20/08/2026
Abdul Salim bin Hussin
Salah seorang penggiat/tokoh kriket yang disegani di kalangan komuniti kriket Malaysia telah meninggal dunia pada petang 20 Ogos 2026.
Di negeri Johor, beliau dikenang sebagai bekas jurulatih di Pusat Pembangunan Kriket Melayu Malaysia di SK Parit Jawa, Muar selama beberapa tahun.
Sebelum itu beliau terkenal sebagai penggiat pembangunan kriket di negeri Pahang, terutamanya di SMK Seri Pekan, Pahang.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah, terlalu banyak usaha dan jasa yang beliau telah tinggalkan dalam pembangunan kriket peringkat akar umbi.
20/07/2026
Warna warni Kejohanan Kriket L12 MSSJ 2026 Part 4
Majlis penutup dan penyampaian hadiah.
20/07/2026
Warna warni Kejohanan Kriket L12 MSSJ 2026 Part 3
20/07/2026
Warna warni Kejohanan Kriket L12 MSSJ 2026 Part 2
20/07/2026
Warna warni Kejohanan Kriket L12 MSSJ 2026 Part 1
19/07/2026
Kejohanan Kriket MSS Johor 2026
Tuan rumah-PPD Tangkak
Venue-Akademi Kriket Dato Dr Harjit Singh, Mutiara Rini, Johor Bahru
Tarikh- 14 Julai-17 Julai 2026
Keputusan
Cup
Johan-MSSD Johor Bahru
Naib Johan-MSSD Muar
Ketiga-MSSD Kluang
Keempat-MSSD Segamat
Plate
Johan-MSSD Batu Pahat
Naib Johan-MSSD Pontian
7/8-MSSD Kulai dan MSSD Pasir Gudang
Bowl
Johan-MSSD Kota Tinggi
Naib Johan-MSSD Tangkak
Anugerah khas
Pembaling terbaik-Noraidil (MSSD Muar)
Pemukul terbaik-Amr Kareem (MSSD Muar)
Penjaga wicket terbaik-Zarif Aaqif (MSSD Pontian)
Pemain terbaik kejohanan-Nafi Thaqif (MSSD Kluang)
Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat
19/07/2026
Warna-warni Kem pecutan Kriket Adiwira Fasa 2 di Johor. Pada kali ini 4 sekolah telah menjadi tuan rumah.
SK Belitong, Kluang
SK Bukit Kenangan, Kluang
SK Tg Pengelih, Pengerang
SK Pulai Sebatang, Pontian
Gambar2 dirakam dari sesi di Sk Pulai Sebatang dan SK Tg Pengelih.
Tahniah kepada semua yang terlibat
Terima kasih kepada pegawai dari MCA , En Azzhar Ahmad yang sudi turun menurunkan ilmu kepada murid-murid di sekolah yang terlibat.
21/06/2026
Kem Pecutan Kriket Adiwira Fasa 1
Sk Sg Abong Muar.
Tahniah dan terima kasih kepada warga SK Sg Abong dan tidak lupa kepada pegawai MCA En Azzhar Ahmad, 2 jurulatih Adiwira Tn Haji Rizaudin Rajikan dan Tn Hj Azlin Hashim yang bertungkus lumus mengendalikan 300 peserta dari sekolah tersebut.