulus Level 1 dengan jayanya & sekarang mereka sedang mengikuti kelas online Level 2 selama tiga bulan sebelum menduduki peperiksaan Level 2 pada hujung bulan Januari tahun hadapan.
Syabas & tahniah buat semua guru2 yang amat komited & kekal positif untuk melaksanakan tanggung jawab serta cabaran baharu yang pastinya amat2 mencabar disebabkan kesemua guru tidak mempunyai asas atau latar belakang mandarin, tetapi tiada yg mustahil jika mereka meletakkan mind set yg betul.
Terbukti apabila mereka semua telah lulus peperiksaan Level 1 & diberikan sijil yang diiktiraf oleh salah satu institusi yang menawarkan training mandarin, iaitu institut "I Love Mandarin". Guru2 ini bakal meneruskan ke Level 2 & Level 3 p**a. In sha Allah
Kepada ibu bapa di luar sana, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pastikan anak2 anda berpeluang mempelajari bahasa tambahan, mandarin kerana anak2 umur 6 tahun ke bawah, otak mereka berkembang dengan sangat pesat. Mereka sedia menerima apa saja ilmu baharu asalkan sentiasa diberikan sokongan & dorongan.
Pasti mereka boleh menjadi anak2 yg hebat. Boleh mengaji, menghafaz, membaca, menulis & terkini, boleh faham bahasa mandarin. In sha Allah
Hebat kan anak2 keedsflix? 💪🤩
Jom daftar anak2 anda di keedsflix preschool Mutiara Rini, Nusa Idaman, Impian Emas, Simpang Renggam & Indera Mahkota. utk sesi 2026!
Jom follow tiktok rasmi kami untuk melihat aktiviti anak2 keedsflix playschool & preschool:
https://www.tiktok.com/
07/10/2025
CANTEEN DAY 2025
Syukur alhamdulillah telah berlangsung sambutan hari kantin pada hari Jumaat lepas di kesemua cawangan keedsflix preschool Mutiara, di Mutiara Rini, Nusa Idaman, Impian Emas & Simpang Renggam.
Program ini merupakan program rutin setiap tahun. Antara objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada anak2 merasai pengalaman sebagai seorang peniaga, pelanggan & bagaimana proses jual beli dijalankan. Selain itu, anak2 dapat mengaplikasikan konsep matematik iaitu penggunaan duit di dalam kehidupan harian.
Alhamdulillah ternyata anak2 cukup seronok berbelanja pelbagai menu jualan yang disediakan oleh para guru & makan beramai2.
Terima kasih kepada para guru yang bertungkus lumus menjayakan sambutan hari kantin ini, juga buat para ini bapa yang memberikan sokongan dengan memberikan duit belanja untuk anak2 ‘shopping’ di tadika masing2 🙏🏼🥰
#
30/08/2025
SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2025 - MALAYSIA MADANI : RAKYAT DISANTUNI
Syukur alhamdulillah, semalam telah berlangsung sambutan ambang merdeka anak2 keedsflix playschool & preschool Mutiara di branch Mutiara Rini, Nusa Idaman, Impian Emas, Simpang Renggam & Indera Mahkota.
Bertemakan suku kaum & etnik di Malaysia, semua anak2 memperagakan costume pelbagai suku kaum & etnik di Malaysia. Objektifnya adalah untuk menyemai semangat perpaduan dalam kalangan anak2.
Tidak ketinggalan, guru2 turut sama sporting memakai pakaian yang bertemakan sama.
Pelbagai aktiviti turut dijalankan seperti;
✅ nyanyian lagu2 patriotik
✅ penerangan erti kemerdekaan
✅ cerita kemerdekaan (Mat Kilau)
✅ pertandingan payung merdeka
✅ fashion show
✅ deklamasi sajak & pantun
✅ permainan tradisional
✅ mewarna bendera Malaysia
Berikut gambar2 sekitar aktiviti sambutan semalam di kesemua rangkaian playschool & preschool di bawah pengurusan Mutiara Education Sdn Bhd.
