Kelab Bola Sepak EQ Rich

Kelab Bola Sepak EQ Rich

Share

Kelab Bolasepak bertempat di Johor Bahru yang berdaftar dari tahun 2015 dan mempunyai sejarah kejayaan yang sangat baik.

Misi :
Melahirkan bakat-bakat muda yang latih dengan konsep "Zero to Hero" didalam persekitaran yang kondusif dan profesional serta membina kekuatan akal (IQ) dan emosi (EQ) mereka didalam sukan bolasepak. Visi :
Membangunkan bakat-bakat terbaik untuk disalurkan ke peringkat tertinggi dan menerapkan unsur-unsur profesional didalam kelab.

15/04/2026

NOAH (EQ) BINTANG YANG DIGILAP SEPERTI ROBERTO CARLOS (BRAZIL).

Sepakan yang kosisten dari jarak jauh adalah kepakaran Noah yang dapat dikesan. Perjalanan masih jauh dengan semangat, kosisten dan kerja keras utama pasti akan berjaya.

Photos from Kelab Bola Sepak EQ Rich's post 14/04/2026
14/04/2026

PENGAMBILAN PELATIH 4 - 6 TAHUN.

Mahukan perkembangan anak-anak dalam sukan bolasepak sejak awal lagi. Latihan yang menyeronokkan dan kosisten untuk fokus dari pelbagai aspek.

Sertai kami dengan perancangan kaedah latihan terkini.

Photos from Kelab Bola Sepak EQ Rich's post 12/04/2026

Galeri Perlawanan | EQ Rich FC U14 ⚽📸

Sorotan aksi pasukan EQ Rich FC U14 dalam MYL Malaysia Youth League – Minggu 1 yang berlangsung di Arena Tebing (12/4/2026).
Setiap perlawanan menjadi pengalaman penting dalam membina keyakinan, meningkatkan persefahaman pasukan dan mematangkan permainan.

Teruskan berusaha dan terus berkembang, perjalanan liga baru sahaja bermula. 💪⚽

Photos from Kelab Bola Sepak EQ Rich's post 11/04/2026

Minggu Ke-3 | EQ Rich FC U9 ⚽📸

Sorotan aksi pasukan EQ Rich FC U9 di JJC Johor Junior Cup U9 – Minggu Ke-3 yang berlangsung di Padang SMK Medini.
Setiap detik di atas padang memperlihatkan semangat juang, keberanian dan kerjasama berpasukan yang semakin berkembang.

Teruskan usaha dan nikmati setiap pengalaman perlawanan. 💪⚽

Photos from Kelab Bola Sepak EQ Rich's post 06/04/2026

Syabas EQ Rich FC U14! 🥈⚽

Tahniah kepada pasukan EQ Rich FC U14 atas kejayaan meraih Tempat Kedua – Piala Super dalam **Kejohanan U14 anjuran EQ Rich FC.

Pencapaian ini adalah hasil usaha, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung. Setiap perlawanan memberi pengalaman berharga dan menjadi langkah penting dalam perkembangan pasukan.

Teruskan bekerja keras, kekalkan momentum dan terus melangkah ke tahap yang lebih tinggi. 💪🔥

Photos from Kelab Bola Sepak EQ Rich's post 06/04/2026

ARIF ROSLAN PEMAIN BAKAT DAN KERJA KERAS DARI AKAR UMBI.

Kami pihak pengurusan kelab terharu apabila bekas pemain akademi kami menyarung jersi futsal kebangsaan di kejohanan Futsal Asean di Thailand yang sedang berlangsung.

Semoga menjadikan pemangkin kepada pelatih-pelatih yang lain bahawa kerja keras kosisten dan disiplin akan membuahkan hasil.

Tahniah juga kepada jurulatih-jurulatih yang pernah menggilap beliau sewaktu peringkat awal akar umbi, peringkat remaja dan juga jurulatih peringkat universiti.

Kesimbangan sukan dan pelajaran juga penting dalam sebuah perjalanan karier beliau agar menjadi inspirasi pelatih-pelatih yang lain. Ayuh Futsal Malaysia kami sentiasakan doakan kejayaan anda disana.

06/04/2026

Skuad futsal Harimau Malaya kendalian Addie Azwan Zainal di KLIA, Sepang sebelum berlepas ke Bangkok, Thailand bagi menghadapi Kejuaraan Futsal ASEAN 2026 di Stadium Nonthaburi dari 6 hingga 12 April ini.

Photos from Kelab Bola Sepak EQ Rich's post 06/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang berjaya menjuarai dan meraih kedudukan terbaik dalam Kejohanan U14 anjuran EQ Rich FC.

Ribuan terima kasih juga kepada semua pasukan yang telah menyertai kejohanan ini atas semangat kesukanan, komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang pertandingan berlangsung.

Semoga kejohanan ini dapat terus mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk nilai positif dalam sukan, serta menjadi platform pembangunan bola sepak akar umbi yang lebih baik pada masa hadapan. ⚽💪

Photos from Kelab Bola Sepak EQ Rich's post 06/04/2026

Tahniah EQ Rich FC U10! 🏆⚽

Syabas kepada pasukan EQ Rich FC U10 atas kejayaan muncul Juara Kategori Piala Perdana dalam Budak Malam Legacy Cup yang telah berlangsung pada 4 April di Stadium Mini Pontian.

Lebih membanggakan, pasukan turut meraih anugerah Best Player, satu pengiktirafan atas usaha, komitmen dan prestasi cemerlang yang dipamerkan sepanjang kejohanan.

Teruskan momentum kemenangan ini dan kekalkan semangat juang yang tinggi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penaja utama jersi kali ini, RIYAD HOTEL, atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada pembangunan bakat muda EQ Rich FC.

Photos from Kelab Bola Sepak EQ Rich's post 04/04/2026

All The Best, EQ Rich FC U14 ! ⚽💪

Selamat maju jaya kepada para pemain U14 EQ Rich FC yang akan beraksi dalam TOURNAMENT U14 anjuran EQ RICH FC berlangsung pada 5/4/2026. Berikan yang terbaik di atas padang, bermain dengan disiplin, semangat berpasukan dan keyakinan diri.

Semoga setiap perlawanan menjadi pengalaman berharga dalam membina karakter dan prestasi pemain.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penaja utama jersi kali ini, RIYAD HOTEL, atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada pembangunan bakat muda EQ Rich FC.

Good luck & enjoy the game!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Misi Kelab

MISI :
1.Melahirkan Individu yang 'From Zero to Hero'
2.Membina kekuatan dan teknik pelatih dari akar umbi
3.Mewujudkan budaya bola sepak yang harmoni
4.Menjalinkan kerjasama dengan JBFA dalam melahirkan pemain yg berbakat.

Location

Telephone

Address


21 Jalan Enau 2, Taman Teratai
Johor Bahru
81300