Jom follow tiktok rasmi tadika:
https://www.tiktok.com/
03/08/2025
KERJASAMA L'PISODES PHYSIOTHERAPY & CHILD REHAB DAN MUTIARA EDUCATION SDN BHD (MESB)
Syukur alhamdulillah pada 6hb Mei 2025, telah berlangsung sesi menandatangani 'Letter of Intent' untuk kerjasama antara pihak L'pisodes Physiotherapy & Child Rehab yang diwakili Dr. Zulkhibri b Baharom, ketua pengarah operasi AlQarni Meditech Sdn Bhd & Mutiara Education Sdn Bhd yang diwakili oleh pengarah, Pn. Rosila Rahman
Kerjasama ini adalah berfokus kepada usaha memberikan kesedaran berkaitan pemulihan & perkembangan kanak2. Ini adalah selaras dengan status AlQarni Meditech iaitu sebuah syarikat berdaftar & beroperasi dalam bidang penjagaan kesihatan, terapi pemulihan & pembangunan kanak2, manakala Mutiara Education p**a memberi fokus kepada bidang pendidikan awal kanak2.
Diharapkan kerjasama ini dapat membantu memberi kesedaran & 'awareness' kepada para ibu bapa yang mempunyai anak2 berumur enam tahun ke bawah mengenai isu2 berkaitan dengan perkembangan kanak2.
Kolaborasi antara L'pisodes & Mutiara Education akan dimulakan pada sesi 'Open Day Pendaftatan 2026' yang akan berlangsung di semua cawangan Keedsflix Playschool & Preschool Mutiara pada tarikh2 berikut:
✅️ KP Simpang Renggam (10/8/25)
✅️ KP Impian Emas (17/8/25)
✅️ KP Mutiara Rini (24/8/25)
✅️ KP Nusa Idaman (28/9/25)
Pada sesi open day tersebut, akan berlangsung juga SIRI JELAJAH PRA-SARINGAN PERKEMBANGAN KANAK2 di mana para ibu bapa yang ingin membuat screening/saringan perkembangan anak, boleh melakukannya secara PERCUMA! Sesi saringan akan dijalankan oleh Occupational Therapist (OT) yang dibawa khas oleh pihak L'Pisodes Physiotherapy.
Jom datang beramai2!
Jom follow tiktok rasmi tadika:
https://www.tiktok.com/
30/07/2025
SUKAN TAHUNAN 2025 (Part 1)
Syukur alhamdulillah telah berlangsung sukan tahunan bagi tahun ini pada Ahad lepas bertempat di Indoor Arena, Educity Sport Complex.
Sukan yang menggabungkan kesemua rangkaian keedsflix playschool & preschool di bawah pengurusan Mutiara Education Sdn Bhd (Mutiara Rini, Nusa Idaman, Impian Emas, Simpang Renggam) dengan penyertaan seramai 340 orang murid & hampir seribu penonton dalam kalangan para ibu bapa, guru2 & krew2 sukan.
Bertemakan buah-buahan, 5 jenis buah telah dipilih berdasarkan warna;
✅ Kuning - banana + nanas = BANANA
✅ Biru -blueberry
✅ Pink - dragon fruit
✅ Merah - strawberry
✅ Hijau - durian
Acara berlangsung meriah dari mula perbarisan masuk hinggalah acara penyampaian hadiah di hujung program.
Para ibu bapa sangat komited memberikan sokongan kepada anak masing2 dari mula hingga akhir. Program tambah meriah apabila para ibu bapa begitu sporting turut mengenakan pakaian mengikut warna rumah sukan anak masing2.
Keputusan kategori2 yang dipertandingkan:
🥇Rumah merah (strawberry)
🥈Rumah kuning (bananas)
🥉Rumah biru (blueberry)
🏅Rumah hijau (durian)
🎖️Rumah pink (dragon fruit)
🏆 Perbarisan terbaik - rumah merah
🏆 Costume terbaik - rumah hijau
🏆 Sorak terbaik - rumah kuning
🏆 Sepanduk terbaik - rumah pink
Tahniah kepada semua pemenang. Kepada yang kurang berjaya, cuba lagi tahun hadapan kerana bukan menang atau kalah yang menjadi ukuran utama, tetapi semangat juang yang tinggi, tidak kenal erti putus asa & semangat berpasukan yang tinggi adalah jauh lebih bermakna.
Tahniah buat semua murid, guru & ibu bapa kerana tanpa anda semua, sukan tahun ini pasti tidak happening & meriah! 💪🏼❤️
Terima kasih kami ucapkan kepada barisan guru yang bersungguh2 melatih anak2 sejak sebulan yang lalu dan menyediakan kelengkapan & perhiasan untuk perbarisan.
Terima kasih juga kepada ibu bapa yang hadir menyokong dan memeriahkan lagi acara sukan tahunan pada tahun ini.
Berikut dikongsikan gambar2 sepanjang program berlangsung (part 1).
Jom follow tiktok rasmi tadika:
https://www.tiktok.com/